PAUL SEKAT MEDIA KALI KEDUA

KUALA LUMPUR, 11 Feb -- Hakim yang sudah dikenali ramai kerana berat sebelahnya, Hakim Augustine Paul,  semalam telah memutuskan  perbualan antara Anwar dengan Perdana Menteri dan juga dengan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor tidak boleh disiarkan oleh media.

Beliau kemudiannya turut menambah bahawa kenyataan Anwar mengenai Rafidah Aziz juga tidak dibenarkan disiarkan. Ini menimbulkan kemarahan di pihak Raja Aziz yang mempersoalkan tindakan Paul itu yang bukan sahaja menyekat kenyataan melibatkan PM dan KPN tetapi juga Rafidah.

Anwar turut mencelah bahawa "ini adalah dalam pengetahuan saya malah saya mempunyai bukti  dokumen yang ditandatangani oleh Gani Patail".

Namun Paul tetap menolak bantahan Anwar kerana berhujah bahawa ia hanyalah "dokumen khabar angin" dan beliau tidak akan menerima ianya sebagai bukti.

Pada sesi sebelah paginya Anwar meceritakan kepada mahkamah sekurang-kurangnya 10 pertemuan beliau dengan Mahathir bermula dari akhir bulan Jun tahun lepas dan juga pada hari beliau dipecat 2 September.
 
Ulasan berita:
 
Jika para pembaca sekalian perhati dengan teliti tingkahlaku Hakim Paul ini, kita akan mendapati bahawa:

Kenapa pendirian Paul berubah selepas setiap kali  mahkamah ditangguhkan? Adakah kerana beliau mendapat "wahyu" dari PM atau AG pada masa rehat itu atau kerana apa?. Cuba renungkan dan  amati dengan teliti  sikap Paul ini.  ~C.I.A REFORMASI.

EKSKLUSIF: SAID AWANG BELI KONDO MEWAH SECARA TUNAI

Kuala Lumpur, 11 Feb -- Ketika perbicaraan Dato' Seri Anwar Ibrahim masih berjalan, bekas Pengarah Cawangan Khas, Dato' Said Awang, yang juga merupakan saksi utama pihak pendakwa dikatakan telah membeli sebuah kondo mewah secara tunai.

Ini telah  menimbulkan tanda tanya dan hangat diperkatakan di kalangan penduduk Taman Tun Dr.Ismail di mana Said Awang tinggal. Kata salah seorang penduduk, "Kalau ya pun Dato' Said nak beli kondo mewah sekali pun, tunggulah dahulu hingga kes Anwar selesai, sekurang-kurangya tidak menjadi bualan dan syak wasangka orang ramai"

Selain rumah berkembarnya di Persiaran Za'aba di Taman Tun Dr.Ismail, Said Awang juga memiliki sebuah lagi rumah di Hulu Langat dan sebuah kondominium di Bandar Sunway yang dihadiahkan kepada anak lelakinya yang telah berkahwin dengan seorang wanita warga asing.

Sejak beliau dipanggil sebagai saksi utama pihak pendakwaraya dalam kes rasuah Anwar, beliau sekeluarga banyak menetap di rumahnya di Hulu Langat.

Ini dikatakan untuk mengelak dari menjadi tumpuan penduduk Taman Tun Dr. Ismail yang rata-rata bersimpati kepada Anwar.

Keluarga Said Awang juga dikatakan mengalami tekanan perasaan sejak Said Awang memberikan keterangannya sehinggakan isteri beliau, Datin Azimah, sudah serik untuk keluar membeli-belah dan bersiar-siar di khalayak ramai kerana beliau sendiri pernah mendengar orang ramai  bercakap mengenai kes Anwar sambil mengutuk suaminya, Said Awang.

Inilah akibatnya apabila kita sanggup bersubahat dengan kezaliman dan penganiayaan terhadap orang. Belum pun di akhirat, di dunia lagi ALlah sudah membalasnya. ~C.I.A REFORMASI.


ANWAR: MAHATHIR ARAHKAN RAFIDAH TIDAK DIDAKWA 

Kuala Lumpur, 10 Feb -- Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim, hari ini memberitahu mahkamah bahawa beliau pada tahun lepas telah diberi kata dua oleh Perdana Menteri samada beliau "meletakkan jawatan atau menghadapi tindakan didakwa".

Anwar berkata hubungan beliau dengan bekas ketuanya itu "agak berkocak dan seringkali berlaku perdebatan yang hangat" sebulan sebelum beliau dipecat pada September lalu.

"Kata dua telah diberikan kepada saya pada 2 September yang menyebut samada saya meletakkan jawatan berkuatkuasa hari itu juga, atau saya akan didakwa di mahkamah kerana terlibat dengan beberapa kesalahan dari salahlaku seks  hinggalah mengkhianati negara", ujar Anwar kepada mahkamah.

Peguam Negara, Mohtar Abdullah, yang mengetuai barisan pendakwaraya sejak Anwar mula memberi keterangan membantah kenyataan Anwar kerana ianya bersifat  "konspirasi politik", namun hakim menolak bantahan Mohtar.

Anwar turut mendedahkan bahawa orang kanan Mahathir, Tun Daim Zainuddin, telah datang berjumpa dengan beliau  memaklumkan bahwa Peguam Negara sedang dalam persiapan untuk mendakwa Anwar.

"Saya terus bergegas ke pejabat Perdana Menteri dan membantah.-- Kenapa Peguam Negara memilih untuk berbincang dengan Daim tentang kemungkinan dakwaan yang menasabah untuk mensabitkan saya"?, soal Anwar.

Adakah tanggungjawab Peguam Negara memberi taklimat kepada Daim atau sebenarnya kerana wang boleh membeli semuanya?", soal Anwar lagi.

Mohtar membantah, namun Anwar dengan pantas menjawab: "Ini adalah kebenaran dan kamu sepatutnya gembira mendengar ini" - menyebabkan kaum keluarga Anwar dan orang ramai yang berada di galeri awam bertepuk tangan dan bersorak gembira.

Hakim memberi amaran kepada orang ramai dengan berkata:"Kalau ada sesiapa yang merasakan ini adalah panggung wayang, maka persilakan keluar dan tepuk tangan di luar".

Anwar terus mengulas berhubung dengan perbalahan beliau dengan Mahathir pada 12 Ogos di mana Mahathir telah menalefon Mohtar menyuruh Mohtar meneruskan mendakwa rakan tenis Anwar, Dato' Nalla Karrupan.
 
Anwar turut mendedahkan bahawa Mahathir mengarahkan Mohtar agar penulis buku 50 dalil, Khalid Jafri, turut didakwa namun melarang Mohtar, pada ketika itu, dari mendakwa Anwar.
 
"Saya berada di situ. Saya tidak boleh sama sekali mempercayai kebebasan dan keadilan Peguam Negara", tegas Anwar di  hadapan Mohtar yang duduk beberapa kaki darinya

Malah Anwar turut mendedahkan bahawa beliau mempunyai dokumen lengkap untuk membuktikan bahawa  Rafidah Aziz sepatutnya didakwa, namun Mahathir telah mengarahkan Mohtar Abdullah  untuk tidak berbuat demikian.

Peguam Anwar, Raja Aziz turut menuduh pihak polis telah terlibat dalam konspirasi dengan pihak tertentu yang memberikan arahan sambil mengingatkan mahkamah bahawa Perdana Menteri adalah Menteri Dalam Negeri pada ketika itu.

Menceritakan tentang penangkapan beliau pada 20 September,  Anwar berkata beliau  telah ditangkap dengan cara "gestapo".  ~C.I.A REFORMASI.

Ulasan berita:

Jelas sekali bahawa "teori kospirasi politik" terhadap Anwar tidak boleh dipisahkan dan tidak boleh sama sekali dan tidab boleh dianggap tidak relevan kerana pihak polis dan  Peguam Negara tunduk kepada arahan Menteri Dalam Negeri pada ketika, seorang politik dan juga seorang Perdana Menteri.

Hari ini juga turut mendedahkan seorang lagi nama besar menteri kabinet, Rafidah Aziz,  menjadikan yang ketiga setakat ini selepas Daim, Megat Junid. Apakah ini bukan konspirasi politik peringkat tertinggi? Kalau bukan apa nama ini semua?

