Norian Mai: Bertindaklah Segera!!

Keselamatan,keamanan dan penguatkuasaan undang-undang negara ini adalahterletak di bawah bidangkuasa polis. Ketua Polis Negara (KPN) adalahbertanggungjawab mempastikan bahawa undang-undang dipatuhi setiap masa.

Apabila Tan Sri Rahim Noor, Ketua Polis Negara meletakkan jawatannya padaawal bulan lepas, tanggungjawab KPN dengan sendirinya dipikul oleh pegawaidi bawahnya Dato' Norian Mai. ~C.I.A REFORMASI

Tan Sri Rahim Noor telah mengaku,di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja,membelasah DSAI. Tan Sri Abu Talib selaku ketua Suruhanjaya tersebutmenyatakan tanpa keraguan bahawa Tan Sri Rahim Noor bertanggungjawabmembelasah DSAI dan akan mengemukan laporan dan pengesyorannya kepadaDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung.

Sekarang adalah menjadi tanggungjawab KPN menangkap Tan Sri Rahim Noor dan memenjarakannya sehingga Mahkamah membuat keputusannya.tanpa menunggu arahan dari mana-mana pihak. ~C.I.A REFORMASI

Rakyat sedang memerhati dan ingin mengetahui dari Dato' Norian Mai Pemangku Ketua Polis Negara :

(1) Mengapa Tan Sri Rahim Noor tidak/belum ditangkap sedangkan ahli-ahli reformasi
     yang berdemonstrasi secara aman (yang sah sebagaimana diperuntukkan dalam
     Perlembagaan) ditangkap dan ditahan reman sehingga kesnya disebut di Mahkamah.
     Adakah undang-undang yang digunakan untuk Tan Sri Rahim lain daripada undang-
     undang yang berkuatkuasa di negara kita sekarang?

(2) Adakah Dato' menunggu arahan mana-mana pihak untuk  melaksanakan tugas Dato'?
     Jika demikian, mengapa Dato' tidak dapatkan arahan yang diperlukan itu atau rujuk
     kepadanya? dan adakah begitu amalan biasa polis?

(3) Adakah Dato' sedar bahawa Dato' bertanggungjawab atas keselamatan nyawa
     Tan Sri Rahim Noor? dan adakah Dato' menjamin bahawa Tan Sri Rahim Noor tidak
      meninggalkan negara ini?

(4) Adakah Dato' tiada upaya hendak melaksanakan tugas Dato'?, dan jika
     demikian Dato' perlu meletakkan jawatan Dato' dan/atau memberitahu rakyat masalah
     yang Dato' hadapi.

PDRM harus sedar bahawa nama dan perkhidmatan polis telah tercemar dan tidak
mendapat kepercayaan rakyat lagi. Langkah pertama hendak mengembalikan
kepercayaan rakyat ialah TANGKAP DAN PENJARAKAN TAN SRI RAHIM
NOOR ~C.I.A REFORMASI
 

Sumber: Kijang Emas