BERTINDAKLAH ANDA SEORANG DIRI MU

     Assalamualaikum,

     Terimbau hati kecil kami untuk menurunkan bisikan rohani bila membaca berita
     bertajuk "DR. MAHATHIR TAGIH SOKONGAN ULAMA'?" itu.

     Dihari Jumaat yang mulia ini, seminggu lagi kita akan meraikan para hijrah di Makkatul
     mukarramah menunaikan syair Islam ke-5, sedih sayu kami memikirkan betapa jauh
     kami terasa dipergunakan oleh pihak tertentu yang di amanahkan mentadbir ugama
     Allah swt. di negara kita ini.~ C.I.A REFORMASI

     Tersebarnya berita arahan Dr. Mahathir "memaksa" (menggunakan arahan Perkelilingan
     Jabatan Ugama, dll) menuntut kehadiran ulama'-ulamak, imam-iman dan pendakwah
     ugama seluruh Kedah, sudah diterima. Perhimpunan para Ulama' yang sedang
     dirancang secara besar-besaran itu diharapkan akan dapat meraih keyakinan rakyat
     dan orang ramai penyokong PAS yang sudah TIDAK yakin dengan kepimpinannya
     supaya berbalik semula. Nampaknya Dr, Mahathir masih ingin berlakun dan
     BERSANDIWARA lagi dihadapan rakyat. Lkima bulan dulu pernah diadakan sekali.
     Tidakkah faham apa riaksi para ulamak dan pengembang syiar di Kedah ini?

     Yang jadi dalang ialah tak lain dan tak bukan sdr. SANUSI Joned dan kuncu-kuncu
     yang lidah bercabang. Mungkin telah dirancang juga, Dr. Mahathir akan berucap
     dengan suara mendayu-dayu, menangis mengeluarjkan "airmata buayanya" lagi!
     Sandiwara berhelah yang menjijikkan. ~ C.I.A REFORMASI

     Ini adalah STRATEGI paling tidak bermaruah Dr. Mahathir dan kuncu-kuncunya iaitu:
     "MEMAKSA"!! Adakah kami para ulamak diugut lagi?

     Mahathir kena faham betul-betul - dia boleh paksa batang tubuh kami tetapi Dr.
     Mahathir tidak boleh memaksa "hati". Batang tubuh para ulamak yang dipaksa hadir
     pasti akan hadir. Tetapi bagaimana hati mereka? Wallahu a'lam…!

     Ingatlah, bahawa yang akan menentukan undian kelak ialah HATI dan yang
     menuliskannya ialah jari dan tangan!! Ia akan mengikut pilihan dan perentah hati.
     Segala-galanya atas keredaan Allah swt.

     Sesungguhnya jika hati sudah memerentah "JANGAN", maka tangan tidak akan
     bersandiwara seperti Mahathir dan Sanusi Joned serta berpuluh-puluh kuncu mereka
     yang sudah kehilangan pedoman!! Tangan para ulamak dan mereka yang patuh dengan
     syiar dan KEADILAN syiar Islamiah tidak akan menipu dirinya sendiri kerana
     dihadapan Allah kelak mereka akan menjawap segala perbuatan baik dan buruk di
     dunia tanpa berupaya berselindung. Tidak kira ulama', malahan rakyat yang jujur
     dikalangan apa juga ugama akan berbuat sedemikian. Apatah lagi rakyat dan umat
     Islam!! Ingatlah itu, Dr. Mahathir!! Itulah jihad!! ~ C.I.A REFORMASI

     Bagi rakyat banyak, Mahathir sudah telah melakukan sesuatu yang terkeluar dari
     landasan Keadilan dan Penghakiman secara syiar Islamiah - iaitu bermula dengan
     Fitnah aib lagi memalukan bangsa, ugama dan negara, yang dilemparkan kepada Datuk
     Seri Anwar Ibrahim dan rakan-rakan-nya hingga kepada:

     i) cara Mahathir membuat Fitnah dan membesar-besarkan fitnah itu, menyeru rakyat
     mempercayai fitnah itu hingga sanggup menjatuhkan hukum secara peribadi (dengan
     memutarbelitkan fakta) tanpa membicarakan Datuk Seri Anwar terlebih dulu; tidak
     dapat diterima.