Hari ini Anwar telah berjaya mendedahkan betapa ketelusan, kejujuran, keadilan, dan sikap tidak berat sebelah yang sepatutnya ada pada seorang peguam negara  ternyata tidak dimiliki oleh manusia yang bernama Mohtar Abdullah.

Mohtar menjadi robot dengan "remote controlnya" di pegang oleh Mahathir.

Setiap kes samada untuk didakwa atau tidak mestilah terlebih dahulu mendapat kebenaran dan "clearance" dari Mahathir. Anwar memberikan 4 contoh sahaja untuk penilaian mahkamah betapa Peguam Negara tidaklah bebas seperti yang orang ramai sangkakan:

1. Mahathir arahkan teruskan mendakwa Nallakarupan;
2.Mahathir arahkan teruskan mendakwa Khalid Jafri;
3. Mahathir suruh tangguh dulu dakwa Anwar (kerana masih sedang memujuk  agar Anwar meletakkan jawatannya);
4. Mahathir arahkan jangan dakwa Rafidah Aziz.

Jika beginilah kualiti dan sikap Peguam Negara, maka sistem pendakwaan kita sudah hancur, musnah dan tidak boleh dipercayai lagi.. Benar seperti yang dikatakan oleh Lim Kit Siang, Mohtar mengamalkan "selective prosecution". Orang macam Mohtar ini sudah tiada maruah wajar meletakkan jawatannya dan keluar dari Malaysia ini. Hidup dalam buangan.

Itu baru 4 kes yang disebut oleh Anwar, belum termasuk kes Rahim Thamby Chik lagi, yang diketahui umum.

Beginilah "modus operandi" atau pun "style"  Mahathir memerintah iaitu memastikan bahawa semua menteri-menteri kabinet dan timbalan menteri serta orang-orang politik tunduk dan patuh seperti hamba abdi kepada setiap arahannya kerana jika tidak beliau akan mengarahkan Peguam Negara mendakwa mereka di mahkamah kerana pelbagai kesalahan yang telah mereka lakukan. Semua fail-fail Megat Junid, Rafidah Aziz, Najib Tun Razak, Rahim Thamby Chik, Mohammad Rahmat  ada dalam genggamannya. Untuk selamat mereka ini dan yang lain hendaklah dengar dan taat kepada setiap arahan. Jika tidak cerita rasuah, penyelewengan, kaki perempuan akan terbongkar di mahkamah.

Teknik yang sama cuba dikenakan terhadap Anwar namun malangnya Anwar tidak takut itu semua kerana dia tidak bersalah, tidak seperti menteri-menteri yang lain yang memang bersalah.

Sebab itulah mereka semua teramat bimbang jika kerajaan baru naik memerintah kerana mereka akan diheret ke mahkamah satu persatu.

Peguam Negara korup, hakim pun korup, menteri-menteri pun korup. 
Selamatkan Malaysia!   ~C.I.A REFORMASI.



POLIS MERAMAIKAN SEMBAHYANG RAYA
 
Baru-baru ini semasa menghadiri satu majlis jamuan hari terbuka hari raya di Wangsa Maju saya telah sempat berbual-bual dengan seorang anggota polis cawangan khas yang ditugaskan menjaga Dr. Mahathir  ketika beliau sembahyang Raya  di Masjid Negara.

Mengikut beliau, keseluruhan 3 saf pertama di Mesjid Negara ketika itu adalah terdiri dari anggota polis berpakaian baju Melayu, kecuali imam-imam dan pegawai mesjid negara. Mengikut beliau apabila pihak polis sampai di mesjid negara kira-kira  jam 6.30 pagi kebanyakan saf hadapan telah diduduki oleh beberapa orang yang ingin bertakbir, kebanyakannya dari kaum  Bangladesh.

Tapi mengikut laporan, mereka terpaksa diusir bagi membolehkan pihak polis mengambil alih serta memenuhkan  tempat-tempat tersebut bagi menjaga Firaun Moden ini. Kebanyakan mereka terpinga-pinga kerana tak faham kenapa mereka  perlu diusir padahal mereka telah sampai lebih awal dan Islam tidak mengajar begitu.

Hasilnya apabila Memanda Menteri Mahathir  hadir telah tersedia 3 saf body-guard polis yang siap bersamping bagaikan orang biasa. Malah mengikut apa yang diperkatakan, ada diantara polis-polis tersebut siap memasang wireless ear-phone bagi menunggu sebarang arahan dan
kemungkinan. Kalaulah dikatakan berlakunya letupan mercun ketika itu
secara tiba-tiba ketiga-tiga saf tersebut akan bertindak  walaupun semasa itu jemaah sedang solat.... alangkah kalutnya manusia bernama polis ini!

Satu peristiwa lagi yang agak menggelikan ialah “sokongan” serta
“rusuhan” jemaah yang hadir ketika itu untuk bersalaman  dengan Mahathir  dan juga yang di Pertuan Agong. Pihak polis terpaksa berasak untuk menjaga agar Mamak Kutty tidak  diapa-apakan. Cuma yang anehnya peminat-peminat Mahathir ini terdiri dari pendatang Indonesia dan juga Bangladesh  yang bersusah payah berpusu-pusu untuk bersalaman dengannya.

Ada juga di antara mereka yang sampai terkoyak  kain mereka dalam usaha tersebut dan juga terdapat 3 orang polis yang terjatuh ke dalam kolam kerana hempitan peminat Mahathir ini. Agaknya pendatang ini ingin melihat wajah PM sebelum dia berkubur atau mungkin dia berwajah mirip orang-orang Bangla. Kalau gitu ada chance rasanya Mahathir  untuk bertanding jawatan PM di Bangladesh! Guarantee menang. Kalau menang bolehlah bawa bersama Ibrahim Ali sekali yang sudah tentunya lebih dari mau hidup bersama di Bangladesh.

Cerita ini adalah dari mulut polis cawangan khas sendiri.
 



MAHATHIR JANGAN ANGKUH!

Ucapan Mahathir di hadapan penuntut Malaysia di Malaysia Hall, London
menjelaskan bahawa beliau memang tidak terniat, tidak berhasrat  dalam
hatinya untuk meletakkan jawatan. Alasan yang diberi memberi gambaran
bahawa hanya dia sajalah seorang pemimpin di negara ini yang mempunyai
'rasa tanggungjawab' mengatasi siapa jua untuk membawa Malaysia ke
abad 21.

Rasa Sangat Tercabar

Mendengar itu, kami anggota UMNO di peringkat kepemimpinan bawahan
merasa sangat tersinggung hati. Kami merasa sangat tercabar dan
dipersendakan sewenang-wenangnya tanpa diberi titik maruah. Rata-rata
kami rasa bahawa Mahathir sudah menafikan kewibawaan kepimpinan UMNO yang lain. Padanlah segala yang dilakukannya tidak langsung
mencerminkan hasrat dan niat Parti dan mandat rakyat. Mahathir merasa
bahawa dia boleh buat apa yang di suka!!

Mahathir kena ingat bahawa yang menaikkan beliau ke atas adalah kami
di peringkat bawahan ini.  Bagi kami, kami banyak terhutang budi
kepada  rakyat kerana memberi mandat kepada kami. Itu tanggungjawap
yang lebih afdhal. Malangnya Mahathir tidak merestui dan tidak akur
dengan mandat rakyat yang kami sampaikan kepadanya.

Proses Pemilihan: Siapa Yang Berkuasa?

Mahathir tidak wajar menafikan bahawa: 'samada Mahathir hendak
menerajui UMNO selanjutnya, itu bukan penentuan dia sendiri'. Kami
juga mempunyai hak dan kuasa untuk memilih dan menyingkirkannya -
andainya didapati keadaan sudah tidak sesuai baginya mempimpin UMNO.
UMNO bukan hak Mahathir dan negara bukan hak seseorang individu.

