DATO SERI ANWAR MENGAMUK DI MAHKAMAH
     

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR
                      (BAHAGIAN JENAYAH)
         WILAYAH PERSEKUTUAN PERBICARAAN JENAYAH
                        NO.45-48-98 DAN
                           NO.45-49-98
              Permohonan Jenayah No                          1999
      (PENDAKWA RAYA V DATO' SERI ANWAR BIN IBRAHIM)

                               Antara
      Dato 'Seri Anwar bin Ibrahim                                               Pemohon
                               Dan
        Pendakwa Raya                                                                   Responden

 NOTIS USUL
   Ambil perhatian bahwa Mahkamah akan mengusulkan pada   haribulan     1999   jam        pagi/petang  atau seberapa cepat selepas ini yang boleh didengar oleh Kaunsel bagi Pemohon yang dinamakan di atas    bagi satu perintah bahwa:-

   1. Yang Arif Tuan Hakim Dato' Augustine Paul s/o Sinnappen tidak patut mendengar dan membicarakan isu-isu dan perkara-perkara di dalam    Perbicaraan yang tersebut di atas;

   2. Yang Arif Tuan Hakim Dato' Augustine Paul s/o Sinnappen dikehendaki    melucutkan kelayakannya untuk mendengar dan membicarakan isu-isu dan perkara-perkara yang tersebut.

                    Bertarikh            Haribulan                    1999
 
 

                                         .......................................
                                         Penolong Kanan Pendaftar
                                         Mahkamah Tinggi Malaya
                                                  Kuala Lumpur.

   Nota Usul ini disokong dengan Affidavit oleh Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
   yang diikrarkan dan difailkan bersama-sama ini.

   Notis Usul ini difailkan oleh Raja Aziz Addruse, Peguamcara bagi pihak
   Tertuduh/Applicant dan yang alamat penyampaiannya ialah di No 29, Jalan
   Nusa, 50480 Kuala Lumpur.


     DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR
                      (BAHAGIAN JENAYAH)
         WILAYAH PERSEKUTUAN PERBICARAAN JENAYAH
                        NO.45-48-98 DAN
                           NO.45-49-98
              Permohonan Jenayah No                          1999
      (PENDAKWA RAYA V DATO' SERI ANWAR BIN IBRAHIM)
                              Antara
      Dato 'Seri Anwar bin Ibrahim                                            ...Pemohon
                               Dan
      Pendakwa Raya                                                             ...Responden


AFIDAVIT

   Saya, Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, (No KP : 470810-07-5095), seorang    warganegara Malaysia yang cukup umur dan sedang ditahan di Penjara Sungai Buloh, Selangor dengan sesungguhnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-

   1. Melainkan dimana dinyatakan sebaliknya, fakta-fakta yang dideposkan di
   sini adalah dalam pengetahuan saya.

   2. Saya telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 29hb
   September 1998 dengan 9 kesalahan, 5 di bawah seksyen 2 Ordinan
   Keselamatan (Kuasa-Kuasa Perlu) No 22 1970, dan yang lainnya di bawah
   seksyen 277B Kanun Keseksaan.

   3. Pada 30 hb September 1998, saya dituduh di Mahkamah Sesyen di
   Petaling Jaya dengan satu lagi kesalahan di bawah Seksyen 377B Kanun
   Keseksaan.

   4. Melalui permohonan Peguam Negara, perbicaraan kesalahan-kesalahan
   tersebut dipindah ke Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi di Kualal Lumpur.

   5. Kini perbicaraan saya sedang didengar oleh Hakim Augustine Paul
   (selepas ini dirukuj sebagai " Yang Arif Hakim") di Mahkamah Tinggi
   (Bahagian Jenayah) di Kuala Lumpur untuk 4 daripada tuduhan-tuduhan
   tersebut.

   6. Perbicaraan tersebut (selepas ini disebut sebagai "Perbicaraan tersebut")
   telah bermula pada 2 hb November 1998 dan sedang berjalan.

   7. Tuduhan-tuduhan pertama da ketiga adalah sama melainkan mengenai
   rujukan kepada orang-orang dari mana "pengakuan bertulis" yang dikatakan
   telah diperolehi, adalah:-

   "Bahawa kamu dari 12 Ogos 1997, di rumah kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri
   di No...., semasa menjadi seorang ahli pentadbiran , iaitu Timbalan Perdana Menteri
   dan Menteri Kewangan, telah melakukan amalan korup dimana kamu telah
   mengarahkan Datuk Mohd Said Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Junus,
   timbalan Pengarah Cawangan Khas II, untuk mendapatkan pengakuan bertulis dari
   Azizan Abu Bakar/Ummi Hafilda Ali untuk menafikan salah laku seks dan liwat yang
   dilakukan oleh kamu bagi tujuan memperlindungkan diri sendiri dari sebarang tindakan
   atau prosiding jenayah, dan oleh itu Azizan Abu Bakar/Ummi Hafilda telah diarah, dan
   oleh itu kamu telah melakukan kesalahan yang boleh disabit dibawah seksyen 2(1)
   Ordinan Keselamatan (Kuasa-Kuasa Perlu) No 22 1970."

   8. Tuduhan-tuduhan Ke-2 dan Ke-4 adalah sama melainkan mengenai
   rujukan kepada orang-orang yang dikatakan telah memberi " pernyataan
   awam bertulis", adalah :-

   "Bahawa kamu dari 12 Ogos 1997, di rumah kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri
   di No...., semasa menjadi seorang ahli pentadbiran , iaitu Timbalan Perdana Menteri
   dan Menteri Kewangan, telah melakukan amalan korup dimana kamu telah
   mengarahkan Datuk Mohd Said Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Junus,
   timbalan Pengarah Cawangan Khas II, untuk mendapatkan pernyataan bertulis umum
   dari Azizan Abu Bakar/Ummi Hafilda Ali untuk menafikan salah laku seks dan liwat
   yang dilakukan oleh kamu bagi tujuan memperlindungkan diri sendiri dari sebarang
   tindakan atau prosiding jenayah, dan oleh itu Azizan Abu Bakar/Ummi Hafilda telah
   diarah, dan oleh itu kamu telah melakukan kesalahan yang boleh disabit dibawah
   seksyen 2(1) Ordinan Keselamatan (Kuasa-Kuasa Perlu) No 22 1970."

