RENCANA JAHAT SEORANG DIKTATOR - SIRI 1
 
    1) Cerita Sabah dah lapok!! Rakyat Sabah mungkin buta kerana perut mereka yang
     lapar dapat diisi dengan wang, beras, sardin, tangki, atap dan lain-lain lagi. Tambahan
     pula mereka tinggal di hutan bukit yang menjadikan mereka rakyat yang tidak
     berinformasi… (maaf, saya juga anak Sabah). Kemenangan di Sabah yang penuh
     penipuan dan penyelewengan (yang insya Allah akan terbongkar) seolah-olah lesen
     untuk DM melakukan berbagai lagi bentuk kezaliman dan kejahatan. ~ C.I.A REFORMASI

     2) Tapi tidak begitu halnya dengan rakyat di Semenanjung. Pilihan raya umum akan
     berlaku bila-bila masa. DM sebenarnya sedang dalam ketakutan. Pengaruhnya di
     Semenanjung hanya tinggal 20 peratus sahaja (menurut kajian SB dan perisik tentera).

     3) Kini Diktator Mahathir (DM) sedang menikmati segala pujian dan sanjungan atas
     "kemenangan" BN di Sabah. Walau bagaimanapun, DM belum boleh manarik nafas
     lega kerana nasib beliau sebenarnya akan ditentukan oleh pilihan raya umum yang akan
     datang. ~ C.I.A REFORMASI

     4) Ternyata kezaliman beliau selama ini sedikitpun tidak menghalang rakyat Sabah dari
     mempertahankan kedudukannya sebagai pemimpin yang zalim. Lesen kezaliman yang
     diperolehi DM itu akan digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk meneruskan rencana
     jahatnya sebagai seorang diktator. Yang pasti selepas ini:

     a) Anwar akan terus dipenjara dan dinafikan segala haknya. Hakim dan Polis akan
     terus diperalat.
     b) Gerakan Reformasi akan terus ditekan dan dizalimi.
     c) Wang rakyat akan terus dicuri dan dirampas.
     d) Rakyat akan terus hidup dalam ketakutan… dan sebagainya…

     5) Namun DM tidak akan ketandusan idea. Beliau telah belajar dari diktator-diktator
     lampau antaranya Jamal Abdul Nasir di Mesir. Ketika Jamal merasa beliau akan kalah
     dan jatuh, beliau telah berpakat dengan agen Amerika agar satu percubaan bunuh
     dilakukan keatasnya. 17 butir peluru tersembur dari sebatang rifle namun satupun tidak
     mengena beliau walaupun jaraknya terlalu dekat. Berikutan kejadian itu, Jamal telah
     mengisytiharkan darurat selama 18 bulan. Waktu itulah beliau menghapuskan
     musuh-musuhnya secara kejam dan trajis.

     6) DM akan merencanakan hal yang sama di saat merasa dirinya akan jatuh walaupun
     mungkin jalan ceritanya berbeza. Nampaknya kita tidak ada pilihan selain terpaksa
     mengulangi apa yang berlaku di Filipina keatas Marcos dan di Indonesia keatas
     Suharto. Bersiapkah kita untuk itu? Apakah masih ada antara kita yang bergelar "anak
     jantan" atau semua kita telah di "kasi" hingga hanya badan dan perut saja yang besar
     sedang kita adalah pengecut dan dayus? ~ C.I.A REFORMASI

     Bangkitlah saudaraku! Perubahan bermula dari dalam diri mu! Bangunlah!

 Oleh: Cucu Lelaki Bung Kahar. TQ.