Make your own free website on Tripod.com
Celoteh Di Mahkamah
     1. Pegawai polis bernama DSP Jamaluddin yang mengiringi Dato' Seri Anwar Ibrahim
     di dalam Pajero pada setiap hari telah membuat laporan polis (covering report) kerana
     beliau mendakwa dimaki oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan kata-kata kesat
     semasa di dalam Pajero baru-baru ini.

     2. DSP Jamaluddin melakukan 'rehearsal memanjat Pajero' pada setiap petang sejurus
     sebelum mahkamah ditangguhkan untuk memastikan penyokong-penyokong reformasi
     tidak dapat melihat wajah dan lambaian Dato' Seri Anwar Ibrahim sekiranya Dato' Seri
     Anwar Ibrahim berbuat demikian. Belakang Pajero dihimpit rapat ke dinding bangunan
     dan dihalang dengan dua buah treler PDRM.

     3. DSP Jamaluddin bersama seorang pegawai polis dari Cawangan Khas berbangsa
     India sudah dikenalpasti oleh pimpinan tertinggi Bukit Aman untuk mengaku bahawa
     mereka berdua yang mencederakan mata, kepala dan leher Dato' Seri Anwar Ibrahim.
     Ini bertujuan menyelamatkan IGP Tan Sri Rahim Noor yang kini sudah hampir dua
     bulan berdiam diri. Laporan AG akan menyebut bahawa kedua-dua pegawai polis ini
     bertanggungjawab di atas kecederaan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan akan diambil
     tindakan disiplin dengan dibuang kerja. Ini adalah muslihat dan konspirasi polis.
     Pegawai-pegawai ini akan mendapat 'ganjaran tinggi' dari tokoh-tokoh tertentu diatas
     kesanggupan mereka mengaku bagi pihak IGP.

     4. Ummi Hafilda dan Azizan diberikan VIP semasa di mahkamah dengan disediakan
     bilik rehat VVIP. SAC I Musa Hassan mengarahkan supaya mereka diberi
     perlindungan dan perkhidmatan 3 orang bodyguard setiap seorang. (Lebih hebat dari
     Menteri Kabinet yang hanya mendapat seorang bodyguard). Bodyguard Ummi Hafilda
     terdiri dari ASP Jamil, Detektif Razali dan Detektif Siti Hajar.
 
     5. SAC I Musa Hassan juga mengarahkan supaya Detektif Razali menjadi Jockey
     kepada Azwan setiap kali beliau tiba dan meninggalkan mahkamah.

     6. SAC I Musa Hassan telah mengadakan kenduri 'kesyukuran naik pangkat' di
     rumahnya baru-baru ini setelah berjaya menjatuhkan Dato' Seri Anwar Ibrahim.
     Walaubagaimanapun, difahamkan bapanya sendiri, Dato' Hassan Al Shaari, seorang
     Hafiz dan seluruh anggota keluarganya telah boikot majlis ini.

     7. Menurut sumber dari JPM, SAC 1 Musa Hassan akan dinaikkan pangkat sekali lagi
     oleh Dr. Mahathir (Mamak Kutty) Mohamad. Beliau akan dilantik sebagai Ketua
     Pengarah BPR yang baru untuk meneruskan Konspirasi Mahathir. SAC 1 Musa
     Hassan adalah 'pakar konspirasi'. Perlantikan ini adalah luar biasa dari prosedur JPA
     kerana SAC 1 Musa Hassan masih junior dan terpaksa melangkah '3 bendul'(3
    kenaikan).

     8. Baru-baru ini difahamkan isteri SAC 1 Musa Hassan terlibat dalam kemalangan
     jalanraya setelah bertengkar dengan Musa kerana isterinya adalah penyokong
     reformasi dan tidak setuju dengan tindakan suaminya. Kita berdoa agar isterinya akan
     segera sembuh.

     9. Pelbagai pihak yang gagal mengutip hutang dari Ummi Hafilda semenjak beberapa
     tahun yang lalu, telah mengambil langkah bijak dengan berhimpun di mahkamah dan
     menahan Ummi Hafilda untuk mendapatkan semula wang mereka. Peristiwa ini telah
     dirakamkan oleh seorang jurugambar suratkhabar Cina dan dirakamkan dalam
     suratkhabar berkenaan pada 10 Disember 1998. Hutang terkumpul ditaksirkan
     berjumlah hampir RM4 juta. Sesiapa yang masih belum mendapat semula wang
     masing-masing sila berkumpul di pintu belakang mahkamah pada   setiap hari Isnin - Jumaat jam 8.30am dan 2.30pm.

     10. Ummi Hafilda, Azwan, Azizan dan kuncu-kuncu mereka telah melantik dan
     mendapat khidmat 5 bomoh dari Kamunting, Sri Lanka, Burma, Siam dan Bomoh Ilmu
     Hitam dari Indonesia.

