Make your own free website on Tripod.com
PRESIDEN PRM SERU SUPAYA PEGUAM NEGARA LETAK JAWATAN

     PRM perlu menyatakan rasa tidak puas hati yang amat sangat terhadap kenyataan Peguam  Negara (PN) mengenai kemajuan penyiasatan ke atas kecederaan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa dalam tahanan polis. Setelah membenarkan penyiasatan ini berlanjutan selama empat  bulan, kini pihak PN hanya mampu melaporkan bahawa penyiasatan tersebut masih belum selesai lagi. Ini sangat memalukan.

     Yang lebih membimbangkan ialah kenyataan beliau bahawa penyiasatan yang berlanjutan inimasih belum dapat mengenal pasti siapakah yang bertanggungjawab mengakibatkankecederaan Anwar itu. Selepas empat bulan penyiasatan dijalankan dan orang yang  bertangungjawab tidak dikenal pasti, jelas sekali tidak ada kemungkinan orang yang  bertanggungjawab akhirnya akan dinyatakan. Barangkali kenyataan PN itu bertujuan   untuk      menyediakan pendapat umum tentang keputusan muktamad serupa yang akan dibuat.     Mungkin   pihak berkuasa mengharapkan bahawa dengan hanya mengakui Polis Diraja Malaysia      adalah   "bertanggung jawab penuh" ke atas kecederaan Anwar, maka kemarahan orang ramai  terhadap kejadian ini akan dapat diredakan .
 
Orang ramai tidak akan berpuas hati melainkan akauntabiliti sepenuhnya dibuktikan.  Kami
 mendesak supaya pihak pemerintah mengumumkan laporan mengenai kecederaan Anwar itu.
Memang benar bahawa kami tidak pernah berpuas hati dengan cara pembentukan dan
susunan  badan penyiasatan itu dan sentiasa menuntut supaya dibentuk sebuah badan yang
benar-benar bebas untuk menyiasat sepenuh-penuhnya peristiwa yang berlaku. Oleh kerana PN,
setelah tidak mengambil hirau akan seruan yang dibuat berkali-kali oleh berbagai-bagai pihak,
 gagal   pula menjalankan apa yang pada peringkat akhir merupakan tanggung jawabnya
sendiri, maka  kami rasa langkah sesuai yang patut diambilnya ialah untuk meletakkan jawatan.
     Apa yang tercabar ialah keseluruhan pentadbiran keadilan di negeri ini. Peguam Negara
harus bersedia mengambil tanggung jawab moral terhadap keadaan yang sangat memalukan
ini.

 Dr Syed Husin Ali 
Presiden PRM
     6 Januari 1999