Make your own free website on Tripod.com

TENTANG KEPAKARAN DR. ABD. RAHMAN YUSOF

Kuala Lumpur, Sabtu 26 Sept. Doktor Abd. Rahman Yusof ialah pakar forensik yang sudah dilantik oleh Peguam Negara Datuk Mokhtar Abdullah bagi menyemak semula laporan kecederaan pada mata Dato' Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini disediakan oleh dua orang doktor pakar dari Hospital Universiti.

Sebagai respons kepada beberapa permintaan pembaca RN yang ingin tahu sama ada Dr. Abd. Rahman Yusof benar-benar seorang yang hebat kepakarannya, dan mengapa pula beliau yang dilantik oleh Peguam Negara, dalam usaha mencari maklumat berkenaan beliau, wartawan RN berjaya mengesan seorang doktor lain yang 'kenal rapat' dengan Dr. Abd. Rahman. Untuk menjaga keselamatan doktor yang ditemui oleh wartawan RN, nama beliau dirahsiakan.

Doktor yang menjadi sumber RN ini memberitahu wartawan RN bahawa apa yang kami siarkan ini diceritakan sendiri oleh Dr. Abd. Rahman Yusuf kepada beliau.

Kehebatan dan kepintaran Dr. Abd. Rahman Yusof dapat diukur daripada kejayaan beliau menghilangkan bukti-bukti forensik dalam kes perbicaraan Tan Sri Rahim Tambychik yang dituduh merogol seorang pelajar perempuan tingkatan tiga.

Di dalam laporan pelajar perempuan itu, orang yang merogolnya mempunyai dada yang berbulu, dia juga mempunyai tahi lalat pada paha kirinya, dan kemaluannya sebesar botol. Untuk maklumat pembaca RN, ketiga-tiga maklumat ini dikatakan 'bukti forensik'.

Mengikut kata doktor sumber RN, Dr. Abd. Rahman Yusuf bercerita kepadanya 'sambil gelak-gelak', bagaimana mudahnya beliau menghilangkan ketiga-tiga bukti forensik tersebut.

Bagi bukti forensik pertama, Dr. Abdul Rahman menasihati Tan Sri Rahim Tambychik supaya mencukur bersih-bersih bulu dadanya, oleh itu sewaktu mahkamah memeriksa dadanya, terbukti bahawa dada bekas Ketua Pemuda UMNO itu tidak berbulu.

Bagi bukti forensik kedua, apabila Tan Sri Rahim Tambychik diminta membuka seluarnya, terbukti beliau tidak mempunyai tahi lalat di paha kiri seperti yang dilaporkan oleh gadis itu, sebaliknya tahi lalat beliau adalah pada paha kanan.

Bagi bukti ketiga, iaitu berkenaan saiz kemaluan yang dituduh, gadis itu diminta menerangkan sebesar botol apa, dan terbukti apabila tokoh politik UMNO itu membuka seluarnya, kemaluannya tidak sebesar botol yang dikatakan oleh mangsa rogol itu.

Dengan menggunakan kepakarannya itulah, Dr. Abdul Rahman Yusuf berjaya membuktikan kepada mahkamah bahawa Tan Sri Rahim Tambychik bukanlah lelaki yang digambarkan di dalam laporan gadis tersebut. - RN