Mahathir jangan sekali-kali cuba meletakkan dirinya terlalu tinggi
hingga kami ahli-ahli dan pemimpin  UMNO diseluruh negara merasa
bahawa kami adalah terlalu 'dayus' untuk menentukan siapa yang layak
menjadi pemimpin. Cuba Mahathir imbau semula, contoh yang jelas: Tun
Ghaffar tersingkir dan pemilihan jatuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim
semata-mata atas sokongan dan dukungan kami ahli-ahli dan pemimpin
UMNO diseluruh negara. Ini suatu kenyataan yang wajar dimaklumi oleh
Mahathir betul-betul. Selagi kami mempunyai 'kuasa rakyat' yang
sedemikian luas, kami akan menggunakannya. Tetapi kerana kami adalah
dari pihak yang waras, terdiri dari para cendekiawan dan vetran yang
akur kepada semangat 'setia kawan', maka kami akan terus mengikut
saluran yang wajar.

Jadi, jika Mahathir cuba mencetuskan rasa 'gusar dan menghina' keatas
kami, pasti ramai dikalangan ahli dan pemimpin UMNO (dari peringkat
Cawangan, Bahagian hingga ke Perhimpunan) akan membulatkan tekad
bahawa kami sebenarnya berhadapan dengan seorang Diktator yang tidak
mengenang BUDI!!

Nampaknya Mahathir sedang menempah 'KERANDA POLITIKNYA'.

Kes Datuk Seri Anwar Ibrahim

Kami tidak bermaksud untuk membangkitkan kes ini kerana ia masih lagi
didalam penelitian para peguam-bela, Peguam Negara, Polis dan Hakim
yang bertugas. Tetapi sepanjang tempoh ini sangatlah jelas bahawa kes
ini tidak lebih dari sebuah 'Sandiwara' yang membazir masa, wang,
tenaga rakyat dan para profesional. Makin jelas kepada kami ahli-ahli
dan pemimpin  UMNO diseluruh negara bahawa rakyat sama sekali tidak
yakin bahawa semua tuduhan yang dilemparkan kepada Datuk Seri Anwar
Ibrahim sebagai BENAR dan ada BUKTI KUKUH. Sebaliknya ia memmbicarakan keserakahan dan keaiban Mahathir dan kuncu-kuncunya. Itu pasti!!

"KONSPIRASI": Makin Jelas WUJUD

Mahathir kena ingat bahawa "Konspirasi Politik" yang disebut-sebut
oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim itu makin jelas kewujudannya. Rakyat
sudah mentfsirkan ia adalah benar dan real. Ini berpunca dari sikap
Hakim upahan Mahathir yang membantah dan langsung tidak mahu bab
"Konspirasi" itu disebut oleh Peguam-bela Datuk Seri Anwar disepanjang
perbicaraan. "Kalau tidak ada-ada, masakan tempua bersarang rendah!!".
Jika benar Mahathir tidak terkait dalam isu "Konspirasi" itu, mengapa
tidak secara terbuka tuduhan "Konspirasi" itu diperdebatkan di
Mahkamah? Mengapa semua pihak yang memihak kepada Mahathir cuba
bermati-matian berselindung disebalik pelbagai 'cover-up' yang dilihat
dalam setiap akhbar-akhbar tempatan dan berita TV - suatu percubaan
dari diketahui rakyat? Mengapa Mahathir menghantar kuncu-kuncu yang
tidak bermaruah seperti Ibrahim Ali, Aziz Shamsuddin, dll. memberi
penerangan kepada kami yang tidak dapat meyakini ceramah dan ulasan
mereka?

Mahathir harus ingat bahawa Rakyat tidak sebodoh yang disangkakan.
Rakyat tidak takut kepada sesiapa. Cuma yang panakut dan bersedia jadi
Pak Turut adalah mereka yang berkepentingan, berjawatan di Kabinet
atau di Negeri-negeri, atau mereka yang mengharapkan supaya jenayah
dan korupsi mereka tidak diketengahkan. Hari ini maklumat yang lebih
terperinci sudah melambak-lambak diperolehi dari pelbagai punca. Itu
lebih meyakinkan rakyat bahawa Mahathir mempunyai 'agenda' yang sangat
aib dan sangat memalukan rakyat dan negara, bangsa dan ugama..!!
Rakyat tidak perlukan BHarian, UMalaysia atau NST untuk menyatakan
'kebenaran' yang Mahathir!!  Rakyat sudah bosan dengan 'kelentong'
penulis upahan seperti Nordin Sophee!!

Mahathir: Bermusuh dengan Rakyat

Kami tak mahu membuat telahan dan jangkaan yang melebihi patut. Harap
Mahathir faham budaya Melayu. Bagi orang Melayu, ugama Islam mendidik
kami supaya berkata benar dalam membuat petuduhan. Islam melarang kami
dan berusaha keras menjauhi fitnah dan khianat. Walaupun politik
umpama "cess-pool", tapi kami ahli-ahli dan pemimpin  UMNO diseluruh
negara tidak akan merasa tenang dan damai dalam hati selagi Mahathir
merasa bahawa politik negara, kekayaan negara, rakyat negara ada
ditakrifkannya sebagai hak-miliknya. Dengan itu ia boleh berbuat
sesuka hati!! Oww…Jangan..jangan…!!

Perhimpunan UMNO terakhir yang meminda Perlembagaan Parti beberapa
bulan dulu membuktikan dengan sejelas-jelasnya bahawa Mahathir telah
'memperkudakan' Perhimpunan untuk menambah kuasa kepadanya. Dalam
parti, Mahathir sudah jelas menjadi seorang Diktator, dan dalam
pemerentahan Mahathir adalah seorang Diktator, Penzalim, Pemfitnah dan
Pembohong dan Perompak.

Bermakna sekarang Dr. Mahathir, selaku Perdana Menteri dan Presiden
Parti adalah seorang yang mengamalkan sikap DIKTATOR berprinsipkan
Kezaliman, Pemfitnahan dan Pembohongan.  Jika Yussof Nor mengcap rakyat yang mengkritik sebagai KOMINIS, maka DIKTATOR adalah lebih kejam dari Komunis. Dimana Mahathir mahu berpijak sekarang?

Jika dengan kuasa itu akan menghalalkan Mahathir menggunakan semua
jentera kerajaan secara ugutan dan asakan (supaya membolehkan beliau
melakukan pelbagai kemungkaran, penipuan dan rompakan keatas harta dan
hak-milik simpanan rakyat demi kepentingan dirinya, suku-sakat dan kroni proxynya yang setiasa lapar); apakah UMNO wajar digelarkan sebuah "Parti untuk Rakyat"?. Rakyat tahu berapa jumlah wang EPF, Tabung Haji, PETRONAS yang digunakan oleh Mahathir demi kepentingan
agendanya. Rakyat tahu berapa jumlah kekayaan Mahathir, suku-sakat dan
kroni proxynya. Rakyat tahu Mahligai RM200 juta dan Executive Jet
RM200 juta  yang ditempah khas untuk dirinya atas biayaan ekonomi
rakyat yang sedang terpuruk!! Inikah jenis Saban hari rakyat disuruh
mengikat perut, menceking tekak dan jangan berbelanja boros.
Sebaliknya Mahathir melampias nafsunya sekehendak hati. Pemimpin jenis
apa kah Mahathir ini?

Akhirnya rakyat makin tertekan dengan hutang yang akan hanya mampu
dijelaskan oleh beberapa generasi yang akan datang. Dalam waktu yang
sama, Mahathir, suku-sakat dan kroni proxynya akan hidup senang lenang
bagai "Raja-raja Feudal".

Bermakna sekarang MAHATHIR adalah MUSUH RAKYAT..!!

Sikap Tidak Bertanggungjawab

Jangan Mahathir cuba berbanyak dalih. Definis seorang pemimpin yang
bertanggungjawap ialah "pemimpin itu mampu menyelesaikan persengkitaan
dan mencari jalan terbaik mengatsinya". Malangnya Mahathir sendiri
adalah pemimpin yang terkait secara langsung dan bertanggungjawap
mencetuskan persengkitaan itu.

