Rakyat Sabah Mengundi Pembangkang?

  Alhamdulillah selesai sudah Pilihanraya bagi Negeri Sabah.   Sepanjang tempoh
  dua minggu selepas pembubaran DUN Sabah, maka keadaan perang   poster dan
  ceramah telah kelihatan disana sini. Ini tidak termasuk pula   dengan taburan
  projek, duit dan sebagainya yang telah dilemparkan kepada rakyat   Sabah
  terutamanya yang berada dipedalaman oleh pihak Barisan Nasional  Tidak dapat
  dinafikan begitu kuat sekali kesan propanganda sempena   pilihanraya ini diman
  semua media elektronik utama telah dikuasai oleh pihak Barisan   Nasional. Ini
  tidaklah termasuk kesan propaganda melalui media cetak seperti  Utusan
  Malaysia, Berita Harian dan Majalah MASSA. ~C.I.A REFORMASI

  Kita semua telah sedia maklum atas kemenangan besar Barisan   Nasional di Sabah
  yang mana ini menunjukkan mereka berjaya didalam usaha melobi   penduduk
  tempatan sabah dan tidak lupa juga kepada pengaruh 'UNDI HANTU'  serta 'UNDI
  POS'. Tahniah sekali lagi kepada yang menang dan diharapkan agar   bersabar bagi
  yang kalah. Tentu sekali didalam setiap kali pertandingan,   pilihanraya   ataupun undian, maka akan terdapat pihak yang menang dan pihak   yang kalah. ~C.I.A REFORMASI

  Pada pendapat saya sebagai pemerhati politik tempatan yang tidak   menyetujui
  segala taktik kotor digunakan didalam proses pilihanraya tidak   dapat tidak
  ingin memberikan sedikit komen didalam apa yang berlaku pada   senario ini.
  Seperti biasa pada setiap kali pilihanraya semenjak dari tahun   1985 lagi telah
  saya perhatikan bahawa beberapa insiden yang tidak sihat telah   berlaku. Ini
  termasuklah membeli undi, mengugut, memaksa, menipu, menggunakan   pengundi
  hantu (pendatang asing) serta pelbagai lagi teknik untuk   memastikan kemenangan
  berada pada tangan pihak pemerintah (Barisan Nasional).

  Oleh yang demikian maka tidak hairanlah jika pada kali ini   mereka (BN) masih
  melakukan insiden yang sama. Ini semuanya berpunca dari   informasi yang telah
  didapati oleh pihak SB dan KEMAS yang menunjukkan pengaruh   mereka (BN) telah
  merosot. Untuk memastikan kemenangan menyeluruh dan menampakkan   kepada semua
  rakyat mereka masih diberikan mandat maka mereka sanggup berbuat   sebegini.
  Saya tidak boleh menyalahkan seratus peratus penduduk Sabah atas   tindakan
  mereka mengundi Barisan Nasional sebagai pemimpin mereka. Ini   adalah kerana
  sebilangan besar mereka yang telah di'rasuah' ini masih lagi   berada pada tahap
  kemiskinan yang melampau. Walaupun begitu kemiskinan tidak boleh   dijadikan
  satu alasan membolehkan mereka menerima 'rasuah'. Ini adalah   satu tindakan
  yang tidak bermoral.

  Berbalik kepada tajuk artikel ini dimana saya mengunjurkan   persoalan iaitu '
  Rakyat Sabah Mengundi Pembangkang?' yang mana ianya menunjukkan
  bahawa segala   tindakan yang rakyat Sabah lakukan adalah sebenarnya satu kes
  terpencil.   Mengapa saya perkatakan sebegini?. Ini adalah kerana mengikut
  pemerhatian dan   penyelidikan saya terhadap senario yang berlaku di Semenanjung
  Malaysia dimana   Reformasi telah menjadi satu agenda tersendiri. Pada pengamatan
  saya, saya   dapati bahawa pada Pilihanraya Umum 1999 ini akan berlaku
  Pembangkang   (Angkatan Perpaduan Ummah) bertukar menjadi Pemerintah Kerajaan
  Persekutuan   dimana SABAH dan beberapa negeri lain (kes terpencil) akan
  dikuasai oleh  Pembangkang (Barisan Nasional). ~C.I.A REFORMASI

  Jika ini berlaku maka seperti biasalah Negeri Sabah masih   dikuasai oleh
  pembangkang. Tahniah diucapkan. Walaupun begitu Kerajaan 'APU'   tidaklah
  sekejam Kerajaan 'BN' dahulu. Pembangunan masih tetap dijalankan   dan semua
  peruntukan yang sewajarnya Negeri Sabah terima akan tetap   disalurkan meskipun
  pembangkang (BN) menjadi pemimpin. Ketua Negeri Sabah pada masa
  itu semestinya   YAB Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad. Bagi semua rakyat kaum
  Kadazan-Dusun, anda   semua patutlah berbangga bahawa Ketua Menteri anda adalah
  bukannya anak negeri   anda.

  Mengikut senario yang berlaku sekarang, saya meramalkan bahawa   Parlimen akan
  dibubarkan pada 18 Jun 1999 ini dimana pengundian akan   dijalankan pada 13
  Julai 1999. Oleh yang demikian saya amat berharap agar Kerajaan
  Persekutuan  (APU) agar bersiap sedia melakukan usaha untuk memancing undi
  dan memastikan   bahawa Pembangkang (BN) hanya tetap menjadi pembangkang. Silalah
  gerakkan   semua UNIT PUSAT UNDI dan juga bilik gerakan pilihanraya di
  semua lokasi peti   undi. Dalam pada masa yang sama silalah mengawalselia SPR supaya
  tidak berlaku   pembangkang (BN) menipu didalam pengundian. Kabinet Bayangan
  untuk pembentukan   Kerajaan Persekutuan sesi 1999 - 2005 hendaklah disediakan dan
  diwarwarkan.

  Saya juga menggalakkan DSWA supaya bersedia di Kubang PAS(U)   -[Kubang Pas
  Utara]. Tidak lupa juga kepada Dato' Dr Harun Din agar bersedia   untuk
  menjatuhkan Shahidan Kassim. Dato' Dr Hassan Ali pula hendaklah   bersedia di
  Selangor untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Ust Sabran Asmawi   mestilah
  menguatkan agenda PAS di Negeri Perak supaya Ramli Ngah Talib    akan balik ke
  Pasir Salak menjadi penjual buah durian.   Akhir sekali saya ingin mengucapkan 'Selamat Mengundi' kepada   semua rakyat   Malaysia. Silalah pastikan bahawa anda tetap mengundi Kerajaan   Persekutuan (APU) didalam pilihanraya kali ini. ~C.I.A REFORMASI

 

Sumber:  Ketua Perusuh (Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa -ISIS).TERIMA KASIH