Make your own free website on Tripod.com
PENCAPAIAN AKADEMIK PAKAR FORENSIK TERBAIK DI MALAYSIA

Kuala Lumpur, Ahad 27 Dis. Dr. Abdul Rahman Yusuf, Ketua Jabatan Forensik di Hospital Besar Kuala Lumpur, adalah orang yang diiktiraf oleh Pejabat Peguam Negara Malaysia sebagai pakar forensik yang terbaik di negara ini apabila beliau dilantik supaya menyemak semula laporan yang disediakan oleh dua orang pakar dari Hospital Universiti berkenaan kecederaan pada mata Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Siasatan yang dijalankan oleh wartawan RN mengenai tahap pencapaian akademik pakar forensik itu menunjukkan beliau berjaya mendapat biasiswa Commonwealth bagi mengikuti kursus di fakulti perubatan Universiti Glasgow.

Pada mulanya beliau mengikuti kursus di dalam bidang oftalmologi, iaitu bidang yang serupa dengan kepakaran Datin Seri Dr. Wan Azizah, isteri kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim. Pakar oftalmologi juga dipanggil 'pakar mata' di dalam bahasa biasa.

Walau bagaimanapun, usaha Dr. Abdul Rahman Yusuf untuk lulus sebagai pakar oftamologi telah menemui kegagalan, akibatnya pejabat biasiswa Commonwealth menghantar surat menamatkan biasiswanya dan mengarahkan beliau balik.

Dr. Abdul Rahman Yusuf berjaya mendapatkan simpati salah seorang profesornya. Beliau merayu supaya profesornya menolong beliau dengan menulis surat rayuan ke pejabat biasiswa Commonwealth.

Di dalam suratnya, profesor kepada Dr. Abdul Rahman Yusuf meminta jasa baik pegawai biasiswa Commonwealth supaya pelajarnya yang gagal itu dibenarkan menukar kepada sebarang kursus lain "....asalkan dia boleh balik sebagai orang yang berguna kepada negerinya" tulis profesor itu, antara lain.

Berdasarkan surat profesor tersebut, pejabat biasiswa Commonwealth setuju membenarkan pelajar gagal itu menukar kursusnya kepada bidang forensik. - RN