TOL JALAN PAHANG PALING TIDAK RELEVEN

   Isu tol bukan perkara baru. Demontrasi demi demonstrasi telah   dijalankan sejak awal pembinaan tol lagi. Dahulu semasa TOL Cheras dibuka   DAP telah adakan demonstrasi. Nampaknya kurang berkesan. Di Tol Jalan Ipoh pun   begitu juga di adakan demonstrasi sehingga TOL di batalkan.

  Yang pelik nya TOL dibuat secara berpilih-pilih. Jalan Pahang   cuma    dibaiki dari bulatan Pahang hingga ke persimpangan Jalan Gombak   dekat    Balai Polis Setapak. Kalau dikaji jaraknya cuma 3 km sahaja tapi   kena    tol 50sen sekali. Berbanding jalan Damansara dari Jln Duta ke
Damansara    Utama..lebih kurang 15 km !! TIADA TOL!!!

  Saya rasa TOL JALAN PAHANGPALING TIDAK RELEVEN kerana jalan yang
  dibaiki    bukan sahaja pendek tapi munafaatnya tidak banyak. Kalau dulu   sesak
  setiap pagi. Sekarang pun setelah dibaiki dan di buat tol pun  masih  sesak. Masa yang saya ambil dari rumah pada jam 6.50 pagi untuk sampai  rumah tol sahaja sehingga 30 minit. Lepas bayar tol sesak pulak di susur    bawah ke Jalan Pekeliling menghala bangunan UMNO selama 5-10
  minit.  Apakah faedahnya membayar tol kalau tidak menyelesaikan masalah?

  Setiap kali hendak ke HKL atau Chowkit Rd. atau ke The Mall dan  lain-lain kena bayar 50 sen.Bagi setengah pekerja yang balik ke rumah   waktu makan tengahari untuk ambil anak di sekolah sekitar  Setapak perlu   membayar 50sen lagi untuk masuk semula ke pejabat. Ini tidak
  adil.   Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan  kemudahan jalan
  raya untuk pengguna Jalan Pahang dari hasil kutipan cukai jalan  tahunan
  pemilik kenderaan sekitar kawasan setapak yang dianggarkan  100,000.
  Kalau setiap pemilik bayar RM250.00 maka sejumlah RM25 juta  ringgit   dikutip setiap tahun untuk kawasan tersebut.

  Adalah berfaedah kepada pengguna jalan raya untuk membayar 50sen  setiap
  kali ke pejabat jika keadaan masih sesak dan masa yang diambil  masih   sama kira-kira 40 minit untuk melepasi bulatan Jln Pahang  berbanding   sebelum dibina TOL JLN PAHANG. Saya sangat menyokong usaha pihak  yang   tertentu untuk menghapuskan TOL JLN PAHANG .

  Atau sekurang-kurang dapat dipertimbangkan supaya perlepasan  waktu
  bayaran tol dari jam 12.00 malam hingga 9.30 pagi setiap hari.  Dengan   pelepasan tol ini syarikat boleh jimat kos dengan waktu kerja  dari 3   shift kepada 2 shift sahaja. Dan memberikan peluang orang ramai  nak ke   pejabat tanpa perlu bayar tol kerana waktu sesak tidak   memberikan faedah  langsung kepada pengguna jalan raya. Cuma selepas 9.30 pagi   hingga jam
  12.00 malam tol dikutip mengambil kira keadaan jalan tidak   sesak. Saya   sangat berharap PRM atau DAP atau PAS atau GERAK dapat mengemuka    memorendum terus ke SAMY TOLL untuk dipertimbangkan.