Make your own free website on Tripod.com
   Kemusnahan UMNO Sudah Diambang. 

     Mahathir sedang mempertaruhkan "betting the last dime". He is going for the broke!!
     Mahathir diperingkat ‘last laps’ dalam agenda "grand design" untuk mengekalkan diri
     dimercu kuasa. Kesan yang spontan? Ah…ahli UMNO sendiri sudah
     berbondong-bondong hilang keyakinan kpd Mahathir, kredibiliti barisan pemimpin
     kabinet baru, keputusan tangguh perhimpunan 18 bulan dan perancangan UMNO/BN
     menerajui negara untuk keluar dari kemelut politik, keadilan, ekonomi yang kian
     menekan!! Sekali gus, kemelut politik UMNO dan reputasi kerajaan Mahathir makin
     parah.

     Demokrasi dalam UMNO sudah MATI!!
     Sah lah sekarang, kuasa rakyat makin jelas. Rombakan dan keputusan Mahathir secara
     veto dalam isu "18 bulan" adalah sandiwara palsu. Demokrasi dalam UMNO sudah
     MATI!! Mahathir makin tersepit. Mahathir takut kepada pertandingan. Nyawa politik
     Mahathir sudah dipangkal khalkum. Mahathir tidak berupaya membalikkan jarum jam
     UMNO ketahap dulu. Dia sudah hilang daya-upaya, kehilangan ketokohan diri dan
     daya rangsang. Mahathir adalah simbol perpecahan orang Melayu. Ahli-ahli dan
     pemimpinan UMNNO pertengahan sendiri telah menyalahkan Mahathir kerana
     kerakusan peribadi dan suku-sakatnya dan semua mereka yang tergulung sebagai kroni
     politik dan "pengumpul" harta disekeliling Mahathir. Semua yang dilantik ke porfolio
     baru adalah "Musang berbulu ayam". Mereka akan jadi jadi "ayam kurungan menunggu
     dilapah disiat-siat" oleh ahli UMNO!! Kabinet baru memberi bayang yang sahih. Hanya
     dengan membuang dan mengadili Mahathir, Daim dan kuncu-kuncu konspirasinya
     sahaja yang akan mewujud satu kebarangkalian UMNO akan berolehi sebuah dua
     kerusi di Palimen. Jika tidak, hadapilah zaman kehancuran UMNO untuk
     selama-lamanya.

     Rakyat sudah ada Alternatif!!
 
    GAGASAN ADIL dan REFORMARSI BUKAN ANGAN-ANGAN, jauh sekali
     dari main-mainan. Rakyat mahukan satu "Rombakan Menyeluruh dan Total", kerana
     kecau-bilau yang berlaku sekrang telah merosakkan keseluruhan sistem peradaban dan
     identiti dasar politik negara ini yang terjelas dalam Perlembagaan. Mahathir telah
     merosakkan "the spirit of the Malaysian Constitution" dan perundangan yang tertakluk
     kepada Perlembagaan. UMNO sudah tenat, nazak dan menanti maut merentap roh
     dan dipindahkan kepada yang dituntut rakyat sebagai yg berhak mentadbir negara ini.
     UMNo/Bn tidak lagi dapat menukung Perlembagaan yang tulin selagi ia dikecundangi
     dan dibayanyi oleh sikap Mahathir-Daim. Hari ini, 8 January 98 – Mahathir telah
     memukul paku terakhir kepada keranda UMNO. Mahathir sedang menghadapi
     gejolak penentangan ‘terbuka’ dari dalam UMNO sendiri. Penentangan itu bagai api
     dalam sekam, apinya sekarang sedang marak membakar UMNO sendiri.

