SIAPA YANG DALAM DILEMA: MAHATHIR, UMNO ATAU ORANG MELAYU?

     KEBIMBANGAN Mahathir, kuncu-kuncu kroninya dalam kabinet dan MT Umno
     memang sudah sampai ketahap kritikal. Mereka bagai sudah hilang akal. Segala taktik
     dan pendekatan yang dirangka seakan-akan sudah diketahui musuh politik
     Mahathir/Umno hingga membuatkan kepimpinan Mahathir melakukan pelbagai
     tindakan yang salah langkah dan tidak berkesan. ~C.I.A REFORMASI

     Ego Mahathir sudah tidak menunjukkan kebijaksanaan seorang pemimpin yang
     berwibawa, jauh sekali dari membayangkan Mahathir sebagai pucuk pimpinan Umno
     yang harus disokong oleh ahli-ahli lagi. Ketara kini, saban minggu PAS me-rekrut
     ribuan ahli Umno yang berhijrah dengan rela hati memasuki PAS, tanpa
     amengharapkan imbuhan apa-apa. Bermakna Umno tidak lagi dfapat bermegah-megah
     men-sensasi kes-kes ahli Umno yang diberi surat tunjuk sebab, kes sipolan sipolan
     dipecat keahlian, penolakan permohonan rakyat dari menjadi ahli Umno, kes
     salah-laku menentang kepimpinan Umno, dll.

     Kini orang Melayu tidak lagi memandang Umno sebagai sebuah parti yang 'eksklusif'
     atau boleh diharap lagi -- yang selama ini menjadi sumber kebanggan ahli-ahli. Pulohan
     ribu rakyat (khusunya orang Melayu) dari berbagai lapisan, sudah terang-terang tidak
     lagi yakin kepada Umno - tidak kira golongan kakitangan kerajaan, peniaga warung,
     pengusaha kecil, pemandu teksi, petani, nelayan atau golongan Kelas Menengah,
     alim-ulama', dll. Mereka seakan-akan sudah 'patah hati', hamba dan sangat sedih lantas
     mengambil sikap "tidak yakin dan sanggup melemparkan perjuangan" Umno yang
     sudah salah matalamat dan kepimpinan.

     Kalau disingkap gejala yang menjadi penyebab; segala-galanya berputik dari
     'kesombongan' mereka yang menggelarkan diri sebagai "Party Bosses" Umno (disemua
     peringkat) yang cuma duduk menjawatankuasakan parti demi kepentingan diri. Di
     peringkat Cawangan, ahli jawatankuasa akan memonopoli segala kontrak kecil Majlis
     Daerah di Luar Bandar (walau setakat membuat jamban kampung). Di peringkat
     Bahagian dan Negeri, terdapat pula orang berjawatan melantik proxy (suku-sakat dan
     kroni) bagi mengaut kontrak projek mega sponsor bernilai berbillion-billion.