Jika Mahathir seorang menghayati "Kepimpinan yang bertanggungjawap",
beliau tidak akan menganggap rakyat terhutang budi kerana meletkkannya
sebagai Perdana Menteri. Sebarang apa juga kerja yang dijalankannya di
masa lampau adalah atas 'permintaan'nya supaya rakyat memberi amanah
kepadanya mentadbir negara. Mahathir yang menabur  "1,000 Janji" dalam
setiap kempen Pilihanraya. Tapi apa yang berlaku hari ini adalah
sebaliknya:

1) Biasiswa:
Biasiswa anak-anak Melayu melanjutkan pelajaran ke luar negeri
dimansuhkan hingga ramai yang tersadai. Wang yang ada digunakan untuk
mengapung syarikat Korporat anak-anak dan suku-sakatnya dengan jumlah
berpuluh-puluh billion RM.

2) Ugutan:
Mahathir mengancam anak-anak pelajar Malaysia di United Kingdom yang
menyoal beliau dalam sesi terbuka. Dilapurkan:

"The  Financial Times in the United Kingdom yesterday reported that
the student  won applause for suggesting that Mahathir should
apologise to Anwar and his family and resign.

"Though he (Mahathir) subsequently denied he had intended to
intimidate his questioner, Dr Mahathir pointedly told him he had laid
himself open to a defamation suit by the way his question was framed.

Apakah kini Mahathir seorang yang waras? Tidakkah beliau seorang
'biadap dan kurang ajar', takut kepada kenyataan dan sudah sampai
ketahap munafiq dan takbur sedarjat dengan Firaun? Seharusnya Mahathir
mengambil iktibar dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada anak muda
yang berhemah tinggi dan mempunyai kualiti pemikiran dan visi yang
sangat jelas seperti itu.  Tetapi Mahathir tidak berminat dikritik.
Kini dunia menganggap Mahathir adalah seorang DIKTATOR yang sahih!!

3) Isu Lebuhraya Tol:
 Kemudahan awam seperti Lebuhraya Tol dinaikkan mengikut sekehendak
hati kuncu-kuncu Mahathir sendiri. Mahathir mengugut rakyat bahawa
Kerajaan tidak akan membina jalanraya seumpama itu lagi andainya
rakyat tidak mahu membayar Tol. Tidakkah kemudahan awam tanggungjawap
kerajaan yang harus digunakan secara percuma? Cuma Mahathir buktikan
mana satu negara kah dalam dunia ini yang melaksakan sistem Tol
seumpama Malaysia hingga tiap-tiap satu simpang akan bertemu "pengutip
wang"?

4) "Berkonspirasi"
Tidak ada satu negara di dunia ini yang memaksa seluruh jentera
kerajaan dengan ugutan supaya menegakkan "benang basah" seorang
pemimpin yang "berkonspirasi" seperti yang dilakukan oleh Mahathir
dalam menangani Kes Datuk Seri Anwar ini. Clinton sendiri sedang
mengahadapi 'gelombang', mengapa Mahathir pura-pura "membutakan" mata
sahaja?

5) Tidak Bermaruah
Jika Korea mampu mengheret Ketua Negaranya kemuka pengadilan, mengapa Mahathir tidak berani berhadapan dengan rakyat dan meletakkan jawatan. Sebaliknya berpura-pura berkempen keliling dunia meminta umat alam ini menganggap dirinya adalah "Bersih" dari segala kemaksiatan?

Sebenarnya Mahathir mahu rakyat menghakimi dirinya sendiri. Jika itu
ytang dipinta, maka itulah Mahathir akan dapat!!

Bukan Satu  Fitnah Lagi

Mungkin jika padangan seumpama ini layak diutarakan oleh Parti
Pembangkang seperti PAS. DAP, PRM dan NGO serta golongan REFORMASI dan ADIL; dengan itu Mahathir mampu menangkis dengan pelbagai alasan yang mudah-mudah dan memperlekehkan. Tapi Kami: ahli-ahli dan pemimpin  UMNO diseluruh negara yang selama ini mendukung UMNO dan merestui kepimpinan Mahathir, merasa bahawa: dicelah-celah kelancangan suara Parti Pembangkang, REFORMASI dan ADIL  terdapat "KEBENARAN". Ini amat membahayakan Mahathir dan UMNO!!

Kami berpegang kepada konsistensi Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam
membela dirinya. Peguam-bela dan beliau sendiri amat jelas menyangkal
tuduhan dari pihak Peguam Negara. Penghakiman yang berat sebelah dan
kehambaran hujah dan bukti pihak Polis dan Peguam Negara memberi kami
suatu perasa YAKIN bahawa Mahathir dan kuncu-kuncu KONSPIRASInya bertungkus lumus untuk 'mengada-adakan' sesuatu yang tidak ada.

Ahli-ahli dan pemimpin  UMNO diseluruh negara sudah muak dengan taktik
Mahathir untuk mempertahankan 'BUSUK' nya dimata rakyat. Sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui segala-galanya!!

MAHATHIR: Berfikirlah!!
Terang-terang kami nyatakan untuk kesekian kali bahawa AHLI-AHLI dan
PEMIMPIN  UMNO DISELURUH NEGARA  akan kekal mempertahankan "Kesatuan dan Perpaduan Melayu". Bagi rakyat (termasuk UMNO), kami  mempunyai mandat penting iaitu:

1) Pemimpin boleh pergi dan datang (kami pinjam kata-kata Mahathir
sendiri). Tidak menjadi dosa besar kepada sesiapa di negara ini jika
Mahathir diketepi dan disingkirkan dari UMNO dan dari Pemerentahan
Kerajaan. Bagi rakyat, makin jelas sekarang bahawa Mahathir tidak
perlu duduk di tampuk kuasa dan merasa diri beliau sajalah yang
bertanggungjawap meneruskan kepimpinan negara. Rakyat faham, bukan itu
agenda sebenar Mahathir. Mahathir cuba menunjukkan kebersihan dan
ketelusan hatinya, walha rakyat sudah tahu bahawa disebalik lubuk
hatinya tersebunyi 'suatu Impian' yang rakyat semua sudah maklum. Dia
mahu berkuasa sepanjang hayat bagi melindungi kekayaan suku-sakatnya!!

2) Bagi rakyat, Mahathir tidak menunjukkan sikap sayang bangsa dan
negara jika cara beliau melanjutkan kepimpinannya adalah secara 'KILAS
TANGAN' dan 'UGUTAN' terhadap pemimpin bawahan.

3) Kami tahu mengapa Daim Zainuddin, Rafidah Aziz, Ibrahim Ali, Rahim
Thamby Chik, Megat Joned, Sanusi Joned, Mohammad Rahmat, Sabaruddin
Chik, Mohd Taib, dll dikekalkan sebagai menteri Kabinet.

4) Kami tahu mengapa Abdullah Ahmad Badawi di lantik sebagai TPM
sekali gus sebagai Menteri Dalam Negeri (waktu kes DS Anwar sedang
menggelodak)! Kami tahu mengapa Datu Najib diketepikan begitu saja
walhal beliau lebih ke atas dalam pemilihan Naib Presiden. Kami tahu
mengapa Ku Li dan Rais Yatim tidak dibawa ke Kabinet. Kami tahu
mengapa Mahathir berdegil-degil tidak mahu meletak jawatan……..!!!!!!!!

Atas segala-galanya, kami dan seluruh rakyat tahu mengapa mahathir
bermati-matian memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga dipurukkan di
penjara!! Sesungguhnya Keadilan adalah ditangan rakyat sekrang, bukan
lagi di Mahkamah "Kangaroo" atau "Suruhanyara Bebas" yang di tunjuk
oleh Mahathir. Rakyat menolak sesiapa juga yang terlibat dalam sesuatu
yang ditunjuk oleh Mahathir. Mereka adalah terdiri dari orang-orang
uphan yang dikenakan pelbagai ugutan dan habuan!! Contohnya ialah
Rahim Nor (KPN yang diarahkan meletakkan jawatan).

Setakat ini, cukuplah kami menyeru kepada Mahathir dan pemimpin UMNO
yang termasuk dalam perangkap Mahathir yang makin licik; iaitu
"Seandainya Mahathir tidak turun dengan rela hati, kami dari
kepimpinan UMNO peringkat bawahan yang berkuasa melantik pemimpin
selaras dengan yang direstui rakyat dengan ini menjelas bahawa kami
akan menggunakan kuasa Demokrasi yang Hak bagi kami.  ~C.I.A REFORMASI.