   9. Sebagaimana tuduhan-tuduhan tersebut dirangka, saya telah dinasihatkan
   oleh peguam dan dengan sesungguhnya percaya bahawa salah-satu daripada
   unsur utama yang pihak pendakwa perlu membukti adalah kebenaran
   mengenai dakwaan salah laku seks dan liwat yang dikatakan telah dilakukan
   oleh saya.

   10. Dari mulanya lagi, pembelaan saya adalah:-

   (a) bahawa dakwaan tersebut tidak berdasar dan palsu dan tiada soal
   mengenai saya melindungi diri dari sebarang tindakan atau prosiding jenayah
   berdasar dakwaan sebegitu;

   (b) bahawa terdapat suatu komplot pleh pembangkang politikal saya untuk
   mendakwa saya pada tahun 1998 atas dasar dakwaan yang sama, yang
   pada tahun 1997 telah pun ditolak secara awam sebagai palsu dan tidak
   berdasar oleh Perdana Menteri sendiri dan juga oleh Inspektor-Jeneral
   Polis, Tan Sri Abdul Rahim Noor. Selewat April 1998, pendapat Peguam
   Negara tentang dakwaan tersebut telah diumumkan ke Parlimen oleh
   Timbalan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri melalui suatu pernyataan
   pada 1 hb April 1998, bahawa Peguam Negara puas hati yang tiada
   kebenaran dalam dakwaan tersebut dan bahawa siasatan mengenai perkara
   tesebut telah ditutup;

   (c) bahawa siasatan semula polis pada tahun 1998 dan dakwaan saya
   merupakan akibat komplot oleh pihak berkuasa untuk mempersalahkan saya
   mengenai beberapa tuduhan dan lain yang belum lagi diketahui, dimana
   komplot tersebut, bagi kesenangan telah diberi terma "komplot polis' oleh
   Peguam saya.

   11. Pihak pendakwa telah cuba menunjukkan dakwaan tersebut melalui
   beberapa saksi:-

   (a) PW.1 dan PW.11, pengarah dan dan timbalan pengarah, masing-masing,
   Cawangan Khas, telah memberi keterangan bahawa mereka mempercayai
   dalwaan tersebut adalah benar atas dasar laporan-laporan yang mereka
   terima dari PW.2 dan PW.7 (pegawai-pegawai Cawangan Khas) tentang
   siasatan permulaan mereka atas Azizan Abu Bakar dan Ummi Hafilda.
   PW.2 dan PW.7 telah memberi keterangan mengenai bagaimana mereka
   sendiri mendapat tahu bahawa dakwaan tersebut benar;
   (b) PW.21, Ahli Kimia Kerajaan memberi keterangan bahawa beliau telah
   membuat ujian DNA dan juga ujian-ujian lain dan membuat kesimpulan
   bahawa beberapa dari 13 kesan yang didapati di suatu tilam, yang diambil
   dari suatu pangsapuri dari Bangsar mengandungi sperma dan cecair vagina
   seorang bernama Shamsidar.

   12. Bahawa tidak terdapat suatu dasar kukuh mengenai kepercayaan PW.1
   dan PW.11 yang dibukti di pemeriksaan balas PW.2 dan PW.7. Saya
   dinasihatkan oleh Peguam dan sesungguhnya percaya bahawa, dalam apa
   hal pun, kepercayaan sebegitu mempunyai nilai keterangan bagi tujuan unsur
   tuduhan-tuduhan tersebut.

   13. Di pemeriksaan balas, PW.21 telah didapati tidak berjustifikasi dalam
   banyak dari keputusannya. Beliau mengakui telah membuat beberapa
   sangkaan yang tidak dibukti dalam kesimpulannya.

   14. Apabila ia telah menjadi jelas kepada mereka bahawa mereka tidak
   dapat membukti kebenaran dakwaan tersebut, pihak pendakwa telah
   memohon meminda tuduhan apabila kes pihak pendakwa ditutup.

   15. Dalam tuduhan pertama yang dipinda, perkataan yang bermula dengan
   "pengakuan bertulis..." ke akhit tuduhan asal diganti dengan:-
   "untuk mendapat suatu pernyataan bertulis dari Azizan Abu Bakar dialamatkan kepada
   YAB Perdana Menteri menafikan dakwaan liwat sperti yang terkandung dalam
   Pengakuan Bersumpah bertarikh 5 Ogos 1997, bagi kelebihan kamu, untuk wit, untuk
   menyelamatkan diri kamu dari berasa malu, dan oleh itu kamu telah melakukan
   kesalahan di bawah seksyen 2(1) Ordinan Keselamatan (Kuasa-kuasa Perlu) No 22
   1970."

   16. Tuduhan terpinda yang ketiga adalah bersamaan dengan yang pertama,
   melainkan dakwaan adalah mengenai salah laku seks dan liwat yang telah
   dibuat oleh Ummi Hafilda dalam suatu laporan sulit.

   17. Tuduhan kedua diganti semua perkataan bermula dari "untuk menggalak
   Azizan Abu Bakar..." yang tertera dituduhan asal seperti berikut:-
   "untuk mendapatkan suatu pernyataan bertulis dari Azizan Abu Bakar kepada YAB
   Perdana Menteri menafikan dakwaan liwat...yang mereka mendapati seperti diarah,
   bagi kelebihan kamu, dalam, to with, bagi tujuan melindungkan diri kamu dari sebarang
   tindakan jenayah, dan oleh itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 2(1)
   Ordinan Keselamatan (Kuasa-kuasa Perlu) No 22 1970."

