Make your own free website on Tripod.com
Kabinet "LANUN" Mahathir Pasti Kecundang ...
 
     Di Selangor, N.Sembilan, dan Pahang (jangan sebut di Kedah-Langkawi,
     Perlis, dan Kelantan; malah di Johor dan Perak juga) UMNO telah menghadapi
     "kesukaran" yang sangat menyulitkan MB dan Perhubungan untuk sekata bersepadu
     menyokong Mahathir.

     Dollah Badawi tidak jadi ‘rangsangan’ lagi. Malah kehadiran Daim sebagai Men.
     Kewangan mempersendakan Kabinet Mahathir. Rata-rata kehadiran muka baru dalam
     Kabinet Mamak Kutty mencerminkan bahawa negara ini sedang di kendalikan oleh
     "MAHATHIR-DAIM Delimma".

     Pun bergitu jugak Berahim Ali – budak terencat akal yang berpikiran buruk dan
     berperibadi kotor. Dia adalah membawa petaka. Agenda Mahathir makin ketara
     dengan tercicir vetran yang mantap akal seperti Rais Yatim. Nazri Aziz tidak dapat
     membantu mengindahkan Pemuda UMNO, malah perselingkuhannya dengan Mahathir
     telah memberi dia "talak tiga" di hati ahli-ahli Pemuda.

     Kini, Mahathir betul-betul nyata telah kecundang. Jauh sedikit lagi, Mahathir dan BN
     sudah terpuruk seperti terpuruknya sebuah jentera pembajak 10 tan dalam
     lumpur-selut yang dalam. Ahli UMNO sudah meninggalkan UMNO secara "en bloc".
     Menghumbankan Affifuddin menjadikan penyokongan Anwar yang mengisi angka 80
     peratus dalam UMNO meningkat secara mendadak – kini hampir 95%.
     Kebanyakannya adalah terdiri dari pengundi "king makers" dan "hard-core" UMNO di
     luarbandar. Mahathir salah catur. Mahathir telah ‘check mate’ oleh pergerakan dadu
     "King" yang salah tempat hingga terperangkap sebelum "castle" tumbang!! Perjuangan
     Mahathir sudah tamat. CHECH MATE…. Mahathir!!.. CHECH MATE..!!

     Mahathir telah melengkapkan agenda terakhir menghancurkan UMNO. Tetapi orang
     Melayu tidak rungsing kerana mereka telah siang-siang berhijrah kepada ADIL dan
     PAS untuk mengembali politik orang Melayu "to the state of normalcy". Yang rugi
     hanya satu, ie, UMNO yang dibentuk Mahathir – General 3 Bintang tanpa soldadu
     diperingkat "gurkha". Biarlah MAHATHIR, DAIM, DOLLAH BADAWI, BERAHIM
     KATAK, MAT BULAT, dll…memanjat tiang talipon untuk menggantung sepanduk
     dan banting sendiri…!! Mahathir akan menampal poster sendiri.

     Boleh kah memadai dengan "wang sogokan untuk mengembalikan keyakinan ahli yang
     sudah kecewa"? Ah…orang Melayu bersedia "susah dahulu senqang kemudian". Ini
     falsafah Anwar. Dan pengkut Anwar sedang bekerja keras sebagai the "silence
     majority". CHECH MATE…. Mahathir!!.. CHECH MATE..!!