     ii) mengaibkan golongan ulamak dan kaum Islam/orang Melayu dengan menafikan
     perundangan dan hukum-hakan Islam dalam membicarakan kes Datuk Seri Anwar
     (seorang Islam); walhal kes yang lebih rengan seperti 'tangkap khalwat' pun diadili
     dimahkamah syariah (mengapa kes seberat fitnah Mahathir terhadap Datuk Seri Anwar
     tidak diadili dimahkamah sibil?). Apakah rahsia sebenar? Dijangkakan memang ada 
     "udang berlindung disebalik batu"!! ~ C.I.A REFORMASI

     iii) cara Datuk Seri Anwar ditangkap di rumah beliau oleh 'gerombolan' arahan Dr.
     Mahathir, walhal para ulama' dan rakyat tahu benar bahawa Datuk Seri Anwar adalah
     orang yang tidak pernah menyerukan kekerasan kepada mana-mana (selaras dengan
     sikap beliau sebagai seorang pejuangan rakyat yang prihatin dengan keagungan dan
     kesucian Islam),

     iv) memanipulasi prosiding perbicaraan di Mahkamah Sibil yang sangat-sangat jelas lagi
     ketara dijalankan dengan campur-tangan kasar dan kuasa rakus Dr. Mahathir sendiri
     hingga hakim yang arif menjadi "seekor KERBAU dicucuk hidung" hilang kearifannya,
     saksi-sasi telah diupah dan diugut. Rakyat tahu Dr. Mahathir memang campur-tangan
     dan terlibat secara sedar dan langsung - terlibat dengan yakin dalam tindakan menutup
     kekejaman KPN Rahim Nor memukul Datuk Seri Anwar sedemikian menghinakan
     sekali (hingga nyaris-nyaris terkorban - nauzubillah!!. (Rakyat Kedah tahu Mahathir
     bukanlah seorang manusia yang berminat kepada perundingan kecuali kalau dia akan
     kalah. Cara Mahathir merestui penangkapan Anwar tidak ubah seperti samseng cerita
     Tamil menyerang orang-orang kampung - jauh menyipang dari landasan Islam yang
     lembut). Inikah sifat seorang pelindung rakyat seperti Dr. Mahathir ini? ~ C.I.A REFORMASI

     v) Setelah terbukti di mahkamah Datuk Seri Anwar tidak bersalah, Dr. Mahathir sekali
     lagi nampak tidak berpuas hati dan berlaku TIDAK adil langsung dengan mengarahkan
     hakim supaya mengubah pinda keputusan dan tidak mengiktiraf segala yang dibongkar
     mengenai fitnah itu. Apakah ini cara Dr. Mahathir benar-benar mengikut cara
     penghakiman Syariah? Apakah Dr. Mahathir hendak mengatakan kepada para ulama'
     Islam bahawa perbuatannya benar, betul, adil dan sejajar dengan syiar Islam?
     (janganlah paksa kami umat Islam berskongkol dengan kemunafiqan anda, wahai
     Mahathir!!),

     vi) Setelah Nabi junjungan dipersendakan begitu zalim dan mengaibkan sekali (kami
     tidak mau subahat dengan anda), para ulama' dinafikan keilmuan mereka seolah-olah
     yang fasih dan berilmiah tentang Islamiah ialah dirinya (Dr. Mahathir) sendiri - apakah
     baru sekarang (setelah terdesak, tertekan dan sudah hilang pengaruh) Dr. Mahathir
     merasa bahawa ulama' wajar dirapati guna memancing undi dan pengaruh?
     Jawapannya mudah, "Minta maaflah kami dan rakyat yang prihatin; sesungguhnya bala
     Allah swt. sudah mulai menimpa mana-mana pemimpin yang memerentah dengan
     meninggalkan ajaran yang maha suci Allah!! Hukum Allah lah yang maha berkuasa
     menyampaikan bisikan kedalam hati rakyat supaya menafikan kewibawaan anda. Kami
     takrifkan bahawa Allah sudah melaknat anda, wahai Dr. Mahathir!". Memohon ampun
     lah kepada Allah swt dengan meletakkan semula Datuk seri Anwar ketempat beliau
     yang selayaknya!! Jika tidak, anda akan sentiasa dirundung malang di dunia dan
     akhirat!! Umur anda sudah terlalu pendek untuk menikmati nikmat "hidup saman tua".