Oleh itu berwaspadalah semua mereka yang terlibat dalam KONSPIRASI
Mahathir ini"

Sekian.
Sumber: Diterima dari Ku Yatim bin Ku Mohd. Said, Wakil UMNO Terengganu


KONSPIRASI SYAITAN
 

Mahathir berdolak-dalik

Pemecatan Anwar Ibrahim dari jawatan-jawatan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Timbalan Presiden UMNO dan sebagainya ternyata perkembangan politik tanahair yang amat menakjubkan bagi pelbagai pihak. Masyarakat Malaysia dan dunia tidak menyangka sama sekali bahwa penyingkiran Anwar dengan mendadak termasuk di dalam rancangan drastik Mahathir. Dalam sekelip mata pemimpin yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 5 telah diisytiharkan sebagai Musuh No. 1 Negara (Public Enemy No. 1).  Lantaran dari pengishtiharan perang ke atas Anwar maka jentera konspirasi Maha Jahat memulakan rancangan mengaibkan Anwar dengan sepenuh komitmen. Bagaikan meniru plot cerita Hollywood, "Enemy of the State" program yang disusun telah dibuat sedemikian rupa supaya rakyat diperdayakan dengan fitnah dan akhirnya mempercayai bahwa Anwar adalah ancaman kepada negara. . Hakikatnya Anwar bukanlah musuh rakyat tetapi merupakan ancaman yang Maha Bahaya bagi cucu Iskandar Kutty dan kroni-kroninya.

Pertama kali ditanya oleh wartawan mengenai alasan pemecatan Anwar, Mahathir sekadar menjawab bahwa Anwar "tidak sesuai".  "Ketidaksesuaian" Anwar kemudiannya dikaitkan dengan isu bermoral rendah hanya beberapa hari kemudian. Agaknya selepas 16 tahun bersama-sama Anwar barulah Mahathir mengetahui sifat keji Pak Syeikh yang disanjungi para intelek dunia Islam. Namun begitu apabila ditanya lagi dalam pertemuan berlainan, Mahathir mendedahkan bahwa dia mempunyai bukti yang Anwar sedang berusaha menjatuhkannya. Kononnya Mahathir hanya membongkar niat jahat "Brutus" ini setelah salah laku moral Anwar diumumkan ke seluruh dunia.

Mahathir mendakwa bahwa dia amat yakin tentang kepincangan moral "anak didik" bernama Anwar Ibrahim  setelah menemuramah Azizan Abu Bakar dan Umi Hafilda. Mahathir merasakan tidak perlu menunggu siasatan polis selesai sebelum membuat sebarang keputusan. Bukti-bukti siasatan dan perubatan tidak perlu diketengahkan. Mahathir yang pernah mengamalkan kerjaya kedoktoran merasakan adalah memadai mendengar pandangan orang lain sebelum melakukan pembedahan kritikal terhadap pesakitnya. Penjelasan dan latarbelakang perubatan orang yang hendak dibedah tidak diambilkira dan pemeriksaan teliti terhadap punca penyakit tidak perlu dilakukan. Bagi Mahathir yang Maha Pintar cukuplah pengakuan seorang bekas pemandu dan kesangsian seorang anak ustaz terhadap kakak iparnya dan anak saudaranya. Jika mereka bersumpah bahwa Anwar adalah seburuk-buruknya manusia maka Mahathir tidak akan mempertikaikan walau sedikitpun pernyataan kedua-dua insan ini.

Dalam mana-mana sistem keadilan seantero dunia seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya. Di negara Malaysia yang serba boleh ini tidak lagi perlu bagi orang yang membuat tuduhan untuk mengemukakan bukti. Malaysia era Mahathir menuntut orang yang dituduh "membersihkan" dirinya dari tuduhan yang dilemparkan.  Mengikut kaedah jenayah Mahathir ini adalah wajar benar bagi Abdul Rahim a/l Thamby Kechik tampil ke hadapan umum membuktikan bahwa dia tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan cucu Puan Pendek dan anak yang dilahirkan bukanlah hasil perkongsian haram mereka berdua. Sekiranya anak Thamby Kutty sanggup melakukan ujian DNA oleh badan yang berkecuali dan nyata bahwa anak kecil itu bukan zuriatnya barulah masyarakat Malaysia akan memohon kemaafannya dan akan bersihlah namanya buat selama-lamanya. Begitu juga halnya dengan Leftenan setia Mahathir, Megat Junid. MJ si Mata Keranjang juga perlu membersihkan namanya dan membawa bukti-bukti nyata yang melepaskannya dari terus dituduh terbabit dengan pembunuhan seorang wanita bernama Mustakizah.  ~C.I.A REFORMASI.
 

Watak-watak Konspirasi

Azizan Abu Bakar amat beruntung dapat berkawan dengan Monica Lewinsky Malaysia yang muncul dalam hidupnya bagaikan rahmat dari langit. Kalau Azizan membuat tuduhan terhadap Anwar secara bersendirian tiada siapa akan mempercayai bekas drebar yang paling berkarisma di dunia. Maka bersyukurlah Azizan ke hadrat Ilahi bahwa ada insan bernama Umi Hafilda yang sudi membantunya. Umi Hafilda mengenali Anwar melalui penglibatan abangnya Azmin. Umi juga mengetahui bahwa Azmin sekeluarga sangat akrab dengan Anwar. Cuma Umi sangsi terhadap kakak iparnya, Shamsidar dan anak saudaranya, Affifa. Puas Umi berfikir mengapa Affifa memanggil Anwar "Uncle Papa" tetapi tidak terlintas pula di kepala Umi apa sebabnya anak kecil ini menggelarkan Dr Wan Azizah "Auntie Mummy". Akhirnya Umi "Lewinsky" mendapat ilham sensasi sewaktu menatapi gambar "Uncle Papa" bahwa ada kemungkinan anak saudaranya hasil perkongsian haram Anwar dan Shamsidar! Lagipun Umi merasa irihati terhadap hubungan mesra kedua-dua keluarga Anwar dan Azmin. Umi tidak dapat tidur lena mengenangkan perasaannya terhadap "Uncle Papa". Oleh kerana "Uncle Papa" tidak membalas perasaan cintanya yang sejati maka Umi bertekad untuk memastikan supaya tiada wanita lain boleh memiliki Anwar.

Menyedari tanggungjawabnya terhadap "agama, bangsa dan negara" maka Umi berjaya menyakinkan Azizan bahwa sudah tiba masanya untuk didedahkan kepada umum sifat keji dan munafik "anjing" bernama Anwar. Yang peliknya bagaimana kedua-dua pendokong "Negara Kita, Tanggungjawab Kita" ini dapat diketemukan. Azizan telah berhenti menjadi drebar Dr Azizah hampir 10 tahun lamanya kerana menceburkan dirinya yang keparat dalam alam korporat. Pertemuan mereka ini berlaku pada tahun 1997. Barangkali "takdir penentu segalanya" ataupun disebabkan Umi kenal rapat Datin Norziela Jalil. Mungkin juga suatu kebetulan (coincidence) Datin "Tarzan Rimba" ini merupakan isteri kedua Dato' Megat Junid "Yob Gigolo". Dato' Megat J. dan kembar tidak seirasnya, Dato' Seri Sanusi J. memang sudah lama menjadi hulubalang "kamikaze"  Mahathir. Agaknya Azizan merasa amat bertuah kerana dapat mengenali si Umi Hafilda tokoh Karisma Advertising yang ada laluan terus (direct access) kepada orang bawah dagu Mahathir. Umi terhutang budi kepada Dato' Megat J. kerana semasa MJ menerajui Pemadam dapatlah Umi kontrak yang tidak kurang lumayan dari badan berkenaan. Lagipun Karisma Advertising memerlukan "suntikan modal" buat melangsaikan hutang tidak berbayar (NPL). Maka sedikit "duit poket" dari mana-mana pihak sangat dihargai oleh Umi si "Walking Wardrobe". Umi juga bertuah kerana mendapat sokongan Mastermind Agung Maha Kroni, Abdul Daim Zainuddin yang siang-malam membuat duit.

