Ceramah Ismail Kamus (14/3/99)

       Assalamu'alaikum.

       Saya tiba di Taman Melewar lewat sedikit, lebih kurang   pukul 9.30
  pm, kerana menantikan hujan reda di kawasan Gombak-Sentul ini.
  Alhamdulillah, majlis belum        start lagi. Tapi nak masuk ke dalam dewan, payah juga sebab
  dah   full-house dan over-loaded macam sardin, sure panas punya kat dalam tu.
  So, saya lepak aje kat luar, duduk atas motor orang ajelah, sambil mengunyah jagung
  bakar. ~C.I.A REFORMASI

       Turn-out malam ni memang agak memberangsangkan, tak tau lah  saya
  nak estimate.Tetapi sekali tengok daripada tempat saya tu, teringat
  kembali  peristiwa malam pelancaran GERAK dengan lautan manusianya.

       Mungkin yang paling ramai malam ini ialah peminat setia   Ustaz
  Ismail Kamus. Ini       kerana berdasarkan gambaran para muslimat yang hadir malam
  ini,  ramai juga yang tidak bertudung labuh dan berjubah sebagaimana muslimat PAS
  yang  "hardcore".       Alhamdulillah, ada sedikit kemajuan.

       Pengacara majlis malam ini ialah Ustaz Sobri Arshad yang  terkenal sebagai pendakwah
       pemberani generasi muda, yang sentiasa meniupkan semangat   jihad ke
  dalam hati golongan muda dalam ceramah-ceramahnya.

       Ustaz Ismail Kamus pun mengambil tempatnya sebagai  penceramah   pertama malam ini.
       Beliau mengaku inilah kali pertama beliau berceramah di  Markaz PAS
  Taman Melewarini. Beliau sebenarnya bukan tidak mahu berceramah di situ
  sebelum  ini, katanya.
 
Menurutnya, itu adalah sebahagian daripada strateginya  untuk tidak
  menampakkan sikapnya yang sebenar, supaya beliau dapat masuk ke dalam
  semua  golongan masyarakat, tak kira penyokong kerajaan atau lainnya.

       Cuma, katanya, sejak akhir-akhir ini, sikapnya sudah mula  diragui
  oleh sesetengah golongan dalam kerajaan. Oleh kerana itulah, beliau di-gam
  daripada  Forum Perdana Ehwal Islam di TV1 dulu. Walaubagaimanapun, katanya lagi,
  beliau   tidaklah di-gam terus daripada televisyen, cuma dari Forum itu sahaja.

       Ada juga para hadirin yang bersemangat ketika beliau sedang   berceramah lalu
       melaungkan takbir, tetapi dengan nada selambanya beliau  berkata,
  "Nanti       dulu...bertenang, bertenang", dengan diiringi oleh senyuman  hadirin
  yang lain. ~C.I.A REFORMASI

       Ustaz Ismail Kamus mengakui bahawa beliau pernah didatangi  oleh  beberapa orang       UMNO yang memberi pesanan kepadanya, "Kalau Ustaz mahu  bertanding  pilihanraya nanti, janganlah bertanding atas tiket PAS, tapi
  bertandinglah atas  nama sendiri".

       Namun Ustaz Ismail tetap bertegas bahawa inilah masanya  untuk
  berjuang bersama       jamaah, dan bukan masanya lagi untuk berjuang secara solo.
  Walaubagaimanapun,       beliau tidak pula menyatakan secara langsung bahawa beliau
  sudah  masuk PAS.

       (Strategik lagi kot?).

       Seterusnya Ustaz menjelaskan pengertian politik dan  pemerintahan  dalam Islam.
       Katanya, "Islam kita hari ni hanya setakat sembahyang puasa  dan  sunat aje. Bila ada
       orang masuk Islam, kita mesti tanya dia, dah sunat ke  belum, apek?,
  seolah-olahnya bersunat itu sudah menjadi rukun Islam pula di Malaysia
  ini".

       Ustaz juga menceritakan beberapa kisah para sahabat dahulu  seperti
  Saydina Umar       al-Khattab. Umar pernah mengalirkan airmatanya satu ketika
  apabila  melihatkan pakaian anaknya sendiri yang bercompang-camping. Lalu
  beliau pun  pergi ke Baitul Mal untuk membuat sedikit loan. Si penjaga Baitul Mal itu
  bertanya,  untuk apa? Umar memberitahulah tujuannya yang sebenar, dan beliau hanya
  mahu  meminjam sebanyak dua rial sahaja (gajinya hanya satu rial).

       Si penjaga bertanya, kalau Umar meminjam duit Baitul Mal  ini,
  bilakah Umar akan       membayarnya balik? Umar menjawab, nanti saya ada duit, saya
  bayarlah balik. Tetapi sipenjaga itu tidak berpuashati dan menolak permohonan loan
  Umar  itu. Umar pun  pulanglah, tetapi yang bestnya kata Ustaz, "Sipenjaga
  Baitul Mal  itu tidak pula ditukarkan ke tempat lain!"

Tuan Guru Nik Abdul Aziz
       Penceramah yang ditunggu-tunggu malam ini ialah TG Nik  Abdul Aziz,
  Menteri Besar       Kelantan merangkap ketua Dewan Ulamak PAS Pusat. Isi
  ceramah TG  malam inibersifat ilmiah sedikit, sebagaimana ceramah-ceramah beliau
  yang  lain. Namun ia membuat hadirin semua berfikir secara mendalam.

       Beliau menyentuh tentang satu sesi temubualnya denganseorang
  wartawan asing dari       Eropah. Katanya, mesej Islam ini hendaklah disebarluaskan
  kepada  seluruh manusia,tak kira bangsa. Sebab itulah setelah tamat sesi temubual
  itu,  beliau lalu meminta wartawan tersebut mengirimkan salamnya kepada penduduk
  negaranya di  Eropah, danmeminta mereka supaya membuat kajian tentang Islam dan
  membandingkannya dengan       sistem yang ada pada mereka hari ini. Ini kerana,
  menurutnya, orang  Eropah sudah lama hidup senang dan menikmati kehidupan berbanding orang
  lain.  Sudah tentulah mereka itu mahu supaya kesenangan dan kenikmatan itu
  berpanjangan  sehinggaselepas mati. ~C.I.A REFORMASI

       TG juga mengulas tentang satu komen oleh seorang pemimpin  tertinggi   negara yang
       mengkritiknya bahawa beliau (TG) tidak memahami maksud  "sekuler"
  (sebagai reaksi   beliau kepada satu kenyataan TG sebelum itu). Sambil   tersenyum lebar, TG
       menjelaskan bahawa ada di antara manusia ini yang merasakan  bahawa
  dirinya mesti       memberikan sesuatu jawapan kepada sesuatu persoalan yang
  dikemukakan, tidakkiralah apa dan bagaimana bentuk jawapan yang diberikan
  itu;  asalkan dia menjawab,sudah.

       Sebelum pulang, sempat juga saya membeli beberapa  cenderahati
  berupa badge ADIL       dan PAS untuk disematkan pada beg saya, dan tidak lupa juga
  akhbar  HARAKAH yang dipesan oleh ibu saya yang baru mengenalinya.

       Wassalam,

Sumber:  HC,terima kasih