     vii) Jika benar Dr. Mahathir seorang pemimpin yang berwibawa, mengapa dia TIDAK
     menepati janji yang dibayangkan melalui kata-katanya sendiri yang bermaksud "jika
     Datuk Seri Anwar tidak melakukan liwat, beliau tidak ambil kesah sangat". Sekarang
     terbukti "memang tidak", mengapa Dr. Mahathir mencari helah lagi? Tidakkah
     bermakna Dr. Mahathir seorang 'MUNAFIQ', Pembohong, Zalim, Pengadu-domba,
     berniat jahat, beragenda besar untuk TERUS berkuasa dan memerentah rakyat selama
     hidup? Apakah kepentingan diri masih mengatasi segala-gala kepentingan rakyat?
     Hanya kain putih dan ibadah yang luhur akan anda bawa ke liang lahad kelak!! ~ C.I.A REFORMASI

     viii) Jika benar Dr. Mahathir seorang pemimpin yang bersikap terpuji dan layak
     diangkat sebagai pemimpin, mengapa selama ini beliau menafikan syiar Islam dan
     pandangan para ulama' tanpa membawa mereka berunding untuk menentukan
     'wajar/tidak'nya tuduhan keatas Datuk Seri Anwar itu dipertuduhkan? Negara ada
     Majlis Fatwa, mengapa Dr. Mahathir menafikan kewujudan Majlis Fatwa dan kuasa
     YDP Agung sebagai penaung Islam dalam kes tuduhan keatas Datuk Seri Anwar?
     Tidakkah ini menunjukkan bahawa Dr. Mahathir menafikkan keadilan Islam dan layak
     digelarkan DIKATOR "sekular tulin"? Sungguhnya Islam menghalang sebarang
     pemerentahan berbentuk Diktator.

     Hari ini, para ulama', imam-imam dan pendakwah Islam di jabatan-jabatan dan
     masjid-masjid di Kedah ini akan "dipaksa" pula mengahadiri suatu perhimpunan untuk
     mendengar anda memberi ucapan. Bagi kami dikalangan pengembang syiar sekelian
     mentafsirkan bahawa itu HANYALAH suatu "Rancangan Politik" anda bagi
     menimba/mengembalikan pengaruh politik anda (dan kuncu-kuncu anda yang
     sekongkol) yang sudah terpuruk dan terlontar jauh dari lubuk hati umat Islam di seluruh
     negara (pada firasat kami).

     Yakinlah bahawa "sesungguhnya kami TIDAK mahu terlibat, terpedaya dan dizalimi
     pula. Biarlah anda sendiri membuat kerja yang sia-sia. Tangan anda yang mencincang
     maka bahu andalah yang patut memikul. Kami tak mahu masuk campur!! Setakat hadir
     mungkin 'makruh', tetapi meyakini pembohongan anda adalah "haram". ~ C.I.A REFORMASI

     Kami tidak menyebelahi PAS atau parti Pembangkang. Kami menuntut supaya
     kerajaan pimpinan anda (Mahathir) hendaklah menunjukkan KEADILAN dan
     menamatkan segala bentuk KEZALIMAN, PEMBOHONGAN, PENGAIBAN!!
     Berdasarkan itulah kami dan rakyat yang prihatin akan menentukan siapa yang layak
     dipilih menerajui kerajaan yang akan datang. Sesungguhnya kekayaan harta dan kuasa
     adalah hak yang Maha Esa, Allah swt. Hayatilah ayat Kursi jika anda lupa siapa anda!!
 

     Hj. Musa
     Alor Setar.