Tuduhan-tuduhan melulu kedua-dua pelakon utama dibukukan oleh seorang lagi mamak tongkang bernama Khalid Jafri Bakar Shah. Buku kumpulan surat-surat layang ini diberi tajuk "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Menjadi PM". Khalid Jafri adalah seorang bekas wartawan yang hampir muflis. Kalaulah Salman Rushdie laknatullah tergamak menulis buku "Surah-surah Syaitan" (The Satanic Verses) maka buku Khalid "Rushdie" ini sepatutnya dinamakan "Pembohongan Syaitan"  (The Satanic Lies). Kandungan kitab fitnah tulisan Khalid sebenarnya hanya layak sebagai bahan bacaan kelakar kerana "dalil-dalil"nya ternyata berdasarkan tuduhan yang tidak berasas dan sengaja direka-reka. Sebagai contoh, antara satu "dalil" yang dikemukakan oleh Khalid Al-Terpalit ialah nama Anwar yang didakwa membawa erti seorang yang suka berperang :  An-War!

Sayugia diingatkan bahwa Mahathir adalah seorang yang pragmatik samalah seperti binatang "chameleon", seekor cengkarung yang boleh mengubah warna kulitnya mengikut keadaan sekeliling. Bukanlah sesuatu yang aneh bagi Mahathir untuk melakonkan sandiwara semata-mata untuk mengaburi mata dunia. Lihatlah bagaimana pada mulanya Mahathir menolak dakwaan salah laku Anwar yang dikarang bersama oleh Umi Hafilda Si Kaki Hutang dengan bantuan "mangsa liwat" bernama Azizan. Begitu juga dengan Bekas Ketua Lanun Negara, Rahim Noor yang mengatakan semuanya adalah karut belaka. Samalah halnya dengan Bekas Pengarah Cawangan Khas (SB - Syaitan Bisu), Said Awang yang menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai "too good to be true" dan sengaja direka-reka.

Mengapakah Azizan, Umi Hafilda dan Khalid Mamak Tongkang sanggup melakukan pendustaan terhadap Anwar? Apakah mereka ini tiada lagi maruah? Tergamakkah Trio Fitnah ini menjual maruah demi wang? Sebenarnya pengabdian diri segelintir manusia terhadap wang mampu melampaui batasan moral, maruah dan agama. Kalau ada penjahat yang bersetuju membunuh hanya dengan upah RM 50,000 maka tidak sedikit pun menghairankan ada yang sanggup memfitnah jika bayaran yang ditawarkan tersangat lumayan. Apatah lagi dengan mendapat jaminan perlindungan dari orang-orang yang sangat berkuasa di dalam negara. Berapa lamakah seseorang itu perlu bekerja untuk memperolehi wang sebanyak RM 1 juta? Katakanlah seorang drebar macam Azizan menerima gaji RM 1,500 sebulan. Untuk mengumpul RM 1,000,000 maka dia terpaksa bekerja selama hampir 60 tahun! Tidak mungkin si drebar pelupa ini akan dapat mengecapi nikmat dunia ini sepanjang hayatnya.
 

Media Melakukan Pendustaan

Akhbar tempatan memuatkan affadavit sensasi terhadap Dato' Nallakaruppan di muka hadapan masing-masing. Antara kandungan affadavit berkenaan ialah mengenai dakwaan salah laku seks Anwar Ibrahim. Buat pertama kali dalam sejarah negara sesuatu dokumen mahkamah telah mendapat liputan tanpa batas. Yang lebih menakjubkan ialah affadavit ini telah disiarkan dengan begitu pantas sekali SEBELUM mahkamah membuat keputusan membenarkan dokumen itu ditontonkan kepada umum. Perincian butiran tuduhan-tuduhan bertaraf XXX ini menggemparkan masyarakat Malaysia. Media tempatan yang selama ini alim-alim kuching dengan tanpa silu menghidangkan kisah-kisah liwat dan seks bebas. Semuanya ini dibiarkan sahaja oleh pihak pemerintah dengan harapan rakyat akan mempercayai kepincangan akhlak Anwar.  ~C.I.A REFORMASI.

Serangan bertalu-talu media tempatan tidak sahaja terhad kepada Anwar. Malahan sesiapa saja yang bersimpati dengan bekas TPM dijadikan sasaran. Kumpulan wanita kelas menengah yang berkumpul di hadapan pintu Istana Negara dilabel sebagai "pelacur". Meskipun Ketua Polis Kuala Lumpur menafikan pembabitan golongan perempuan sundal, Utusan Malaysia, suratkhabar penyebar fitnah tidak langsung menyiarkan penafian ini mahupun meminta maaf. Akhbar ini bertindak sebagai alat propaganda Mahathir yang sengaja memutarbelitkan berita. Zainudin Maidin, khadam setia Mahathir telah menghancurkan kewibawaan akhbar Melayu ini. New Straits Times juga memainkan peranan yang penting dalam mencemarkan nama baik Anwar di kalangan pembaca akhbar Inggeris. Seorang lagi hantu raya Maha Kroni, Kadir Jasin cukup bertenaga membuat pembohongan demi mempertahankan tuannya. TV3 milik Kumpulan NSTP bertukar wajah dengan menyiarkan "Pembohongan Sensasi, Fitnah Terkini" dari hari ke hari. Akhbar-akhbar lain seperti Berita Harian, The Star dan The SUN (milik Vincent Tan) tidak kurang hebat menabur fitnah.

Rakyat yang sudah bosan dengan sandiwara pembohongan harian media bertindak memboikot Utusan dan akhbar-akhbar lain. Akibatnya penjualan akhbar-akhbar ini terjejas teruk. Sebagai alternatif orangramai beraleh selera dengan merujuk kepada Harakah, media asing seperti
AFP, CNN dan BBC, dan laman-laman web pro-reformasi untuk mendapatkan liputan berita kes Anwar dan gerakan reformasi. Sumber berita alternatif ini berjaya menyemarakkan api reformasi ke seluruh negara sehingga kini. Barangkali tidak lama lagi Maha Fitnah akan mengarahkan sebuah Dana untuk menyelamatkan syarikat-syarikat media tempatan yang kian lemas dalam gelora fitnah ciptaan sendiri.

 
Malaysia Menjadi Negara Polis

Sejarah Kesultanan Melaka silam yang menjadi kebanggaan rumpun Melayu sehingga kini telah melahirkan tokoh-tokoh unggul seperti Bendahara Tun Perak dan Hang Tuah. Melaka hancur kerana fitnah dan pengkhianatan rakyatnya yang bersekongkol dengan penjajah. Sejarah malang kesultanan Melaka bagaikan berulang kembali apabila anak kelahiran Serkam, Melaka bernama Abdul Rahim Noor telah bersubahat dengan Mahathir untuk memfitnah dan menzalimi Anwar.

Rahim Noor telah mengarahkan polis menangkap orang-orang yang dianggap pro-Anwar samada untuk disiasat, diugut atau diseksa. Penahanan tanpa bicara di bawah Akta Syaitan ISA dibuat dengan sewenang-wenangnya. Ada tahanan yang dipukul, didera secara mental dan ditelanjangkan semasa tahanan. Sebagai menjunjung titah perintah Sultan Maha Zalim, Ketua Lanun Negara @ PIG telah melepaskan "anjing-anjing" FRU dan PGA untuk menyerang dan membelasah tanpa belas kasihan rakyat yang menunjuk perasaan secara aman. Apa yang Maha Zalim takutkan sangat dengan perkataan "Reformasi"? Keganasan polis pada 21 September, 26 September, 17 Oktober dan 24 Oktober yang berdarah sudah menjadi sebahagian dari sejarah malang negara. Pihak Special Branch yang cukup terlatih dan disegani berubah wajah menjadi kumpulan samseng. Benarlah kata Anwar bahawa PDRM bertindak seperti Gestapo dan Mossad!  ~C.I.A REFORMASI.