   18. Tuduhan terpinda keempat adalah bersamaan dengan yang kedua
   melainkan bahawa adalah dakwaan mengenai salah laku seks dan liwat
   dan telah dibuat oleh Ummi Hafilda dalam suatu laporan sulit.

   19. Meskipun terdapat banyak keterangan mengenai  salah laku seks dan
   liwat (yang sangat memprejudiskan saya) telah dibenarkan diterima dan
   keterangan sebegitu telah, oleh kerana publisiti yang luas yang diberi di
   dalam negara ini dan juga di luar negara, telah mencemarkan nana dan
   reputasi saya. dan walaupun bantahan kukuh telah dibangkit bagi pihak saya
   bahawa tujuan pihak pendakwa membuat pindaan tersebut adalah untuk
   meringankan onus membukti yang patut mereka menunjuk atas 4 tuduhan
   yang asal, Yang Arif Haki m telah membenarkan pindaan Tuduhan-tuduhan
   tersebut, memutuskan bahawa pindaan tersebut tidak akan memprejudiskan
   saya kerana akhirnya pun, Mahkamahlah yang akan memutuskan untuk
   mengecualikan sebarang keterangan tidak relevan yang telah pun diterima.

   20 Yang Arif Hakim telah memberi alasan-alasan berikut untuk
   membenarkan pindaan tersebut:-

   "Setelah membaca tuduhan-tuduhan baru selama satu jam, saya telah mendapati
   bahawa elemen-elemennya adalah sama. Perbezaan utama, jikalau pun ada, merujuk
   kepada perbuatan salah laku seks dan liwat, yang dalam membaca tuduhan-tuduhan
   yang lama, bukan elemen yang substantif"
   (The SUN, 14/1/99)

   21. Beliau kata bahawa bukan seperti tuduhan-tuduhan asal, yang telah
   merujuk kepada salah laku seks dan liwat yang telah dilakukan oleh saya:-
   "Tuduhan-tuduhan yang dipinda tidak menyatakannya, tetapi hanya merujuk kepada
   dakwaan. Ini tidak membawa kepada fokus kebenaran dan/atau kepalsuan yang, oleh
   itu tidak menjadi satu elemen tuduhan-tuduhan. Oleh itu, kebenaran atau kepalsuan
   tidak menjadi relevan" (The SUN, 15/1/99)

   22. Yang Arif Hakim oleh itu, telah memutus bahawa semua keterangan
   yang diberi oleh saksi pihak pendakwa mengenai salah laku seks dan liwat
   yang dikatakan dilaku oleh saya tidak relevan dan memerintahkan bahawa
   keterangan tersebut dihapuskan dari rekod-rekod mahkamah dan tidak
   patut diberi pertimbangan oleh kedua-dua pihak, untuk mengelak prejudis
   terhadap saya.

   23. Ini termasuk keterangan PW.21 (ahli kimia kerajaan), keterangan Azizan
   Abu Bakar yang diberi semasa pemeriksaan balas, dimana ia mengenai
   kebenaran dakwaan tersebut, dan juga keterangan pakar forensik, Dr Zahari
   Noor yang telah menyatakan bahawa ujian perubatan beliau telah
   menunjukkan bahawa Sukma Darmawan Madja tidak diliwat, dan juga
   saksi-saksi lain yang telah memberi keterangan mengenai salah laku seks dan
   liwat yang dikatakan telah dilaku oleh saya.

   24. Yang Arif Hakim telah memusnahkan ("expunged") ketrangan tersebut
   tanpa sebarang permohonan yang dibuat bagi pihak pendakwa ataupun
   pembela.

   25. Apabila menjawab hujahan pihak pembela mengenai Tiada Kes untuk
   Dijawab, yang selepas itu dibuat kepada Yang Arif Hakim, Dato' Abdul
   Gani Patail sendiri telah memberi tanda bahawa beliau membangkang
   kemusnahan keterangan tersebut.

   26. Keterangan yang dimusnahkan itu merupakan penting kepada kes pihak
   pembela, dan mengenai 4 tuduhan asal, memihak pihak pembela.
   Memusnahkannya dari rekod jauh dari mengelak prejudis terhadap saya,
   sebenarnya memprejudis kes saya dan bukannya untuk kepentingan
   keadilan.

   27. Saya dinasihatkan oleh Peguam Saya dan dengan sesungguhnya percaya
   bahawa mereka tidak dapat mengesan sebarang kes yang telah diputuskan
   di negara ini dimana sebarang mahkamah telah memusnahkan keterangan
   yang diberi semasa perbicaraan, apabila membenarkan suatu tuduhan
   ataupun tuduhan dipinda.

   28. Pada 31 hb Januari 1999, sebelum sahaja saya memberi keterangan,
   (menurut keputusan Yang Arif Hakim bahawa saya dipanggil unutk
   memasukkan pembelaan), Yang Arif Hakim sekali lagi memerintahkan
   bahawa semua pihak tidak menyentuh tentang dakwaan seks apabila
   memberi keterangan di tahap pembelaan, menyatakan bahawa ia adalah
   perlu untuk memberi beberapa nasihat untuk menunjukkan kedudukan kes
   kerana kedua-dua pihak telah menyentuh tentang kebenaran dakwaan
   tersebut. Beliau mengulangi bahawa :-
   "Ia perlu diperhatikan bahawa tuduhan-tuduhan terpinda hanya merujuk kepada
   dakwaan salah laku seks dan liwat dan bukan kepada perbuatannya. Kebenaran
   ataupun kepalsuan dakwaan tersebut oleh itu bukan suatu isu perbicaraan ini.
   Sebarang keterangan dan hujahan yang telah ataupun yang akan diarah mengenai
   perkara ini tidaklah relevan dan oleh itu tidak diyterima."(The SUN,1/2/1999)

   29. Ini mungkin kes pertama yang dibicarakan di mahkamah jenayah di
   negara kita ini dimana mahkamah tidak mempertimbangkan kebenaran
   dakwaan yang relevan kepada isu kesalahan dan dimana ia seperti tidak
   peduli untuk mengetahui kebenaran.

