VIRUS J.E: " ISA SAMAD BERTANGGUNGJAWAB!!"
 
Semalam Menteri Kesihatan telah membuat pengumuman tentang arahan   untuk mengosongkan sebahagian kampung yang berdekatan dengan  kawasan  penternakan khinzir di Port Dickson, Negeri Sembilan. Ini kerana pihak   yang di pertanggungjawabkan akan menjalankan operasi membunuh khinzir  yang dibela sejak sekian lama disitu.~ C.I.A REFORMASI

  Saya ada berjumpa dengan beberapa orang yang dihantar untuk  menjalankan operasi ini. Mereka menyatakan tempat penternakan  khinzir   itu sekarang sudah menjadi seperti bandar hantu (ghost town),  kerana   di tinggalkan oleh penternak. Sebahagian daripada yang  menjalankan   operasi itu ialah pekerja-pekerja am Majlis Perbandaran dan  Majlis   Daerah di seluruh Negeri Sembilan. Sebahagian besarnya membantah kerana dipilih untuk menjalankan tugasan tersebut. Meraka  mendedahkan  bahawa sebahagian dari tanah penternakan khinzir tersebut adalah milik  MB Negeri Sembilan sendiri. "Seharusnya MB sendiri yang  memusnahkan khinzir tersebut. Bala ini berpunca dari dia." ujar petugas  tersebut.

  Saya merasa sedikit terkeliru kerana sebelum ini MB Negeri Sembilan  ini menyatakan wabak JE itu terkawal. Dan beliau menyatakan lagi  bahawa khinzir yang dibela di Negeri Sembilan bebas dari virus  JE.  Tapi semalam telah dikenal pasti sebanyak 30,000 ekor khinzir   telah   dijangkiti virus tersebut di Port Dickson. Dan lagi saya  mendapat tahu   dari maklumat yang boleh dipercayai, jumlah kematian akibat dari  serangan virus ini yang sebenarnya telah meningkat sebanyak 90   orang
  di negara ini. ~ C.I.A REFORMASI

P/s: Apa kata kalau kita tukar kan Negeri Sembilan Darul Khusus Kepada Negeri Sembilan Darul KHINZIR??...he....he...


CERITA J.E KEJAP!!
       Bukit Pelandok (19 Mac) : Berikutan merebaknya wabak penyakit JE yang melanda negara sekarang ini pihak Jemaah Menteri telah memutuskan untuk mengarah pihak tentera menembak mati lebih kurang 60,000 ekor khinzir di kawasan yang terbabit.

       Menurut Menteri Kesihatan, Dato' JE Chua tindakan ini adalah perlu untuk menghalang penyakit ini merebak ke tempat lain. Sebagai langkah tambahan semua penternak khinzir dilarang membawa ternakan mereka ke luar dari kawasan yang telah diistiharkan sebagai kawasan "darurat".

       Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' ISA Abd  Samad mengumumkan bahawa kerajaan negeri sedang menimbang untuk membayar pampasan kepada penternak khinzir yang mengalami kerugian ekoran tercetus wabak JE. Sumber-sumber tidakrasmi memberitahu bahawa syarikat Danaharta sedang merangka pelan untuk mengambil alih NPL syarikat-syarikat terbabit.

       Seorang pakar kesihatan bernama Lim Khong Boon mengesahkan bahawa hasil ujian DNA yang dilakukan ke atas bangkai khinzir di kawasan darurat menunjukkan selain dari menyebabkan kematian, virus JE ini boleh mengakibatkan penyakit "anjing gila". ~ C.I.A REFORMASI

       Pihak Hospital KL dalam satu kenyataan memberitahu bahawa beberapa orang anggota FRU dan PGA telah disahkan mengidap penyakit "anjing gila" dan kini sedang menerima rawatan di HKL.

       Berita Terkena mendapat maklumat bahawa sepasukan nyamuk Culex yang membawa virus
       penyebab JE telah kelihatan berterbangan diibunegara. Menurut pakar risikan Cawangan Khas
       kumpulan nyamuk ini dipercayai sedang mencari beberapa ekor khinzir yang dilaporkan sedang
       bersembunyi di Bukit Aman dan Seri Perdana. Oleh itu orangramai dinasihati supaya menjauhi
       kawasan-kawasan terbabit.~ C.I.A REFORMASI

P/S: Sesuai tak kalau kita namakan Parti Umno sebagai Parti J.E ??...he..he..