     Keadaan ini menimbuilkan banyak soalan. Kebanyakan soalan tidak pernah berjawap.
     Malah dalam keadaan tertentu, jawapan yang diterima tidak sampai kemana dan sangat
     menyakitkan hati. Luahan perasaan marah kian meningkat, tetapi cuma setakat
     rungutan di warung-warung kopi atau di majlis kenduri kawin saja. Saban hari akhbar
     pro-Kerajaan pula memuatkan cerita-cerita palsu yang berbeda dengan yang nyata. Ini
     menghakiskan keyakinan rakyat. Antara soalan-soalan yang seringkali ditimbul rakyat
     adalah:
     1. Apakah perlaksanaan yang dimaksudkan sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang
     asal?
     2. Apakah Umno berjaya menerapkan nilai kemakmuran sebenar dengan
     mencanangkan bahawa pendapatan per kapita rakyat pernah mencapai melebehi
     RM10,000? Apakah basis perkiraan nya hingga jelas bahawa angka itu adalah palsu?
     3. Siapakah sebenarnya yang kaya-raya dalam proses pembangunan Tanah Simpanan
     Melayu yang kononnya dibangunkan - atas wawasan pembanguinan ala Mahathir
     (tetapi tidak diberi pampasan yang setara)?
     4. Sejauhmanakah Umno sudah membawa orang Melayu ke era canggih, berkemajuan
     dan makmur dengan berthemakan "Masyarakat Korporat", walhal beratus ribu unit
     rumah kos rendah (rumahmurah) dan kos sederhana yang dibangunkan oleh pemaju
     rakus (diatas tanah milik kerajaan - diperolehi secara pakatan dengan pemimpin politik
     kerajaan/Umni/BN) tidak mampu dibeli oleh orang Melayu?
     5. Apakah makna "Masyarakat Korporat" yang dilaung kerajaan pimpinan Mahathir
     kalau mereka terpaksa berhutang berpuluh-puluh ribu untuk meneruskanpendidikan
     anak mereka di IPT yang kini sudah mulai beroperasi secara 'korporat'. Siapakah
     sebenarnya yang untung?~C.I.A REFORMASI
     6. Bagaimana Mahathir memutuskan anak-anak rakyat tidak wajar diberi biasiswa
     pinjaman MARA/JPA, dll. untuk melanjutkan pelajaran anak-anak mereka yang sangat
     memerlukan pendidikan di luar negara dengan alasan ekonomi merosot/mengelakkan
     pengaliran wang keluar. Walhal, dalam waktu yang sama, korporat-korporat tajaan
     kerajaan Mahathir seperti Renung, Perwaja, Syarikat Perkapalan Kebangsaan, Bank
     Bumiputera, dll. yang menempa kerugian (atas sebab-sebab mismanagement dan tidak
     telus) hingga memerlukan suntikan dana (bail-out) tidak kurang dari RM60 billion?
     Adakah orang Melayu wajar dipertanggungjawabkan keatas 'mismanagement' yang
     dilakukan oleh individu/kelompok yang terbabit dan anak-anak merteka dikorbankan
     sebagai gantinya?
     7. Berapa puluh orangkah Umno, kroni pemimpin politik BN dan suku-sakat dan
     kroni/proxy masing-masing yang sudah dihukum setelah sah mempunyai harta
     kekayaan melebehi pendapatan?

     Pada hematnya banyak lagi soalan rengkas (tetapi sangat tepat dan tajam) yang masih
     belum dijawab dan tidak mungkin dijawab oleh Mahathir dan kuncu-kunc yang
     memperjuangan 'kebenaran ala Mahathir'.

     Oleh itu, jangan lah Mahathir cuba menggubah/mewujudkan dan 'make believe that it
     will work' melalui semacam Program "Let Off Steam" supaya rakyat banyak/orang
     Melayu/ahli Umno di ceruk kampung akan dapat melampiaskan rungutan dan
     mendapat saluran bersuara. Ini adalah tindakan yang sia-sia, akan difahami sebagai
     memperbodohkan orang-orang Melayu/Umno. Jangan cuba meyakini bahawa
     orang-orang Melayu/Umno diharap akan berpuas hati, justeru tunduk semula mengikut
     telunjuk. Adalah suatu 'wishful thinking' yang membazir semata-mata kalau 'theory
     bodoh' itu dilaksanakan.

     Sebenarnya orang Melayu tidak mahu janji yang ditabur 5 tahun sekali. Jangan salah
     tafsir kegawatan politik Umno BUKAN kerana rakyat. Cuba Mahathir dan 'party
     bosses' disemua peringkat merungkai kesilapan 'fundamental' yang tuan-tuan lakukan
     selama 15 tahun yang silam. Orang Melayu dan ahli Umno mahu "justice is not only to
     be spoken but also to be seen executed". Cuba lihat bagaimana 'vindictive' nya pucuk
     pimpinan menafikan hak bersuara kelompok Pemuda Umno, para belia dan rakyat
     banyak terhadap sistem keadilan rakyat, ketelusan pentadbiran dan rancangan
     membangun ekonomi dan 'welfare' orang Melayu oleh kepimpinan Mahathir. Janganlah
     Mahathir dan mereka dalam Umno yang 'sefahaman' dengan beliau terus-menerus
     beranggapan bahawa orang Melayu berdarah jati Melayu adalah satu kaum yang
     "docile", timid dan senang diperkutak-katikkan mengikut rasa.

