Ceramah Datuk Dr Hassan Ali di Kemaman.

     Kehadiran lebih dari 30 ribu di kemaman,merupakan satu sejarah.Juga satu tamparan hebat buat umno. Umno tidak releven lagi.

     Bermula dengan kehadiran penceramah lewat sedikit sekitar jam 9.35 kerana      kesesakan jalanraya.Ceramah dimulakan dengan Mustafa Ali memulakan ceramahnya. Beliau mengambil masa sekitar 30 minit sahaja  bagi memberi laluan kepada penceramah jemputan.antara isi ceramah mustafa ,beliau mengingatkan rakyat tentang ugutan dan tektik mahathir untuk menghuru-harakan negara.jadi kita di sarankan lebih berhati hati dalm bertindak.Provokasi dari SB  mungkin berlaku oleh itu kita harus berhati hati. ~ C.I.A REFORMASI

     Jam 10.30 giliran Ustaz Badrul Amin antara lain beliau mengambarkan keadaan pilihanraya di Sabah dimana wang menjadi senjata utama BN.Ustaz mengakhiri ceramahnya dengan memuji allah di turuti olih semua hadirin.Iramanya sungguh sayu hingga menusuk kalbu.

     Jam 11.00 Datuk Dr hasan Ali mula berceramah. Selama 1 jam lebih beliau berceramah ,sungguh memukaukan. Saya begitu kagum dengan kelainan cara beliau memberi ceramah .Mungkin kehadiran beliau dan rakannya lain memberi sinaran baru buat PAS dan perjuangan Islam . Beliau mengakhiri ceramahnya dengan berselawat dan berdoa dengan ribuan hadirin berdiri menadah doa memohon di beri sinaran keindahan islam dan kemenangan bagi Islam di malaysia ini.   Derma malam tadi sekitar lebih dua belas ribu. ~ C.I.A REFORMASI

     Semuga Pas dapat memerintah malaysia bagi keagungan Islam  dan keadilan.

     Dulu umno sekarang Pas.