     11. Salah seorang bomoh diatas telah cuba untuk menaburkan 'sesuatu' di bawah
     kerusi Hakim Dato' Augustine Paul. 'Barang' berkenaan telah diserahkan kepada
     seorang anggota polis dari Cawangan Khas. Anggota polis berkenaan telak cuba
     memujuk dan memberi rasuah kepada pembantu Dato' Augustine Paul agar beliau
     meletakkan 'barang' berkenaan di bawah kerusi hakim. Walaubagaimanapun, sebagai
     seorang yang kuat iman, pembantu berkenaan menolak permintaan anggota polis dari
     Cawangan Khas itu

     12. YB Dato' Sng Chee Hua, Ahli Parlimen Kapit, Sarawak telah diugut oleh SAC 1
     Musa Hassan pada 23 Disember 1998 jam 3.30 petang di Bukit Aman sejurus selepas
     mahkamah ditangguhkan. Mahkamah yang bersidang di sebelah pagi telah
     digemparkan dengan permintaan peguambela Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk
     memasang kaset perbincangan di antara Ummi Hafilda dan Dato' Sng Chee Hua di
     London mengenai konspirasi menjatuhkan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dato' Sng Chee
     Hua yang sudah dua minggu tidak hadir di mahkamah tiba-tiba muncul pada jam 2.30
     petang. Sudah tentu beliau telah dimaklumkan oleh pihak polis. Dato' Sng Chee Hua
     terus 'dikidnap' ke Bukit Aman oleh ASP Mazlan dan difahamkan beliau telah diugut
     supaya menafikan tentang keaslian kaset berkenaan. Dato' Sng Chee Hua juga telah
     'dipaksa' oleh SAC 1 Musa Hassan dan beliau bersetuju untuk menyatakan di
     mahkamah pada hari Isnin 28 Disember 1998 bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim yang
     mengarahkan beliau membuat rakaman dalam kaset itu dan juga menyatakan bahawa
     kaset yang di dalam simpanan peguambela Dato' Seri Anwar Ibrahim telah dipinda dan
    diedit.
 

     13. YB Dato' Sng Chee Hua telah memberi wang tunai sejumlah RM900,000.00
     kepada Ummi Hafilda pada pertengahan tahun 1998.

     14. Ummi Hafilda, Azwan, Azizan, Puan Sri Saadah, Khalid Jefri, Khairuddin Abu
     Hassan, Normala Yusof, Norlia Ali dan semua kroni-kroni mereka termasuk ASP
     Zulkifli Mohamed telah menghantar kad ucapan X-Mas secara bersama kepada hakim
     Dato' Augustine Paul melalui pemandunya bernama Lingam. Mereka juga telah
     memuatkan mesej-mesej khas di dalam kad berkenaan untuk menarik perhatian hakim
     agar menyebelahi mereka. Antaranya, 'I Salute You', 'You are the Best Judge', 'Make
     Sure We Win the Case', dan pelbagai kata-kata manis untuk dijadikan umpan. Mereka
     jelas terlalu desperate! Salinan kad ucapan ini akan saya dimuatkan di sini nanti.

     15. Azwan Ali telah dihalau dari bilik menunggu untuk saksi di mahkamah mulai 23
     Disember 1998. Azwan yang marah dengan tindakan menghalang beliau dari memasuki
     kawasan mahkamah telah mencabar untuk menyaman seorang anggota polis
     mahkamah. Walaubagaimanapun, anggota berkenaan tetap bertegas dan mengarahkan
     Azwan tidak menghampiri kawasan bilik menunggu. Selama dua hari Azwan berpeluh
     di bawah kepanasan matahari. Maklumlah Azwan sering memakai kot ke mahkamah.
     Melayu celup!

     16. Setiap kali peguambela Dato' Seri Anwar Ibrahim ke library mahkamah untuk
     mendapatkan bahan rujukan, seorang dari DPP akan menuruti sejurus selepas itu dan
     bertanyakan kepada librarian rujukan yang dibuat oleh peguambela.

     17. Pada 9 Disember 1998, seorang pegawai BPR kelihatan tiba di mahkamah dan
     menyerahkan dokumen kepada salah seorang DPP. Persoalannya, mengapa
     kelam-kabut di saat-saat akhir?

     18. SAC 1 Musa Hassan dan DPP (Dato' Abdul Ghani Patail) telah berpakat dan
     merancang untuk mengaibkan Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan membentangkan
     laporan Jabatan Kimia mengenai tilam misteri. Laporan yang dicipta ini akan dibacakan
     di mahkamah pada pertengahan minggu hadapan (30 Disember 1998) dan akan
     menyebut sekurang-kurangnya 4 'patches' mengandungi DNA profile Dato' Seri Anwar
     Ibrahim dengan beberapa orang perempuan.~C.I.A.R