     Ramai ahli-ahli Umno sudah tahu darah keturunan "India imigran" Mahathir dan
     beberapa orang dalam UMNO yang sama 'caphalic index" dengan Mahathir sipa dia
     sebenarnya. Ramai yang tahu bahawa Mahathir tidak pernah mengakui dirinya sebagai
     orang Melayu. Mahathir diketahui sangat membencii orang Melayu, tidak mempunya
     espiri de corp Melayu; malah memandang rendah kepada orang Melayu dan
     terang-terang menganggap orang Melayu ada lah "docile" (dayus). Jels sekarang,
     Mahathir cenderung memasukki Umno kerana Umno adalah parti politik Melayu yang
     senang diperkutak-katikkan dan ahli-ahlinya boleh dijual beli dengan sekupang dua
     saja. Bukan suatu rahasia lagi bahawa pernah mengakui dirinya berketurunan "Indian"
     dan dirinya adalah "son of", atau "s/o", atau "anak lelaki kepada" atau "a/l" dan tidak
     "bin" semasa pendaftaran di University of Singapore dulu. Ramai ulamak masa kini
     sudah memperincikan percakapan Mahathir yang menyarankan seolah-olah "Islam"
     boleh ditafsirkan mengikut 'cara Mahathir' dan menghendakki institusi syariah di negara
     ini mengikut telunjuk beliau. Penyelewengan ini sangat merbahaya.

     Mahathir jelas bernafsu ganas dan boros. Projek Multimedia Super Corridor (MSC)
     akan menelan kos RM36 billion dan rumah beliau berharga RM200 juta adalah suatu
     impian bahawa Mahathir hidup dalam angan-angan dengan menggunkan wang titik
     peluh rakyat untuk memuaskan keinginan peribadinya. Segala kepentingan MSC akan
     diselitkan kepentingan suku-sakatnya bernilai puluhan billion dan akan beroperasi
     melebihi sepansjang hayat. Beliau tidak mahu dipersarakan dan berhasrat mati dalam
     jawatan. Beliau tidak yakin sesiapa pun menggantikan beliau sebagai PM kerana "he
     has a lot to lose". Hubungan baiknya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selama ini
     kerana beliau mahu menumpang kewibawaan Datuk Seri Anwar sebagai ahli politik
     yang disokong rakayat. Satu masa dulu, Tun Ghaffar Baba adalah tempat Mahathir
     menumpang tuah, tetapi kerana tuah beralih kepada Datuk Seri Anwar - maka
     Mahathir sekelip mata hilang sikap 'Setiakawan" terhadap Ghaffar.

     Hari ini, karya politik Datuk Seri Anwar sedang cuba dikafankann oleh Mahathir.
     Sebelum ini Ybhg Tan Sri Musa Hitam, YM Tengku Razaleigh sebelum Tun Ghaffar
     telah menrima nasib yang menyedihkan. Malangnya kaliber dan karisma Datuk Seri
     Anwar terlalu hebat untuk dipeleceh oleh Mahathir. Mahathir sendiri mengakui bahawa
     beliau telah melalukan beberapa 'fundamental mistakes' dalam merancang dan
     menangani isu Datuk Seri Anwar. Jusrteru itu, Mahathir telah 'resort' kepada
     keganasan dan perlanggaran undang dan Perlembagaan Negara dalam proses
     menafikan hak asasi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan hasrat 20 juta rakyat di negara
     yang Merdeka dan berdaulat ini. Inikah sikap dan aptitude seorang Perdana Menteri
     yang berwibawa? Mustahil satu dunia mempunyai niat jahat dalam membantah nasib
     malang yang ditimpakan keatas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

     Usahlah Mahathir dan kuncu-kuncu Umno kini terlalu berhasrat membunuh karya
     politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mempurukkan beliau walau 100 tahun dalam
     penjara; atau mewujudkan pentadbiran dharurat berbentuk MAGERAN bagi
     menyelamatkan kepimpinan Umno dan 'preserve' kuasa bagi dirinya (Mahathir).
     Semangat jelmaan Datuk Seri Anwar adalah semangat yang selairan dengan tuntutan
     rakyat. Langkah salah kalian sekali gus memporakperandakan Umno sendiri,
     mencetuskan penentangan rakyat secara lebih 'keras'. Malah, akan timbul hasrat untuk
     membuang kalian dan mempurukkan anda di sel-sel penjara gelap. Dalam semua
     keadaan, 'people power' tidak akan mampu dikalahkan semudah itu. Jika Mahathir dan
     kuncu-kunci politiknya yang berjanji akan bekerja keras mengatasi kegawatan politik
     Umno sekarang dengan maksud mengabui mata Mahathir dengan taklimat yang
     menyenangkan hati Mahathir sendiri; maka mereka harus berkata sendirian bahawa
     sebenarnya mereka sedang menunggu 'maut politik' masing-masing yang pasti akan
     tiba.