     Apa yang pasti kini ialah: "Proses demokrasi hanya terletak ditangan rakyat sahaja
     sekarang"!!. Pemimpin UMNO/BN sudah hilang falsafah demokrasi dan kewarasan
     bertindak. UMNO menempuih era "Demokrasi Terpimpin". Kesemua pemimpin
     UMNO dalam kerajaan telah hancur rohani dan pertimbangan; cuma menunggu detik
     terakhir untuk hanyut sebagai serpihan-serpihan kotoran najis mughalazah. Kini, ahli
     UMNO sendiri malu mengakui diri mereka bertuankan pemimpin UMNO yang ada,
     kerana tidak mahu lagi mengiktiraf kekalutan idealisma pro-Mahathir. Jadi,
     penangguhan "18 bulan" makin memusnahkan UMNO. Mahathir yang
     bertanggungjawab.

     Sah dan pasti sekarang, UMNO "Baru" ialah UMNO membolehkan Mahathir
     mengekalkan kekuasaan diri sebagai seorang DIKTATOR, bagi kepentingan
     suku-sakat dan kroni, menafikan hak rakyat dan ahli UMN0. Ahli UMNO tidak akan
     memperakukan sebarang tindak-tanduk Mahathir lagi. Kalau tak percaya dipersilakan
     Mahathir melaksanakan "Pertandingan Terbuka"!!

     Kehilangan Kredibiliti

     Kerajaan BN yang di pimpin oleh Mamak Kutty  kini sudah tidak ada langsung
     kredibiliti Amat nyata, kerajaan Mahathir adalah kerajaan penipu, mengamal rasuah, kronisma
     dan nepotisma. Lebih dari itu, ia sebuah "Team" kejam terhadap rakyat sendiri -
     menjadikan negara ini negara polis ala-Securitate Caucescu Romania, Gestapo Nazi
     Hitler the 3rd Reich, Savak Shah Iran. Apa yang rakyat perlu sekarang selepas episod
     kekejaman polis ialah seluruh kerajaan BN meletak jawatan. Kalau ini lah cara
     mahathir mentadbir parti dan kerajaan, the country is running to the dog! More so, the
     dog is barking at the hill!! Mahathir the "Grand Doggy"!!

     Persoalannya, selagi Anwar disepit dan dikhianati begini, selagi itulah tidak akan yakin
     kepada UMNO; jauh sekali dari menjadikan nya sebagai parti tulang belakang Melayu.
     Tuntutan rakuyat hanya satu, "Kembalikan Anwar ke tempatnya, jika tidak UMNO
     akan hancur terus jadi relics politik terhebat dalam penutup Abad ke-21 bagi org
     Melayu".

     Mahathir perlu dibuang jauh-jauh!! Selagi itu tidak dilakukan, UMNO/BN tidak akan
     pulih lagi. Tunggulah disana..sana..sanaaaa….!!!!!
 
