AWAS PROPAGANDA “ISU BUNUH” DR. MAHATHIR:
   RAKYAT MALAYSIA AYUH BANGUN SELAMATKAN
   MALAYSIA

   Dewan Pemuda PAS (DPP) Pusat menyelar kenyataan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad kononnya terdapat usaha-usaha pihak tertentu menghasut orang ramai supaya  membunuh beliau. Kelihatan Dr. Mahathir akhir-akhir ini sangat terdesak dan sedang berusaha keras mencipta isu-isu yang langsung tidak relevan dengan tujuan membangkitkan dan menarik simpati masyarakat khususnya orang Melayu kepada Umno dan Barisan Nasional (BN). Sejak pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan
Presiden Umno, rakyat sudah hilang kepercayaan dan keyakinan kepada Dr. Mahathir, Umno dan BN untuk menerajui negara. Rakyat melihat sendiri bagaimana Dr. Mahathir mengambil langkah dan tindakan yang zalim   membelakangi prinsip ketelusan undang-undang dalam menangani isu kegawatan politik/reformasi dan juga ekonomi yang melanda tanah air. ~C.I.A REFORMASI

   Dr. Mahathir mereka-reka cerita yang tidak berbangkit dalam negara dan Dr. Mahathir sendiri mula menimbulkan cerita bunuh ini apabila beliau mengatakan beliau tidak akan meletakkan jawatan kecuali dibunuh atauditembak sewaktu mengadakan perjumpaan dengan pelajar Malaysia di England. Kenyataan Dr. Mahathir ini adalah usaha berterusan beliau untukmelembutkan dan melunakkan hati orang ramai kepada Umno dan BN di samping menimbulkan perasaan takut rakyat kepada penentang-penentang Dr. Mahathir, Umno dan BN.  Dr Mahathir berharap rakyat akan dapatdipisahkan daripada pihak pembangkang/reformasi dan rakyat akan berasa belas kasihan terhadap beliau dengan memberi gambaran buruk yang menakutkan kepada pihak pembangkang/reformasi dengan isu bunuh khususnya kepada PAS.

   Dr. Mahathir membangkitkan kes As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya di Memali  yang telah berlaku kira-kira 14 tahun lalu semata-mata untuk menjadikan   hujjah kenyataan beliau yang tidak relevan dengan suasana politik negara  hari ini. Sedangkan apa yang berlaku di Memali adalah manifestasi kezaliman  Dr. Mahathir, Umno dan BN yang sanggup membunuh ulamak dan orang  kampung yang tidak berdosa. Dr. Mahathir mengeksploitasi  kes Memali  kononnya orang kampung sanggup membunuh polis dan cuba meletakkan  orang kampung Memali atau  PAS sebagai orang jahat yang bersalah. Dr.  Mahathir dalam kes Memali juga telah memperalatkan polis sebegitu rupa  sehingga imej polis di mata masyarakat dalam keadaan yang amat hina dan  keji. Sebetulnya Dr. Mahathir tidak wajar mempersoalkan isu Memali  kerana ianya masih dalam proses perbicaraan di mahkamah yang sehingga sekarang masih belum selesai akibat perbicaraan yang sering ditunda. Walau apa pun natijah kenyataan beliau ini, inilah rupa Dr. Mahathir yang ketandusan cara yang waras untuk meyakinkan rakyat sebaliknya sanggup menggunakan cara yang begitu jijik dan hina dengan menghasut rakyat untuk membenci pihak pembangkang/reformasi khususnya PAS.

   DPP Pusat akan sentiasa memperingatkan kepada rakyat supaya sedar Dr  Mahathir akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sokongan  mereka. Rakyat hendaklah bersedia dari segi minda dalam menghadapi  serangan propaganda Dr. Mahathir, Umno dan BN serta kroni mereka yang  bertali arus.  Rakyat mestilah menolak propaganda, berwaspada dengan  mainan psikologi dan kebal dengan perang saraf Dr. Mahathir yang  menyerang melalui media massa dengan melancarkan tohmahan dan tuduhan  palsu ke atas pihak pembangkang.

   Rakyat Malaysia harus bertekad dan beriltizam bersunguh-sungguh untuk  menolak Dr. Mahathir, Umno dan BN serta tidak lupa kroni mereka demi  menyelamatkan Malaysia dan generasi anak-anak kita masa akan datang  daripada kezaliman mereka. Dr Mahathir juga jangan berasa bimbang tiada  siapa yang akan menembak beliau walaupun beliau sukarela mempelawanya  kerana usia pemerintahan rejim Dr. Mahathir akan ditamatkan melalui proses  pilihan raya umum akan datang. ~C.I.A REFORMASI

   “BERTEKAD MENCAPAI KEMENANGAN”
   “BANGKIT TOLAK BN”

   HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
   Naib Ketua
   Dewan Pemuda PAS Pusat

   19 Mac 1999 / 30 Zulkaedah 1419

 
Sumber:DPP PUSAT.TQ