Make your own free website on Tripod.com

PM Dimalukan Di Langkawi

 

Agaknya memang PM mahu ke Langkawi pada pilihanraya yang akan datang. Sebab itu beliau kerap ke sana. Pantang ada majlis dia nak hadir. Selepas peristiwa dua tiga hari sudah mungkin PM Mahathir mula berfikir dua kali untuk ke Langkawi. Malah barangkali dia juga sudah berkira-kira untuk tidak bertanding di Langkawi.

 

Satu Majlis Berbuka Puasa telah diadakan di Masjid Bayas, Langkawi. Masjid ini agak besar, baru siap dibina semula. Jeputan kepada seramai 3000 orang dbuat. Saya salah seorang jemputan hadir majlis tersebut. Kawan-kawan saya di Pejabat Daerah Langkawi syorkan agar saya tak hadir, kerana untuk malukan PM. Dia beritahu bahawa orang di Bayas sendiri ingin mengenakan Mahathir. Mereka juga tidak akan hadir pada majlis tersebut.

 

Memang benar yang hadir hanya sekitar 50 orang sahaja termasuk orang tempatan anak-anak qariah di Bayas. Suasana agak sugul, tidak ceria, semacam ada mayat yang sedang diziarahi. Saya sendiri rasa tumpang kesian tengok PM. Memang benar apa yang saya lihat dan dapat saya rasakan bahawa orang Langkawi juga tidak suka PM.

 

PM juga ingin berbuka bersama penduduk di Kubang Pasu, kawasan pilihanrayanya. Itulah yang dia lakukan saban tahun. Dikatakan satu majlis akan diadakan di Naga, Jitra. Jawatankuasa UMNO Bahagian Kubang Pasu sendiri berbelah bagi, antara berani dan tidak, takut-takut dimalukan sebagaimana berlaku di Langkawi. Takut-takut orang tak ramai hadir sebagaimana biasa. Lalu mereka membuat keputusan untuk buat juga majlis berbuka puasa untuk PM dengan mengubah tempat ke Kem tentera di Kepala Batas. Kata Ad Spek, orang kepercayaan PM di Kubang Pasu, bahawa tentera senang dikerah, untuk hadir. Kita percaya tentera kita di Kem Kepala Batas bukan orang seperti Ad Spek.~C.I.A REFORMASI