    Perancangan politik yang salah

     Di kala penentang R4MC berpecah-belah ,dan PDRM menukar wajah ,inilah masanya
     untuk gerakan R4MC mempertingkatkan desakan kita untuk mendapatkan keadilan
     untuk Saudara Anwar dan untuk rakyat biasa.
     Orang Tanjung, kami menanti jasa kelian.Nyatakan dengan jelas dan lantang kepada
     Pak Lah apa erti keadilan , dan ketandusan kepimpinan Mahathir Mohamad.
     Mahathir melepaskan KDN dan sekali gus dia boleh mengenepikan kritikan bahawa
     dia harus bertanggungjawab berterusan terhadap episod "mata lebam".Kita sudah
     boleh jangkakan , dia akan berkata:" Itu saya tak tahu."" saya kena berunding dengan
     Menteri Dalam Negeri." " Saya belum lagi melihat laporan." Dan lain-lain lagi helah
     biasa Mamak Bendahara. Adakah beliau menunjukkan sedikit pun rasa kesal sehingga
     ini? Adakah beliau mencadangkan walau sedikit pun rasa terharu beliau bahawa dia
     telah bersikap tidak adil terhadap Saudara Anwar DAN MENGAKU DIA TELAH
     TERSALAH ANGGAP BAHAWA SAUDARA ANWAR TELAH
     MENCEDERAKAN DIRI SENDIRI? Habukpun tiada!
     Dan tunggulah permohonan yang akan dibuat di mahkamah oleh Mohtar dan
     askar-askarnya untuk mengenepikan tindakan terhadap Mahathir Mohamad atas
     alasan dia bukan lagi Menteri Dalam Negeri. Ini sudah boleh diagak. Sebab itu kita
     mesti terus menyatakan dengan lantang bahawa dia mesti berundur. Dia sudah menjadi
     beban pada perpaduan Melayu, dan dia harus diberi "nasihat" ini adalah hakikat.
     Yang pasti kita mesti terus mendesak supaya Mahathir Mohamad berundur sekarang
     juga.
     Saudara Anwar akan didapati bersalah oleh APaul, tetapi di mata pengadilan rakyat
     Saudara Anwar sudah nyata terbukti tidak bersalah. Mahkamah dah tak relevan
     lagi.Poetic Justice? Saudara Anwar dalam "solitary confinement", Mahathir bukan
     begitu - kian terasing dari rakyat jelata.Saudara Anwar susut 20 paun, Mahathir pun
     nampaknya kurang sihat walaupun bebas.Anwar akan didapati bersalah, Mahathir
     sudahpun diadili oleh rakyat.Anwar kian kuat dalam penjara.Penulisannya semakin
     matang,lantang dan membuktikan dia sebenarnya adalah seorang " Asian Renaissance"
     man. Mahathir hanya berdaya "recycle" point lama: penyangak ekonomi negara,
     penyagak antarabangsa, blah,blah,blah...
     Poetic Justice ini akan berpanjangan.

 SALAM REFORMASI UNTUK PAK LAH, IBRAHIM ALI DAN LAIN-LAIN
 MENTERI PENGAMPU!

      Mahathir is betting the last dime to save  himself and umno. umno is going into deeper and deeper into the ravine. umno baru will  succumb to death and the fate of BN is at the brink of disasters.

     Mahathir sedang usaha terakhir untuk mengelak diri drp dituduh sebagai pembunuh
     umno dan pemusnah BN.

     Untuk itu, beliau memperjudikan barisan kabinet kamikazee di mana beliau telah
     melepaskan dua jawatan penting kepada pak lah dan daim.

     Keputusan veto beliau menetapkan pemilihan umno selepas tempoh 18 bulan dilihat
     bukan bertujuan utk menyelamatkan karier politik beliau tetapi sebagai sandaran kpd
     pak lah membina pengaruh. Beliau pasti dapat mengagak, sisa-sisa kehidupan beliau
     tidak akan dapat menjangkau tempoh 18 bulan itu.

     Selama tempoh lebih empat bulan selepas beliau memecat DSAI, keadaan ekonomi
     dan politik menjadi semakin tenat dan tidak langsung menunjukkan tanda-tanda
     pemulihan. Kesilapan perhitungan semakin terserlah. Penggunaan jentera kerajaan
     seperti polis dan kehakiman lebih menghakiskan kepercayaan rakyat, walaupun pada
     asalnya ianya hanya bertujuan utk kepentingan politik dalaman umno.

     Ini yg tidak beliau duga. Kehebatan Sukom98 diharap menenggelamkan isu pemecatan
     DSAI, tidak terjadi. Persidangan APEC sebagai peluang kedua juga gagal
     enyembunyikan keresahan rakyat. Pengadilan di mahkamah selama lebih 40 hari,
     langsung tidak mampu memulihkan keadaan sebaliknya pelbagai bukti yg dirancang
     pihak pendakwa dan polis semakin memakan diri.