     Umno sudah tenat dan nazak. Akui lah itu. Ahli-ahli Umno sudah hilang rasa patriotik
     kepada Umno kerana sikap pemimpin yang jauh menyimbang. Mereka kini sudah ada
     alternatif. Mereka yakin, selagi kakitangan kerajaan berwibawa, bersih cekap dan
     tidak mengamalkan rasuah -- parti apa juga yang memerintah pasti negara ini akan
     maju dan terus maju. Sebaliknya, selagi Mahathir dan beberapa orang kuncu rakus dan
     kaki ampu dalam Umno dan pentadbiran jentera kerajaan masih berusaha menegakkan
     benang basah (membelasah rakyat semahu hati, memperkutak-katikkan
     undang-undang dan keadilan, rasuah dan tidak amanah, dan memanipulasi berita
     melalui akhbar yang tidak diyakini rakyat huriannya); adalah pasti bahawa kalian sudah
     sampai ketahap menanti detik nafas terakhir. Eloklah Mahathir dan kuncu-kluncunya
     mengundurkan diri. Bubalah sekali selama hidup kalian bersikap telus dan menyerahkan
     pengadilan kepada rakyat. Laksanakan pilihanraya sekarang! Pastikan bahawa kalian
     dibersihkan melalui mahkamah terbuka. Tempoh kalian amat singkat dan ternyata jelas
     bahawa rakyat sudah tidak dapat lagi menerima sebarang 'words of comfort' atau
     ugutan kekerasan. Kalian sudah tidak punya daya lagi bagi merangkul taat setia rakyat.
     Umno sudah mati dan menunggu dikafankan. Umno bagai mayat berjalan!!

     Sejarah Marcos menjadi diktator selama 20 tahun berkahir dengan Marcos membuang
     diri, mati dinegara orang dan hingga kini seluruh keluarganya tidak lagi dikenang dan
     hanya menjadi bahan penulis buku sensasi yang mengutuk semahu-mahunya. Segala
     harta hasil penyelewengan dirampas dimilik negarakan. Mahathir juga perlu belajar dari
     nasib buruk Soeharto, bekas Presiden Korea Selatan, Mobutu Seseseko dll. ~C.I.A REFORMASI

     Jika Mahathir dan kuncu-kuncunya seorang pejuang seperti yang terkandung dalam
     "Delimma Melayu", eloklah ubah keputusan supaya anda tidak hidup dalam delimma
     dan keresahan hingga nafas terakhir. Berundurlah sekarang atau rakyat akan
     menyingkirkan anda mengikut proses tersendiri. Pastinya, rakyat yang sudah muak dan
     bosan akan menuntut hak mereka dan mengikis semua harta selewengan suku-sakat
     dan kroni anda hingga menjadikan anda tinggal hanya sehelai sepinggang!! Begitu juga
     ahli-ahli UMNO. Buatlah keptusan sekarang! Satu hakikat yang membanggakan ialah:
     orang Melayu tidak dalam delimma lagi.

     Suara pekikan di Kg. Baru, di Jalan TAR dan di Dataran Merdeka; teriakan
     REFORMASI yang menggema ditengah puluhan ribu yang hadir di perhimpunan Datuk
     Seri Anwar di serata negara, penyatuan semua parti Pembangkang dan NGO - darah
     yang mengalir dari luka-luka belasah FRU dan rintihan kesakitan yang ditanggung oleh
     para demonstran, laungan "Allahu Akbar" yang bergema hingga ke langit biru dan
     sambutan rakyat (termasuk ahli Umno) di perhimpunan GERAK, puluhan sepanduk
     yang mencerca Mahathir… semuanya menjurus kepada satu fokus: "Untuk
     Melaksanakan Reformasi dan Menegakkan Keadilan Rakyat" dan mengembalikan
     kesejateraan yang sudah dilupus-dirampas oleh Mahathir dan menjadikan dirinya
     seorang DIKTATOR dinegara yang berlembagaan demokrasi. ~C.I.A REFORMASI

     Tidakkah Mahathir mempertahankan sesuatu yang sia-sia?