   30. Meskipun keputusan beliau bahawa elemen dalam tuduhan terpinda
   adalah sama seperti di dalam tuduhan asal, ianya sekarang ketara bahawa
   Yang Arif Hakim menghalang pihak pembela dari memberi keterangan yang
   mustahak untuk membuktikan kes pihak pembela atas dasar bahawa
   keterangan  sebegitu tidak relevan kepada unsur tuduhan. Begitu juga
   dengan keterangan mengenai isu kredibiliti Azizan Abu Bakar atau Ummi
   Hafilda diputuskan tidak relevan kerana ini akan menunjukkan bahawa
   dakwaan mereka mungkin tidak benar, dan diputuskan bahawa ia tidak
   akan diterima menurut keputusan yang telah pun di buat: fakta yang
   dakwaan telah pun di buat  oleh Azizan dan Ummi, menurut Yang Arif
   Hakim, tidak merupakan isu lagi. Hujahan oleh Peguam mengenai kredibiliti
   saksi-saksi tersebut berkaitan dengan keterangan mereka di Perbicaraan
   suatu isu relevan tidak mendapat perhatian Yang Arif Hakim.

   31. Pembelaan "komplot politikal" yang pada asalnya dibenarkan oleh Yang
   Arif Hakim untuk kemudiannya juga diputuskan tidak relevan. Peguam telah
   dihenti oleh Yang Arif Hakim menyoal saya tentang kewujudan komplot
   politikal terhadap saya pada tahun 1997, yang saya telah diberitahu oleh
   PW.1 dan PW.11 ketika itu, memutuskan bahawa komplot politikal tidak
   relevan, menyatakan:-

    "Keterangan boleh diberi untuk menunjukkan komplot oleh polis unutk menukar
   pendirian mereka atau mereka keterangan terhadap tertuduh, dan itu sahaja. Komplot
   politikal terhadap tertuduh , jika ada tidak relevan" (NST, 10/2/99).

   32. Penegasan Peguam bahawa komplot politikal merupakan sebab
   mengapa PW.1 dan PW.11 menjadi belot terhadap saya pada tahun 1998,
   oleh itu diputuskan oleh Yang Arif Hakim tidak relevan, begitu juga cara
   dimana penangkapan saya dilakukan, meskipun menunjuk perubahan dalam
   tahun 1998 tingkah lakunpolis terhadap saya, berbanding dengan apa yang
   berlaku dalam tahun 1997 (NST, 11/2/99).

   33. Mengenai soal komplot oleh polis, Yang Arif Hakim juga telah
   memutuskan bahawa sebrang keterangan yang akan diberi oleh pihak
   pembela patut dibatas ke perkara-perkara mengenai kemungkinan saya
   dituduh, dan itu sahaja; dan keterangan dua doktor yang ingin diberi unutk
   menunjukkan bahawa saya diserang oleh polis pada malam pertama saya
   ditahan dan semasa berada di tahanan polis, dan juga kecederaan yang saya
   alami, diputus sebagai tidak relevan.
   (The SUN, 5/3/99).

   34. Mengenai soal relevan keterangan, Yang Arif Hakim telah memutus
   bahawa pihak pembela mesti pertamanya menunjuk relevannya memanggil
   setiap saksi dan juga keterangan saksi tersebut. Dalam kes Manjeet Singh
   Dhillon, saksi pihak pembela dalam pemeriksaan utama, Peguam diminta
   menyediakan satu ringkasan keterangan yang akan diberi, Yang Arif Hakim
   menyatakan bahawa beliau akan menghalang sebarang keterangan yang
   akan diberi jikalau beliau tidak berpuas hati dengan penerangan Peguam
   tentang relevannya perkara tersebut. (The SUN, 4/3/99).

   35. Saya dinasihatkan oleh Peguam dan sesungguhnya percaya bahawa
   keputusan di atas dan juga permintaan yang dibuat oleh Yang Arif Hakim
   sememangnya bukan perkara yang biasa dan mempunyai kesan memerlukan
   pihak pembela memberitahu mahkamah dan juga pihak pendakwa dahulu
   tentang keterangan yang ingin diberi oleh seseorang saksi.

   36. Mengenai surat-surat yang ditulis oleh Manjeet Singh kepada Peguam
   Negara, yang pihak pembe;a ingin mengemukakan melalui Manjeet Singh,
   dan dahulunya telah difailkan di Mahkamah yang merupakan sebahagian dari
   permohonan yang dirujuk dalam perenggan 42.1. Afidavit ini, Yang Arif
   Hakim sendiri telah mencadangkan bahawa seksyen 124 Akta Keterangan
   1950 mungkin terpakai untuk menghalang Manjeet Singh dari
   mengemukakannya. Sungguhpun, menurut nasihat Peguam, seksyen tersebut
   hanya memperuntukkan :-
    "Tiada sebarang pegawai awam akan dipaksa mendedahkan komunikasi yang diberi
   kepada beliau secara sulit rasmi apabila beliau berpendapat bahawa kepentingan awam
   akan terjejas dari pendedahan tersebut....."

     Yang Arif Hakim nampaknya berpendapat bahawa ia sepatutnya mengikut
   bahawa pihak yang berkomunikasi dengan pegawai awam (dalam kes ini
   adalah Manjeet Singh) juga akan dihalang dari mendedahkan komunikasi
   tersebut. Peguam pihak pembela dan pendakwa dipelawa oleh Yang Arif
   Hakim unutk menimbangkan dan seterusnya berhujah perkara ini.