     Tidak ada pilihan lagi. Ops Aib & Fitnah perlu ditamatkan segera. DSAI hendaklah
     dikembalikan ke jawatannya. DSAI mempunyai pengaruh yg amat besar di dalam
     negeri dan antarabangsa. Pemulihan ekonomi dan politik terletak di tangan DSAI.
     Mahathir terpaksa akui hakikat.

     Andaiannya begini: Sebagai strategi terakhir, Mohtar Abdullah diminta membuat
     kenyataan akhbar mengenai kecederaan DSAI dipertanggungjawabkan ke atas polis.
     Ini diikuti peletakan jawatan rahim noor bagi mengelakkan rahim noor 'terserempak'
     dgn DSAI nanti.

     Kabinet kamikazee dibentuk. Pak lah diberi kepercayaan sebagai TPM dan Ment.
     Dalam Negeri. Pak lah sebagai Ment. Dalam Negeri, diamanah utk melaksanakan Ops
     Turning Over dan mengembalikan DSAI ke jawatannya. Mahathir tahu bahawa pak lah
     tidak boleh tamak kuasa kerana beliau tidak mempunyai pengikut seramai najib dan
     mat taib, ataupun ku li. Inilah sebab mengapa beliau tidak memlih najib/ku li seperti yg
     banyak digembar-gemburkan. Jika najib atau ku li dilantik TPM, mereka sudah cukup
     selesa dengan para penyokong dan pastinya tidak akan membawa DSAI masuk
     semula ke dlm umno. Keadaan tidak akan pulih. Itu rasional mahathir melantik pak lah
     dan bukan najib atau ku li.

     Oleh sebab itu, pastilah pak lah terpaksa akur mengembalikan DSAI ke jawatan Timb.
     Presiden umno, yg dilihat sengaja dikosongkan utk tempoh 18 bulan yg akan datang.

     Andaian seterusnya: Sekiranya semua berjalan lancar, mahathir pasti melepaskan
     jawatan sebagai presiden umno dan PM sekaligus. Umno baru terselamat.

     Namun begitu, jika andaian ini terjadi, DSAI bakal berhadapan dengan satu dilema.
     Beliau kini mempunyai pengaruh yg cukup kuat di kalangan umno, PAS serta
     parti-parti pembangkang yg lain serta rakyat. Di sinilah nanti kita akan dapat melihat
     bagaimana kebijaksanaan beliau. Ini andaian sajalah.

     Sementara itu, jika kita perhatikan, sejak sehari dua ni, sudah kurang 'gejala SB' di
     ruangan forum ini. Bermimpikah aku? Ataupun, arahan telah dikeluarkan agar
     tindakan-tindakan provokatif sb dihentikan serta-merta? Andaian lagi?

     Dalam bulan Ramadan Al-Mubarak yg mulia ini, segalanya mungkin.

     Kita tunggu sajalah kerana penentuan Allah swt tidak ada sesiapa yg tahu. Manusia
     merancang, Allah menentukan.

      Penentangan dari dalam sedang berlaku. Ini maklumat      dari Melaka. Riwayat UMNO dan Mahathir telah lupus di negara Hang Tuah ini. Obor      ADIL dan PAS sedang melonjak dan ‘fall-out’ nya sedang menitip seluruh negara.      Gegagaran ini makin menggoyahkan seluruh mercu tanda UMNO diperingkat      Perhubungan. Rakyat telah bosan dengan pertarungan Mahathir untuk mengekalkan      hayatnya politiknya yang sudah "tinggal arwah". Dalam UMNO tidak ada Anwar!
Dengan itu, sokongan ahli UMNO berpindah mengikut dimana Anwar atau parti mana
yang dihalakan Anwar untuk dipilih menerajui kerajaan.

P/S: Oleh kerana kami mendapat terlalu banyak e-mail mengenai Kabinet Lanun Mahathir,kami mengambil kuputusan untuk menyiarkan dgn menggabungkan kesmuanya dalam satu bentuk artikel ~C.I.A REFROMASI