Make your own free website on Tripod.com
     MAHATHIR DAN KRONINYA DALAM KEADAAN PALING TERDESAK

     Mahathir dan para kroninya Dalam Keadaan Paling Terdesak sekarang:

     Jika kita perhatikan usaha Mahathir dan para kroninya akhir-akhir ini adalah menjurus
     kepada perkara-perkara berikut:

     1. Mahathir menggambarkan kepada rakyat betapa ekonomi Malaysia sekarang ini
     sudah menuju pemulihan agar dengan cara ini rakyat akan terus memberi sokongan
     kepada kerajaan BN memerintah dalam pilihanraya yang akan datang; sedangkan
     hakikat sebenarnya ekonomi Malaysia jauh dari pulih, malah taraf bank-bank Malaysia
     masih tidak berubah mengikut penganilisis penarafan antarabangsa Moody's.
     # Besok Bmf Finance akan diambil alih oleh Danaharta!

     2. Mahathir menggambarkan betapa kerajaan menghargai pengorbanan rakyat dalam
     memulihkan ekonomi negara dengan mewujudkan suasana aman tanpa ada lagi
     demonstrasi. Ini sebenarnya menunjukkan betapa Mahathir amat bimbang dengan
     kebangkitan rakyat menerusi demonstrasi aman.
     # Org kampung pun dah tahu kerja jahat Mahathir dan kroninya.

     3. Mahathir dan mula menunjukkan sikap sebenar terhadap Barat dengan berhasrat
     untuk kembali berbaik-baik dengan IMF sedangkan ketika isu Anwar dahulu hangat,
     Anwar dilabelkan sebagai agen Barat dan Yahudi walaupun hakikatnya Mahathir dan
     kroninyalah yang sebenarnya agen Barat dan Yahudi.
     # Siapakah penjajah sebanar kalau tak Mahathir sendiri?

     4. Berita-berita berhubung dengan perbicaraan Anwar Ibrahim telah diarahkan oleh
     Mahathir su[aya tidak lagi dijadikan berita utama dalam siaran-siaran TV1, TV2, dan
     TV3. Ianya akan dijadikan berita utama hanya apabila perbicaraan hari itu lebih
     menguntungkan golongan konspirasi.
     # Malang setiap hari berita di mahkamah semuanya menyebelahi Anwar!

     5. Mahathir melancarkan kempen gerakan "cinta negara" semata-mata untuk
     membangkitkan semangat patriotisme rakyat bukannya menyintai negara tetapi lebih
     kepada menyintai "pemimpin negara" khususnya MAHATHIR. Ini adalah kerana
     kebenciaan rakyat terhadap Mahathir sudah begitu memuncak dan sesuatu perlu
     dilakukan. Kita ingatkan kepada kepada mereka bahawa rakyat Malaysia tidak pernah
     luntu semangat cintakan negara dan sanggup berjuang sehingga ke titisan darah yang
     terakhir demi negara, apa yang sudah pun luntur sebenarnya ialah hormat rakyat
     terhadap pemimpin negara yang tidak amanah, zalim dan penipu besar.
     # Rakyat sudah benci kepada pemimpin negara tetapi kasihkan negara tetap tidak
     berubah. 

Mahathir sudah tidak ada pengaruh lagi!!