   37. Sebagai keadilan kepada pihak pendakwa, Peguamcara Negara, yang
   telah berhujah bagi pihak pendakwa tidak membaca seksyen yang lain
   kecuali menurut apa yang diperuntuk.

   38. Apa yang mengkhuatirkan saya ialah Yang Arif Hakim seperti sedia
   meluaskan pentafsiran peruntukkan seksyen tersebut, termasuk
   mencadangkan bahawa banyak masalah akan timbul jikalau komunikasi
   tersebut dikemukakan oleh Manjeet Singh. (NST,4/3/99)

   39. Surat-surat yang ditulis oleh Manjeet Singh kepada Pegawai Negara dan
   mesyuarat berikutan yang beliau ada dengan seorang dari timbalan
   pendakwa raya kanan akan menyokong kes pihak pembela tentang komplot
   polis. Mesyuarat tersebut dan surat-surat tersebut akan mencadangkan
   dengan kukuh bahawa sekurang-kurangnya seorang daripada ahli pasukan
   pihak pendakwa sangat mempedulikan dan mementingkan untuk cuba
   mendapat anak guam Manjeet Singh untuk mengimplikasi saya dengan salah
   dalam melakukan salah laku seks yang lain. Suatu akuan oleh Dr Munawar
   Anees, seorang lagi anakguam Manjeet Singh (kerana anakguam tersebut
   sekarang berada di luar negara), dimana Dr Munawar telah menyatakan
   bahawa beliau telah diseksa oleh pihak polis unutk bercakap bohong
   bahawa beliau pernah diliwat oleh saya, juga penting kepada isu komplot
   polis; ianya juga boleh dicadang dengan kukuh bahawa pihak polis sedang
   cuba menggunakan pelbagai cara dan kos untuk menyalahkan saya dengan
   bukti yang palsu. Ini semua semestinya mempunyai kesan yang penting
   mengenai soal kredibiliti saksi polis di Perbicaraan tersebut. Saya
   dinasihatkan oleh Peguam dan sesungguhnya percaya bahawa dalam
   sebarang perbicaraan soal kredibiliti sebarang saksi selalunya relevan.

   40. Yang Arif Hakim, walaubagaimanapun, memberi pandangan
   permulaannya bahawa keterangan Manjeet Singh mengenai komunikasinya
   dengan Kamar Peguam Negara melalui rujukan surat-surat tersebut dan
   mesyuarat tersebut mungkin tidak relevan dan tidak boleh diterima dan
   pernyataan dari Dr Munawar dalam surat akuannya juga tidak boleh
   diterima. Tetapi pihak pembela dan pendakwa diminta membuat hujahan
   tentang perkara ini. (The Sun 9/3/99; NST 9/3/99).

   41. Selain dari keputusan dan arahan yang telah dirujuk diatas, Yang Arif
   Hakim telah, semasa perbicaraan tersebut, mengendalikan beberapa perkara
   yang terbangkit dengan cara yang amat membimbangkan saya:-

   41.1 Permohonan Menyingkirkan 2 Pegawai Penndakwaan Kanan

   (a)   Atas dasar pendedahan yang dibuat oleh Manjeet Singh dalam suatu
   surat akuan beliau telah buat pada 8 hb November 1998, saya telah
   membuat suatu permohonan untuk menyingkirkan dua dari timbalan
   pendakwa raya kanan bagi pihak Pendakwa Raya dalam perbicaraan
   tersebut; iaitu Dato' Abdul Gani Patail dan Encik Azhar Mohamaed.

   (b) Alasan-alasan permohonan tersebut dinyatakan dalam afidavit sokongan
   saya dan berdasarkan surat akuan Manjeet Singh, Peguam Datuk Nala
   Karuppan yang telah didakwa di bawah Seksyen 57 Akta Keselamatan
   Dalam Negeri 1960 bagi memiliki beberapa amunisi, yang merupakan satu
   kesalahan yang disabit mati.

   (c) Secara ringkas, manjeet Singh telah dalam Surat Akuan  tersebut dan
   dalam suatu surat bertarikh 1 hb Oktober 1998 (yang dilampirkan pada
   Surat Akuan tersebut), telah menyatakan antara lain:-
 

         bahawa beliau telah menulis kepada Peguam Negara, pada 1 hb
        Oktober 1998 meminta supaya tuduhan tersebut dipinda kepada satu
        di bawah Akta Senjata 1960, dimana satu kesabitan yang kurang
        diperuntuk;
 
 

        bahawa beliau seterusnya menerima suatu panggilam telefon dari
        Datuk Abdul Gani Patail untuk berjumpanya dengan segera, dan
        beliau berbuat demikian;
 
 

         bahawa Datuk Abdul Gani Patail "telah menggunakan
        mesyuarattersebut sebagai suatu alat untuk mendapatkan keterangan
        terhadap Dato' Ser Anwar Ibrahim....Beliau [Dato' Gani ] telah
        berulang kali menyatakan bahawa ' Saya tidak bertanggapan' dan
        bercadang bahawa beliau tidak bertanggapan mengenai sebarang
        pengakuan di bawah Akta Senjata sebaiknya ingin lebih. Perkara
        'lebih' ini ketara dan jelas kerana Datuk Abdul Gani Patail  telah
        menyatakan dengan jelas bahawa :-

   (i)  ................
   (ii)  ...............
   (iii) Bahawa sebagai balasan kepada kekurangan tuduhan kini ke suatu di
   bawah Akta Senjata beliau (Dato' Gani) inginkan Nallakaruppan
   bekerjasama dengan mereka dan memberi matlamat terhadap Anwar
   Ibrahim terutamanya tentang perkara wanita yang telah kahwin. Dato' Gani
   kerap menukar bilangannya, dan akhirnya menyatakan terdapat 5,3 yang
   telah kahwin, dan 2 lagi belum.
   (iv) Bahawa beliau ingin Nallakaruppan memberi keterangan mengenai
   wanita tersebut."