Martabat polis terus tercemar apabila segelintir pegawainya terlibat dengan pemalsuan bahan bukti, peras ugut dan pembohongan. Minda rakyat Malaysia diperlecehkan apabila pihak polis mengemukakan pengakuan palsu liwat dan tilam sebagai "bukti" salah laku seks Anwar.  Kalaulah benar Anwar melakukan semua tuduhan salah laku seks mengapakah sehingga kini tiada bukti video menunjukkannya memasuki "sarang seks" bersama-sama wanita-wanita berkenaan dan melakukan kerja yang terkutuk itu? Kepercayaan dan rasa hormat kepada pasukan polis hancur lebur dengan sekelip mata. Polis yang berbangga dengan slogan "Cepat dan Betul" dilihat sebagai musuh yang telah mengishtiharkan perang ke atas rakyat. Barangkali slogan polis perlu ditukar menjadi "Sebat dan Pukul". Perletakan jawatan Rahim Noor hanyalah sandiwara untuk memperdayakan rakyat. Tidak menghairankan sedikitpun sekiranya SuruhanJaya "Bebas" ke atas kecederaan Anwar akan mendapati bekas PIG bersalah membelasah Anwar! Kemungkinan ini tidak ditolak jika Mahathir ingin melepaskan dirinya dari dibakar oleh api kemarahan rakyat. Seandainya ini berlaku maka barangkali ianya balasan setimpal kepada manusia yang sanggup menggadaikan rohnya kepada Syaitan.
 

Mahkamah Kangaroo Kebanggaan Mahathir

Penganiayaan terhadap Anwar Ibrahim telah membuktikan kepada masyarakat dunia betapa pincangnya sistem kehakiman di bawah telunjuk Mahathir berdarah Malbari. Malahan perbicaraan Anwar yang "diadili" oleh Hakim Augustine Paul @ Hakim Tidak Relevan mencatat sejarah sebagai sitcom komedi terbaik pernah dihasilkan. Kehebatan lakonan saksi-saksi pendakwaan, kepakaran bidan terjun DNA bernama Lim Kong Boon, ketelitian pihak polis terutamanya anak seorang ustaz bernama Musa, kehandalan pasukan pendakwaan pimpinan Gani Patail yang menerima bantuan dari abangnya, Wahab dan kemunculan "saksi bisu" Orthoflex yang diusung keluar masuk berhari-hari lamanya memastikan produksi tempatan ini menjadi bahan ketawa seluruh dunia. Di samping itu rakyat Malaysia menerima kursus pendidikan seks percuma menerusi media tempatan yang melaporkan setiap isu dengan penuh berahi. Liputan meluas ini mendapat restu Menteri Penerangan yang Maha Bulat Ketaatannya kepada Mahathir.

Sesungguhnya penulis-penulis skrip saga Anwar ini patut menerima pingat atau anugerah terhormat di atas kreativiti mereka. Inspirasi mereka sudah tentunya datang dari negara yang berbangga dengan industri hiburan di Hollywood. Mereka menciplak ide daripada kes skandal seks Presiden Bill Clinton. Kalau Monica Lewinsky menyimpan baju biru yang terdapat kesan kelelakian Clinton maka konspirator serba boleh kita mengilhamkan tilam yang dirampas dari kondominium eksklusif. Akan tetapi penulis skrip tidak menyangka akan timbul pita rakaman Dato Sng dengan Umi "Lewinsky". Barangkali panel skrip terlupa akan episod pita-pita rakaman Linda Tripp, sahabat Monica dalam kes skandal Clinton. Walaupun begitu sandiwara arahan Mahathir diteruskan juga dengan bantuan padu Hakim Tidak Relevan yang dengan sewenang-wenangnya menolak pita-pita berkenaan sebagai bahan bukti. Augustine a/l Sinappan kerap menangguhkan keputusan mengenai beberapa hal kes untuk merujuk kepada tuan-tuan beliau. Apabila tamatnya episod Anwar ini S. Augustine Paul akan menjadi tidak relevan dalam sejarah negara sepertimana Hakim Ajaib Singh hilang keajaibannya selepas memainkan peranannya dalam pemecatan Tun Salleh Abbas.  ~C.I.A REFORMASI.

Pindaan minit terakhir pihak pendakwaan kepada keempat-empat pertuduhan terhadap Anwar sememangnya berniat jahat. Ramai yang melihat tindakan ini sebagai cubaan terdesak menyelamat kes pendakwaan yang hampir punah. Namun begitu percayalah bahwa pendedahan tuduhan salah laku seks Anwar sememangnya telah dirancang dari mula lagi. Tujuannya untuk memalukan Anwar dan menghilangkan kepercayaan rakyat terhadapnya. Usaha ini samalah seperti penyiaran affadavit dakwaan terhadap Dato' Nalla menerusi media dan pengakuan palsu Sukma dan Dr Munawar. Bagi Mahathir dan syaitan-syaitan ikutannya jika tipu helah sebegini berjaya memalingkan rakyat dari Anwar maka rancangan jahatnya sudah mencapai kejayaan. Pemulauan Anwar oleh rakyat sudah pasti akan membunuh karier politiknya buat selama-lamanya.

Yang pasti kepercayaan rakyat terhadap institusi kehakiman berada di tahap yang paling rendah di dalam sejarah negara semenjak mencapai kemerdekaan. Sistem kehakiman yang diterajui oleh Ketua Hakim Negara, Eusoff Chin bagaikan sisa pintu gerbang Kota A Fomasa di Melaka yang hanya tinggal serpihan kegemilangannya. Gambar-gambar seorang anak Melaka yang menjawat jawatan Peguam Negara, Mohtar Abdullah melancong ke Eropah bersama-sama seorang kroni Mahathir bernama Vincent Tan menimbulkan tanda tanya mengenai dasar berkecuali sistem yang pernah disanjungi di seluruh Komanwel.
 

Iktibar Pemecatan Anwar

Sekali pandang kontroversi yang dicetuskan oleh Mahathir seolah-olah tertumpu terhadap masalahnya dengan Anwar. Walaubagaimanapun jika dihalusi keseluruhan episod ini nyatalah ianya melibatkan monopoli kekuasaan yang bertunjangkan mempertahankan kepentingan segelintir individu. Golongan tamak ini tidak mahu melepaskan cengkaman ke atas pembolotan kekayaan negara untuk kesejahteraan mereka. Ini menyebabkan penyamun-penyamun ini tergamak untuk menipu rakyat jelata secara terang-terangan berselindungkan pemerintahan kuku besi elit pemerintah. Dominasi kerajaan Barisan Nasional sekian lama menyebabkan rasuah, penganiayaan dan penipuan sudah bermaharajalela tanpa kawalan di segenap lapisan hiraki kepimpinan BN. Menyedari betapa perlunya "status quo" ini dikekalkan maka barisan pemimpin yang diberikan mandat untuk mentadbir negara oleh lebih separuh pengundi bersedia melakukan apa saja tindakan.

Penganiayaan terhadap Anwar Ibrahim bukannya setakat menjatuhkan maruah dirinya dan ahli keluarganya. Ianya bukan juga sekadar percubaan membunuh karier politik Anwar. Isu terpenting ialah mengenai keadilan untuk sekalian rakyat. Jenayah elitist ini menunjukkan betapa keseluruhan institusi-institusi negara yang berperanan untuk melindungi rakyat telah disalahgunakan pada tahap tertinggi untuk memfitnah, mengaibkan, mengancam keselamatan dan menghukum orang no. 2 dalam negara semata-mata mengikut telunjuk seorang pemimpin otokrat. Andaikata rancangan jahat ini dapat dijayakan dengan sewenang-wenangnya maka amat malang nasib rakyat biasa. Sekarang pun kita sudah berada dalam suasana Negara Polis (Polis State) apabila terlalu banyak sangat undang-undang yang diwujudkan untuk menyekat kebebasan bersuara. Adalah dikhuatiri negara kita akan menuju zaman pemerintahan kuku besi yang mutlak di mana segala kebebasan dan hak asasi manusia terjagat akan dihapuskan. Era pemerintahan Hitler dan Marcos adalah bukti nyata bagaimana sesebuah demokrasi berparlimen akhirnya bertukar menjadi sistem diktator.

