Tarikh Pilihanraya

Hujung minggu lepas saya bertemu beberapa rakan saya yang masihlagi di dalam
UMNO.  Malah mereka ini adalah orang-orang penting dalam beberapa jawatankuasa kecil UMNO Pusat.  Mereka tidak begitu pasti saya telah meninggalkan UMNO,  tetapi mereka pernah mengesyaki beberapa ketika dahulu. Di antara topik perbincangan ialah sekitar isu pilihanraya yang bakal diadakan.  Banyak perkara yang timbul dalam perbincangan hampir satu jam setengah.  Tetapi saya ingin menyampaikan dua perkara yang saya rasa penting. Pertama ialah berhubung tarikh pilihanraya.  Mereka mengatakanbahawa Dewan akan dibubarkan selepas sesi parlimen yang sedang berlangsungsekarang.  Dan tarikh pilihanraya dijangkakan pada 24 Jun tahun ini.  Di samping maklumat dalaman tersebut, mereka turut memberikan beberapa sebab kenapa pilihanraya mesti dicepatkan.

  1 .  Mereka sedar bahawa parti-parti pembangkang sedang berpakat untuk bergabung tenaga dalam menghadapi BN.  Pembangkang akan mempunyai satu wadah yangmewakili setiap kerusi dan bersetuju untuk tidak menentang sesama sendiri. Oleh itu, pilihanraya perlu diadakan segera agar persiapan pembangkang tidak sempat diatur dengan rapi kerana ditakuti gandingan pembangkang semakinmantap.

  2 .  Mereka sedar bahawa Parti Keadilan mendapat sambutan yang  diluar jangkaanUMNO.  Ini telah diakui oleh Setiausaha Agong UMNO sendiri dalamperkelilingyang diedarkan kepada semua ketua bahagian UMNO termasuk Pemuda dan Wanita. Perkeliling bertarikh 14 April itu telah disiarkan oleh beberapa webmastersreformasi antaranya https://members.tripod.com/~mahazalimx/umyes.html.  Jika dilambatkan lagi tarikh pilihanraya, ditakuti sambutan kepadaPKN akan bertambah, dan jentera parti PKN makin kukuh untuk menghadapi pilihanraya.

3. Di dalam kempen pendaftaran pengundi baru, kajian yangdilakukan oleh SPR menunjukkan golongan yang datang mendaftar adalah bakal pengundi yang muda-muda dan majoritinya nampak keghairahan untuk memangkah pembangkang. Maka jika piliharanraya dilaksanakan segera, maka pengundi yangbaru berdaftar tidak dapat mengundi.

  4 .  Tempoh satu tahun untuk pelabur asing menyimpan wang mereka di Malaysia akan tamat pada awal September.  Kerejaan amat bimbang ekonomi negara akan jatuh merudum selepas tarikh tersebut.  Oleh itu, pilihanrayamesti diadakan 1-2 bulan sebelum September, iaitu sebelum tanda-tanda ia akanmerudum nampak.

  5 .  Perkembangan positif ekonomi diakhir-akhir ini adalah persiapan untuk pilihanraya.  Dengan tujuan serampang dua mata, ianya digunakan untuk memulihkan imej dan menjadikannya suatu propaganda kerajaan dan kedua ialah untuk mendapat sumber kewangan bagi tujuan pilihanraya. Satu lagi perkara yang ingin saya bawa ke pengetahuan pembaca ialah isu orang-orang DSAI yang masih di dalam UMNO.  Amatlah sukar bagi Mahathir dan jentera parti untuk mengenalpasti dengan tepat mereka yangdikatakan bersimpati dengan DSAI dalam UMNO.  Namun demikian mereka yangbersimpati dengan DSAI mesti dikenali dan disisihkan supaya tidak dipilihsebagai calon UMNO (kerana ditakuti akan melompat ke PKN nanti).  Dalam pada itu, jentera parti juga bimbang jika mereka disisihkan sekarang, mereka akanmembawa ersama penyokong-penyokong setia mereka untuk menentang UMNO.  Jentera parti UMNO kini juga ketandusan untuk mendapat calon-calon yang berkaliber kerana di samping ramai yang menyokong DSAI dan menyertai PKN dan PAS, yang tinggal pun ramai yang bermasalah.  Semenjakreformasi, banyak rahsia menteri-menteri dan orang-orang kuat UMNO yang lain telah dibongkarkan terutama melalui internet.  Kesemua isu-isu berhubung merekaperlu diberi pertimbangan yang sewajarnya kerana ditakuti ianya akan menjadisuatu yang negatif bukan sahaja untuk calon tersebut tetapi juga kepadaUMNO/BN keseluruhannya.Di dalam pertemuan itu disebut oleh rakan-rakan saya bahawa, sehingga ini,UMNO telah mengenal pasti tidak kurang 30 orang wakil rakyat UMNO yang adasekarang sebagai tidak lagi boleh dipercayai dan sudah pasti akan digugurkandari senarai calon UMNO.  Kemudian, ramai lagi yang masih dikategorikansebagai diragui.   Saya belum bersedia untuk menyenaraikan nama-nama merekadiruangan ini kerana dibimbangi masalah yang bakal mereka hadapi di dalam merisikrahsia parti untuk digunakan oleh pembangkang.  Biarlah mereka berusaha membantu kita dari dalam.  Antaranya ada juga yang menunjuk kekerasannya menghentamDSAI (tetapi Mahathir masih meragui mereka).
 

Sekian.

Ibrahim Baba.
6 Mei, 1999