   (d) Datuk Abdul Gani Patail dan Encik Azahar bin Mohamed (yang juga
   dinama dalam Surat Akuan), yang merupakan pegawai kanan dari pasukan
   pihak pendakwa dalam Perbicaraan, dan atas nasihat Peguam, yang saya
   sesungguhnya percaya, ia merupakan tugas pihak pendakwa, seperti juga
   tugas Hakim untuk menjalankan tugas mereka dengan adil. Saya tidak
   percaya bahawa ianya adalah dalam kepentingan keadilan bagi mereka terus
   berada dalam pasukan pihak pendakwa dalam Perbicaraan, memandangkan
   tingkah laku mereka dalam cuba mengimplikasi saya tentang melakukan
   kesalahan dengan mendapatkan Datuk Nallakaruppan memalsukan
   keterangan, menurut Surat Akuan tersebut.

    (e) Sejak mengambil suatu kepentingan peribadi yang tidak profesional
   untuk menyalahkan saya, penglibatan mereka dalam Perbicaraan telah pun
   menaikkan keraguan akan integriti keterangan yang telah diberi terhadap
   saya oleh saksi pihak pendakwa dan mereka terus menjadi pihak pendakwa
   dalam Perbicaraan akan menghindari pentadbiran keadilan dan akan
   mempersendakan keadilan.

   (f)  Permohonan untuk menyingkirkan  Datuk Abdul Gani Patail dan Encik
   Azahar Mohamed telah difailkan oleh firma salah satu dari Peguam saya,
   Zainur Zakaria.

   (g)  Ia telah ditetapkan untuk pendengaran pada 30 hb November 1998,
   hari kerja pertama selepas ia difailkan.

   (h) Apabila ia didengar, Yang Arif Hakim, sebalik mendengar Peguam, Raja
   Aziz Addruse, mengenai permohonan tersebut, memanggil Zainur Zakaria
   menjawab beberapa soalan oleh Yang Arif Hakim, iaitu sama ada Zainur
   akan mengambil tanggungjawab memfailkan permohonan tersebut, dan sama
   ada Zainur sedar mengenai undang-undang subahat dan budibicara Peguam
   Negara untuk mengurangkan atau tidak sesuatu tuduhan, menyatakan
   bahawa:-

   "ianya sememangnya jelas bahawa Peguam negara mempunyai kuasa untuk menyoal
   seseorang banduan sama ada beliau akan memberi matlamat tentang kesalahan yang
   dilakukan. Ia adalah dipraktik di setiap negara yang bertamadun. Tanpa ini, ia adalah
   mustahil untuk mendapat penjenayah tertentu."

   dan sama ada Zainur berpuas bahawa terdapat keterangan mengenai
   pendakwaan kepalsuan keterangan yang dibuat di dalam Akuan Berkanun.

   (i)  Apabila Zainur menjawab bahawa dokumen-dokumen yang beliau dan
   juga Peguam saya yang lain tedapat membawa mereka kepada kesimpulan
   yang ada, Yang Arif Hakim telah memutuskan bahawa permohonan
   tersebut, dengan afidavit sokongan merupakan satu pengangguan keadilan
   kerana ia tidak berdasar; dan ianya merupakan suatu langkah pre-emptif
   untuk menjejaskan integriti perbicaraan yang sedang dijalankan ; bahawa
   objektifnya adalah untuk menngambarkan bahawa pihak pendakwa telah
   memalsukan keterangan dan ini merupakan suatu penghinaan yang serius.

   (j) Yang Arif Hakim seterusnya menyatakan beliau sepatutunya bertindak
   dengan segera untuk mengekalkan integriti Perbicaraan; bahawa beliau tidak
   akan ragu-ragu menggunakan setiap kuasa penghakiman beliau untuk
   memastikan bahawa Perbicaraan tersebut dijalan dengan dengan licin;
   bahawa ia merupakan tugasnya untuk memastikan sesiapa yang mengikuti
   Perbicaraan tidak akan diperdayakan ; dan memandangkan permohonan
   tidak berdasar yang difailkan oleh Zainur, Yang Arif Hakim telah
   menyebutnya menghina Mahkamah bagi percubaannya untuk menjejaskan
   integriti Perbicaraan; tetapi beliau akan menunjukkan belas kasihan dengan
   menjatuhkan prosiding seterus jikalau Zainur meminta maaf tanpa syarat
   kepada Mahkamah dan juga Peguam Negara, Datuk Abdul Patail dan En
   Azahar Mohamed untuk memfailkan permohonan yang tidak berdasar "yang
   merupakan suatu penyalahkan proses Mahkamah".

   (k) Zainur telah diberi masa untuk mempertimbangkan sama ada untuk
   meminta maaf ataupun disebut untuk penghinaan.

   (l) Apabila Zainur memberitahu Mahkamah 40 minit kemudian (apabila
   Mahkamah bermula pendengaran)yang beliau tidak dapat meminta maaf
   seperti yang diminta oleh Yang Arif Hakim, Yang Arif Hakim telah
   merangka suatu tuduhan terhadap beliau, dan menyuruh beliau menunjuk
   sebab mengapa beliau tidak patut disebut untuk penghinaan atas pemfailan
   suatu permohonan yang disokong oleh afidavit dan dokumen-dokumen
   mengandungi "dakwaan yang berskandal dan menghinakan".

