Make your own free website on Tripod.com
PENGARAH PUSAT ISLAM, SEPERTI KETAM MENGAJAR ANAK BERJALAN SONGSANG


 Assalamualaikum dan salam keadilan untuk semua.

 Hari raya tahun ini seperti biasa khutbahnya akan diambil alih oleh  seorang yang gila kuasa(tokeh Pusat Islam) walaupun terdapat sebaris  imam-imam yang lebih berkelayakkan daripadanya(disukai jamaah) dan  terdapat juga imam hafiz di belakangnya. Dia adalah penyambung lidah  Mahathir dari perspektif agama yang disongsangkan daripada isu sebenar  yang dipertikaikan.

 Kami di Sabah dapat menyaksikan dua kali khutbah yang disampaikan oleh  beliau menerusi siaran lansung RTM dan rakaman pada sebelah petangnya  kerana solat hari raya di Sandakan diadakan seawal pada 7:30 pagi.

 Satu perkara yang menarik perhatian saya apa yang dikhutbahkan oleh  tokeh Pusat Islam ini ialah peribadi seorang muslim itu mestilah pandai  menilai sesuatu terutama fakta-fakta daripada internet yang dikatakan  pembohong besar. Saya rasa bagi rakyat yang mempunyai pelbagai sumber  maklumat yang pro dan kontra kepada kerajaan, rata-rata menolak  kepimpinan Mahathir. Tokeh Pusat Islam itu tidak boleh mengatakan orang  yang tidak menyokong kepimpinan Mahathir sebagai tidak tahu menilai dan  tidak mempunyai peribadi muslim sejati. Saya juga boleh mengatakan tokeh
 Pusat Islam ini tidak tahu menilai dan tidak mempunyai peribadi muslim  kerana masih menyokong kepimpinan yang menganiayai orang lain. Jangan  senang menuding jari kepada orang lain sebagai mempunyai akal yang cetek  dan sebagainya kerana orang lain juga boleh beranggapan yang anda juga  mempunyai akal yang cetek.

 Untuk pengetahuan tokeh pusat Islam, rakyat sekarang lebih cerdik dan  lebih pandai menilai daripadanya. Mungkin bagi golongan yang tidak  mempunyai saluran media yang pelbagai dan hanya tertumpu kepada media  kerajaan sahaja akan berjaya ditipu dan diputar belitkan oleh kerajaan
 pimpinan Mahathir. Tetapi bagi kami penyokong Islah dan keadilan dan  rakyat yang celik internet dan rakyat yang mahu untuk mendapatkan  maklumat yang pelbagai akan menolak kepimpinan Mahathir dan pengampunya.  Rata-rata penyokong keadilan tidak menilai berdasarkan apa yang didapati  daripada internet sahaja tetapi kami juga menonton televisyen,mendengar  radio, membaca surat khabar dan pelbagai lagi propaganda kerajaan malah  ada antara kami yang menghadhiri sesi penerangan oleh pemimpin UMNO.

 Kesimpulannya, saya beranggapan tokeh pusat Islam inilah yang tidak tahu  menilai dan tidak mempunyai peribadi muslim sejati kerana mengajak  rakyat bersekongkol dengan penzalim yang menganiayai rakyat dan pemeras  duit rakyat(tol).

 Kadang-kadang saya berasa hairan dan bertanya pada diri sendiri dan  sahabat handai, apakah apa yang diucapkan itu berdasarkan keyakinan  dirinya berdasarkan ilmu agama yang dimiliki atau apakah khutbahnya itu  untuk mengampu dan menjaga periuk nasi. Saya sendiri tidak mendapat
 jawapannya.Tetapi seorang sahabat mengatakan, itulah keyakinan yang  sebenar-benarnya oleh tokeh Pusat Islam itu. Dia tidak akan beralih arah  walaupun penzalim itu melakukan apa sahaja hatta mempertikaikan hukum  Allah kerana dia adalah (pengkagum/pengagum) Mahathir yang tidak
 berbelah bagi.

 Jauh disudut hati saya, orang seperti Datuk Hamid Osman, Hamid Zainal  Abidin, Yusuf Nor, Wan Mokhtar dan lain-lain yang terpelajar dalam  bidang agama berpakatlah untuk untuk menyatakan bantahan terhadap  Mahathir dan bercakaplah atas dasar kebenaran. Cubalah semak balik
 perkembangan yang ada berdasarkan ilmu yang dimiliki. Saya yakin  Mahathir menjadi kuat kerana masih ada panglima-panglima ini yang masih  mempertahankan beliau. Kalau tidak Mahathir sudah lama lemah dan akan  menghadapi tekanan yang hebat dan akan meletak jawatan. Maka dengan itu
 selamatlah ummah daripada berpecah. Jangan sekali-kali berhujah,  penyokong keadilan membawa perpecahan, sebenarnaya Mahathir yang menjadi  punca perpecahan ummah dan dia perlu disingkirkan bukannya menyingkirkan  DS anwar untuk mengelak perpecahan ummah.

 Kalau anda berpaling arah, anda akan lebih disanjung rakyat.Kalau anda  benar-benar ikhlas dengan apa yang diyakini sekarang, cuba patahkan  hujah-hujah pejuang Reformasi dan pejuang keadilan menerusi Internet dan  sebarang media yang anda miliki.Bukan membangkitkan isu-isu yang tidak  releven(memimjam kata-kata Augustine Paul) dengan punca kegawatan  politik sekarang seperti isu semangat patriotik, agen negara asing dan  sebagainya. Jangan cuba mengalih isu, tumpukan kepada isu yang  dipertikaikan, banyak persoalan rakyat yang belum terjawab.

 Walaupun saya penyokong keadilan dan anti Mahathir dan pengampunya, saya  tidak sanggup menjadi agen negara asing dan saya tidak nampak kegawatan  politik sekarang dicetuskan oleh agen negara asing tetapi ia dicetuskan  oleh diktator Mahathir yang sudah hilang pertimbangan gara-gara
 tamakkkan kuasa dan ingin menjaga krono-kroninya daripada muflis.
 Sekian, Wassalam~C.I.A REFORMASI

sumbangan: Abd Rahman Abd Kadir Jelani