Kontroversi pemecatan Anwar juga mendedahkan kepalsuan dan sifat-sifat kepura-puraan Mahathir dan kaum politiknya. Islamisasi yang dicanangkannya hanyalah sekadar memelihara kesinambungan politik sekular yang tergugat oleh arus kesedaran semula umat Islam. Ancaman politik yang datang dari PAS menjelma sebagai hantu raya yang menakutkan Mahathir. PAS era pimpinan ulamak telah menjalani reformasi menyeluruh dan menampilkan wajah Islam yang lebih menyakinkan. Kecenderungan pergerakan belia Islam yang dikepalai oleh ABIM pimpinan Anwar terhadap perjuangan PAS menggugat kedudukan Mahathir, UMNO dan Barisan Nasional. Kemasukan Anwar ke dalam UMNO merupakan adalah pra-syarat bagi Mahathir menepis ancaman pergerakan Islam.

Setelah hampir dua dekad berlalu maka berakhirlah sebuah impian dengan sungguh mengaibkan. Sayugia diingatkan bahwa usaha mengislamkan UMNO dari dalam tidak mencapai matlamatnya. Mustahil bagi suatu sistem yang tidak bercirikan perjuangan Islam untuk berubah haluan kepada menegakkan syari'at Islam tanpa membuangkan segala pegangan sekularnya. Tiada faedahnya eksperimen yang gagal ini diteruskan lagi kerana hasilnya adalah sama. Masanya sudah tiba untuk pembaharuan total dilakukan demi mengembalikan keadilan sejagat kepada sesama insan.  ~C.I.A REFORMASI.
 

Tuntutan Reformasi

Reformasi yang diperjuangkan oleh rakyat dari segenap lapisan masyarakat, fahaman politik dan ugama bukanlah setakat memastikan Anwar Ibrahim mendapat pembelaan yang adil. Akan tetapi reformasi rakyat ini menuntut agar keadilan dikembalikan sepenuhnya kepada rakyat.  Negara mestilah menghormati dan mempertahankan keseluruhan prinsip-prinsip hak asasi manusia sejagat. Kerajaan yang memerintah berkewajipan memastikan setiap warganegara menikmati layanan yang saksama, tidak diganggu gugat oleh mana-mana pihak yang berniat jahat dan dapat hidup dengan aman dan bebas menurut lunas undang-undang yang adil.

Reformasi menyeluruh menuntut, antara lain, :-

* Mahathir berundur segera sebagai Perdana Menteri, Menteri kabinet dan ahli Parlimen.

* Menghadkan tempoh seseorang menjadi Perdana Menteri.

* Penubuhan Suruhanjaya Kebenaran (Truth Commission) yang diberi mandat mendakwa Mahathir dan kuncu-kuncunya, Rahim Noor dan pegawai-pegawai polis berkaitan, pegawai-pegawai kehakiman seperti Hakim Negara, Eusoff Chin, Peguam Negara, Mohtar Abdullah dan hakim-hakim yang terbabit di atas jenayah kepada rakyat Malaysia.

*  Dimansuhkan semua jenis undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa bicara, menyekat kebebasan bersuara dan menghalalkan penindasan terhadap rakyat.

* Ketelusan sepenuhnya dari kerajaan yang dilantik terutamanya dalam hal-hal membabitkan penggunaan khazanah negara, pengagihan kekayaan dan kepentingan umum.

* Menggantikan wakil-wakil rakyat yang menyalahgunakan amanat yang diberikan rakyat.

* Merombak keseluruhan organisasi dan fungsi Polis Diraja Malaysia terutamanya Cawangan Khas, CID, FRU dan PGA bagi membanteras penyalahgunaan kuasa dan amalan rasuah.

* Menjadikan sistem kehakiman dan Badan Pencegah Rasuah benar-benar bebas dari campurtangan ahli-ahli politik.

* Sistem pilihanraya dikaji semula perlaksanaannya dari segi pembahagian kerusi, penentuan sempadan kawasan pilihanraya, undi pos, nilai setiap undi dan kerahsiaan undi.

Walauapapun kesudahan peristiwa pemfitnahan Anwar Ibrahim, reformasi menyeluruh yang disarankan wajib diteruskan. Sebarang kompromi politik mestilah ditolak kerana isu utama ialah mengembalikan keadilan kepada rakyat. Barisan Nepotisme yang didalangi oleh UMNO sudah tidak lagi relevan kepada negara. Keseluruhan warganegara Malaysia mestilah berani mengikut jejak rakyat Filipina yang menyingkirkan diktator bernama Marcos dan rakyat Jepun yang mengucapkan Selamat Tinggal kepada parti LDP yang menerajui Negara Matahari Terbit selepas Perang Dunia Kedua.  ~C.I.A REFORMASI.

Mulakanlah lembaran baru bagi Malaysia yang Merdeka!
 Sumber: sumbangan  Steffan Khinge & Associates.



PENDUDUK BANGI PULAU DR.YUSOF NOOR

Seperti kelazimannya, pada setiap kali musim perayaan hari Raya Aidil Fitri, Dr. Yusof Noor akan mengadakan majlis penyampaian hadiah dan penghargaan kepada anak-anak penduduk di kawasan dua  perumahan banglo yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR dan UPSR. Majlis biasanya diadakan di rumah beliau yang terletak di atas bukit di kawasan tersebut.

Untuk menjayakan program tersebut, satu jawatankuasa dibentuk untuk mengendalikan majlis serta membuat kutipan wang sumbangan daripada setiap keluarga di kawasan itu untuk diberikan sebagai hadiah saguhati kepada anak-anak penduduk yang cemerlang.

Namun, lain pula jadinya pada hari raya yang lepas. Jawatankuasa Program yang bermesyuarat telah sebulat suara menolak untuk diadakan majlis tersebut di rumah Dr.Yusof Noor. Bagi mereka lebih baik diadakan majlis tersebut di padang atau di jalan raya dari diadakan di rumah Yusof Noor. Mereka tidak rela lagi untuk menjejak kaki ke rumah seorang ‘ulama UMNO’ yang bersekongkol dengan kezaliman dan konspirasi politik Dr. Mahathir dan kroni-kroninya.

Kata mereka, Yusof Noor sendiri nyata gelisah dan mengelak dari pertanyaan penduduk mengenai kes Anwar Ibrahim. Beliau dengan berat hati dan kesukaran untuk mengulas isu tuduhan salah-laku seks terhadap Anwar apabila ditanya.  Beliau sekadar jawab ‘tidak tahulah’ dan pernah sekali beliau mengatakan “ada pisau tajam di belakang saya”. Ini sungguh mengecewakan penduduk dan jiran-jirannya yang rata-ratanya melabelkanYusof Noor sebagai ulamak cari makan dan dicucuk hidung oleh Mahathir.  Malah Yusof Noor sekarang pun sudah digelar "Yusof Yes" kerana asyik mengiyakan segala perintah dan arahan Mahathir walaupun jelas zalim dan bertentangan dengan Islam

“Mungkinkah Yusof Nor sudah terjerat dengan kes penyelewengan wang Baitulmal Wilayah Persekutuan  dan beberapa isu yang melibatkan kepentingan  perniagaan dalam sektor pengangkutan awam yang dijadikan senjata dan alat oleh Mahathir untuk mecucuk hidung ulamak UMNO ini?”, tanya mereka dengan nada marah. Mahathir memang terkenal dengan politik "blackmailing" nya.

Dengan angin Reformasi yang melanda Bandar Baru Bangi, Yusof Noor semakin tertekan. Apa tidaknya, rumahnya berjiran dengan tokoh-tokoh Ulama’ dan pejuang Reformasi seperti Prof. Dr. Harun Din dan ahli jawatankuasa ADIL, Dr. Mohd Nor Manuty, Prof. Shahril Mohd Zin (ASASI)  serta ramai lagi golongan intelek, pensyarah khususnya ilmuan UKM yang kini bergiat aktif dan lantang membela keadilan dan menentang kezaliman Mahathir dan konspirasi jahatnya terhadap Anwar.~ ~C.I.A REFORMASI.
Sumber: "Anak Murid Pak Harun". Terima kasih.