   (m) Apabila Zainur seterusnya, dalam menunjuk sebab, menyatakan secara
   sumpah bahawa beliau telah memfailkan permohonan tersebut atas arahan
   anakguamnya, iaitu saya, dan beliau membuatnya untuk menjalankan tugas
   sebagai peguambela dan peguamcara yang diperuntukkan dalam common
   law dan juga Akta Profesyen Undang-undang 1976, suatu tugas yang patut
   dilaksanakan tanpa ketakutan atau sokongan, Yang Arif Hakim yang,
   menolak permohonan yang dibuat oleh peguam Zainur bagi masa untuk
   memanggil saksi-saksi untuk membuktikan sama ada dakwaan tersebut yang
   dikatakan berskandal adalah benar, mendapati bahawa dakwaan tersebut
   tidak berdasar dan penerangan Zainur tanpa merit, dan tidak sepatutnya
   dipertimbangkan.

   (n) Zainur telah didapati bersalah menghina Mahkamah dan telah disabit
   penjara selama 3 bulan. Zainur telah memfailkan suatu rayuan terhadap
   keputusan penghinaan dan sabitan. Sementara menunggu pendengaran
   rayuan, perlaksanaan sabitan digantung oleh Mahkamah Rayuan.

   (o) Suatu kejadian prosiding dan juga teks Akuan Berkanun dan surat
   kepada Peguam Negara yang dirujuk sebelum ini telah diterbit dalam
   suratkhabar The Sun pada 1 hb Disember 1999.

   (p) Membangkit dari keputusan penghinaan yang dibuat terhadap Zainur,
   atas permohonan Peguam Negara, telah mengeluarkan suatu waran tangkap
   terhadap Manjeet Singh , mengkehendaki beliau menghadiri di hadapan
   Yang Arif Hakim untuk menunjuk sebab mengapa beliau juga tidak patut
   dikomit untuk penghinaan.

   (q) Manjeet Singh telah menghadiri diri dihadapan Mahkamah beberapa hari
   kemudian untuk menerangkan bahawa Surat Akuan tersebut telah
   diumumkan tanpa pengetahuan beliau dan meminta maaf atas segala
   kesulitan yang timbul, dan oleh itu , Yang Arif Hakim tidak mengambil
   apa-apa langkah seterus terhadap beliau dan menolak permohonan saya
   untuk menyingkirkan Dato' Abdul Gani dan Encik Azahar Mohamed , tanpa
   mendengar Peguam yang sepatutnya mengusulkan permohonan tersebut bagi
   pihak saya.

   (r) Saya dinasihatkan oleh Peguam bahawa Yang Arif Hakim telah bertindak
   bercanggah dengan prinsipal yang sudah mantap mengenai keadilan asasi
   dalam menolak permohonan saya dan oleh itu saya telah memfailkan suatu
   rayauan terhadap penolakan tersebut. Rayuan tersebut masih belum
   didengar.

   41.2  Keputusan mengenai Keterangan Katadengar

   (a) Apabila memberi keterangan di Perbicaraan, saya telah merujuk kepada
   suatu mesyuarat saya telah ada dengan Perdana Mentei dimana beliau telah
   memberi saya suatu ultimatum untuk meletak jawatan dari Kabinet atau
   dituduh di Mahkamah.

   (b) Yang Arif Hakim, tanpa sebarang bantahan diambil oleh pihak
   pendakwa, telah menyoal penerimaan pernyataan yang dibuat oleh Perdana
   Menteri (yang memberi ultimatum) atas dasar bahawa ia adalah katadengar
   dan telah menyebut authoriti dalam menyokong pandangannya ini.
   Pernyataan tersebut, menurut Yang Arif Hakim tidak boleh diterima
   melainkan pihak pembela memanggil Perdana Menteri sebagai saksi dan
   menyoalnya.

   (c) Atas alasan yang sama, penerimaan suatu pernyataan oleh
   Inspektor-Jeneral Polis yang dibuat secara terus kepada saya juga dipersoal
   oleh Yang Arif Hakim.

   (d) Yang Arif Hakim, tetapi bersetuju menangguhkan membuat keputusan
   supaya kedudukan undang-undang dapat dihujah dengan penuh. (NST,
   11/2/99)

   (e) Akan tetapi, setelah membuat keputusan mengenai pernyataan Perdana
   Menteri dan Inspektor-Jeneral Polis, Yang Arif Hakim kemudiannya telah
   terima keterangan "katadengar berganda" seseorang saksi pihak pembela,
   Ma'amin bin Latip, dimana saya telah dinasihatkan dan sesungguhnya
   percaya merupakan lebih membantah dari segi undang-undang. Dalam
   menolak bantahan Peguam mengenai penerimaan keterangan tersebut, Yang
   Arif Hakim telah memerati bahawa:-
      "Tiada perbezaan di negara ini mengenai katadengar pertama dan katadengar
   kedua."
          (Nota Keterangan -2/3/99, lebih kurang pukul 3.40 pm)
 

   41.3  Permohonan-permohonan Jaminan

   (a)  Pada 5 hb Oktober 1998, saya telah mengarahkan untuk memfailkan
   suatu permohonan jaminan.

   (b) Permohonan tersebut telah dibantah oleh pihak pendakwa atas beberapa
   alasan yang utama bahawa saya akan mengacau dengan keterangan
   saks-saksi pihak pendakwa.

   (c) Sebagai menyokong bantahannya, pihak pendakwa telah mengemukakan
   4 laporan polis yang tidak dimasukkan sebagai ekshibit di Mahkamah.

   (d) Yang Arif Hakim setelah mendengar hujahan, tidak membenarkan
   permohonan tersebut atas alasan utama yang dihujah oleh pihak pendakwa.

   (e) Pada 8 hb januari 1999, pada tahap Perbicaraan apabila pihak
   pendakwa memaklumkan mahkamah yang mereka tidak akan memanggil
   saksi-saksi selanjut, dan akan menutup kes mereka sebaik sahaja
   pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula yang ditangguh untuk PW.21
   selesai. Peguam saya telah membuat suatu permohonan baru kepada Yang
   Arif Hakim untuk jaminan saya.

   (f) Pihak pendakwa sekali lagi membangkitkan bantahan yang sama,
   menegaskan bahawa risioko kekacauan berterusan sehingga tamatnya
   Perbicaraan.

   (g) Hujahan Peguam yang ketakutan risiko kekacauan tersebut telah pun
   tamat kerana semua saksi telah pun dipanggil oleh pihak pendakwa dan
   semua orang lain yang dinamakan dalam Senarai Saksi-saksi Pihak
   Pendakwa boleh digunakan oleh pihak pembela, telah ditolak secara terus
   oleh Yang Arif Hakim yang telah setuju dengan penegasan pihak pendakwa,
   dan telah memerhati bahawa:-

   "Hujahan kamu (Pihak Pembela) tidak boleh dikekal secara undang-undang bahawa
   sebaik sahaja kes pihak pendakwa selesai, tidak ada kekacauan."

   (h) Mengenai hujahan Peguam yang "semua saksi pendakwa akan menjadi
   saksi kami (pihak pembela). Bagaimanakah akan terdapat kekacauan jikalau
   kami dapat menemuduga mereka", Yang Arif Hakim menjawab bahawa
   beliau tidak akan membenarkan permohonantersebut.
   (NST, 9/1/99).

   42.1 Berikutan dengan Yang Arif Hakim untuk memberi hujahan seterusnya,
   yang dirujuk dalam perenggan 40 Afidavit ini, Peguam telah memberi suatu
   ringkasa keterangan yang ingin diberi oleh Datuk Nallakaruppan, Dr
   Munawar Anees, Sukma Darmawan dan Mior Abdul Razak. Ia telah
   ditunjuk bahawa keterangan orang tersebut yang telah ditekan oleh polis
   untuk memalsukan keterangan terhadap saya, adalah untuk menyokong
   pembelaan komplot polis saya.

   42.2 Seterusnya hujahan undang-undang mengenai relevan keterangan
   tesebut dan juga keterangan Manjeet Singh telah bermula pada 12 hb Mac
   1999. Hujahan pihak pembela merupakan bahawa pembelaan komplot polis
   mesti dipertimbangkan menurut rujukan kepada semua fakta, dan bukan
   sahaja keterangan yang diberi oleh pihak pendakwa. Ianya telah dihujah oleh
   Peguam saya bahawa "Ianya adalah penegasan kami bahawa skima
   kepalsuan tersebut merupakan suatu transaksi yang terdiri dari beberapa
   langkah kepalsuan yang dibuat terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim
   ....Relevensi tidak boleh dikekal  kepada kes pihak pendakwa sahaja; ianya
   patut dipakai di kes pihak pembela juga. Oleh kerana sifatnya, ia lebih luas,
   dan berkaitan dengan isu-isu dan untuk menunjkkan berat sebelah
   saksi-saksi pihak pendakwa dan juga untuk menunjuk skima yang lebih luas
   mengenai kepalsuan keterangan terhadap Tertuduh dan tidak boleh
   dilarang".

   42.3 Yang Arif Hakim telah memutus bahawa keterangan yang ingin diberi
   tersebut tidak relevan dan tidak boleh diterima.

   43.1 Dari keputusan yang dinyatakan di sini, Yang Arif Hakim telah:-

   (a)  dengan jelasnya membuat suatu pra-penghakiman mengenai isu-isu;
   (b)  mengecualikan Peguam saya dari mengemukakan kes saya
   sepenuh-penihnya;
   (c) memusnahkan keterangan yang menyebelahi saya;
   (d) menggunakan standard berlainan kepada pihak pendakwa dan pihak
   pembela mengenai penerimaan keterangan;

   43.2  Dalam Perbicaraan kes, Yang Arif Hakim telah kerap kali mencelah
   ("interfere") pemeriksaan dan pemeriksaan balassaksi-saksi sehinggakan
   kelihatan Yang Arif Hakim telah mengambil peranan sebagai Pendakwaraya.

   44. Memandangkan kesemua keadaan tersebut di atas dan keputusan
   penghakiman Yang Arif Hakim (termasuk penolakan permohonan saya
   untuk jaminan, );

   (a) saya mempunyai kekhuatiran ("grave apprehension") yang Yang Arif
   Hakim tidak mempunyai minda yang tidak berkecuali dan tidak
   memilih-pihak kepada isu-isu dan perkara-perkara dalam Perbicaraan;

   (b) saya tidak percaya yang saya telah diberi satu perbicaraan yang adil.

   45. Sekarang, ditunjuk kepada saya dan dilampirkan di sini sebagai "DSAI
   1" adalah suatu ikatan keratan dari beberapa terbitan yang telah
   mengandungi pemerhatian dan pandangan mengenai keadilan Perbicaraan
   tersebut.

   46. Juga ditunjuk kepada saya dan dilampirkan di sini sebagai "DSAI 2",
   adalah suatu ikatan laporan-laporan suratkhabar yang dirujuk di beberapa
   perenggan-perenggan dalam Afidavit ini, yang mengandungi kejadian
   mengenai Perbicaraan tersebut, yang saya percayai adalah betul.

   47. Dalam premis ini, saya memohon satu perintah seperti yang dipohon di
   dalam permohonan ini.

   Diikrar oleh                                       )
   Dato' Seri Anwar bin Ibrahim            )
   (tandatangan DSAI)
   di Kuala Lumpur                               )
   pada     haribulan        1999              )
 

                                                    15 MAR 1999
                                                    Dihadapan saya,

                                                      (tandatangan)
                            NORSHILA BT DATO' KAMARUDDIN
                                                      Majistret
                                             Mahkamah Majistret
                                                      Kuala Lumpur

    Affidavit ini  difailkan oleh Raja Aziz Addruse, Peguambela bagi pihak
   pemohon, yang dinamakan di atas dan mempunyai alamat penyampaiannya
   di No 29, Jalan Nusa, 50480 Kuala Lumpur.