Make your own free website on Tripod.com
Penjelasan Peguam Mengenai Kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim Bahagian (1)

Walaupun kes Dato' Seri Anwar Ibrahim ini ada satu perintah mahkamah yang mengatakan tiada siapa yang boleh mengulas atau memberi sebarang komen tentang kes tersebut semasa kes tersebut sedang berjalan. Tapi untuk faedah umum, saya rasa sesuai sedikit sebanyak sama - sama kita mengetahui perkembangan kes Dato' Anwar setakat 14 November 98. Sekiranya Perdana Menteri sendiri dapat memberi komen dan memberi ulasan kepada seluruh dunia tentang kes tersebut melalui CNN 2 - 3 hari yang lepas. Jadi tiada sebab sekiranya Perdana Menteri dapat berbuat demikian, Perdana Menteri tidak mematuhi perintah hakim yang berkenaan apa lagi sebagai seorang peguam, sebagai rakyat biasa seperti saya. Saya fikir adalah wajar juga untuk kita sama - sama bertukar - tukar maklumat dan bertukar - tukar pendapat mengenai kes tersebut kerana seperti yang semua kita maklum, akhbar - akhbar tempatan terutama terbitan Kumpulan Utusan dan juga media tempatan terutama RTM dan TV3 setakat ini tidak dapat memberi laporan secara tepat tetapi memutarbelitkan fakta apa yang sebenarnya terjadi ketika perbicaraan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Peguam menyatakan sesuatu perkara serta sesuatu isu tetapi akhbar Utusan serta Radio Malaysia pula menyatakan sebaliknya. Ini akan saya sebutkan antara contohnya kemudian. Jadi kes Dato' Seri Anwar Ibrahim setakat 14/11/98, perjalanan kes ini sekiranya, kita pergi balik kepada sebelum bermulanya kes ini, background sebelum bermulanya kes ini.

 

Kita lihat sistem kehakiman perundangan negara kita, Jabatan Kehakiman yang diketuai Ketua Hakim
Negara, Jabatan Peguam Negara yang diketuai oleh Peguam Negara semuanya diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri juga dengan Badan Pencegah Rasuah diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan menteri yang bertanggungjawab menjaga Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara ialah Dato' Nazri Tan Sri Aziz kemudian akan melaporkan kepada ketuanya seperti yang kita tahu iaitu Perdana Menteri. Dengan ini Ketua Hakim Negara, Peguam Negara dan Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah adalah bertanggungjawab melaporkan terus kepada Perdana Menteri dari segi susun struktur organisasi. Walaupun berulang kali Perdana Menteri mengatakan sistem kehakiman kita bebas. Apa yang Peguam Negara tahu mungkin beliau tidak tahu. Jadi kalau kita lihat strukturnya sendiri ketuanya adalah Perdana Menteri. Begitu juga dengan pasukan polis. Pasukan polis termasuklah pasukan cawangan khas yang lebih dikenali sebagai special branch (SB). Begitu juga dengan pasukan FRU dan pasukan gerak am yang dikenali sebagai PGA semuanya ini bertanggungjawab untuk ketua mereka iaitu Ketua Polis Negara. Ketua Polis Negara bertanggungjawab untuk melaporkan segala - galanya tanpa berselindung kepada ketuanya iaitu

Menteri Dalam Negeri iaitu Perdana Menteri sendiri. Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri dalam kes ini adalah orang yang sama. Jadi ini adalah latar belakang Sistem Perundangan kita yang kita katakan adil baik dari segi sistem kehakiman, sistem pendakwaan oleh Peguam Negara serta sistem perlaksanaan undang - undang menjaga keamanan oleh pasukan polis semuanya mempunyai satu boss iaitu Perdana Menteri sendiri. Jadi dengan ini, Perdana Menteri adalah manusia yang paling berkuasa di Malaysia ini tidak termasuk selepas mengambil jawatan Menteri Kewangan. Selepas mengambil jawatan Menteri Kewangan maka kekuasannya adalah lebih luas kerana jawatan Menteri Kewangan merupakan jawatan yang berpengaruh dan mempunyai kelebihannya tersendiri. Contohnya sekiranya Menteri Kewangan hendak mencabar Perdana Menteri. Jadi satu kontrak yang bernilai RM 10 juta boleh diberikan kepada rakannya dari cawangan UMNO tertentu dan rakannya boleh menggunakan kontrak tersebut. Nilai yang

mungkin sebenarnya lebih rendah tetapi sebahagian besar wang yang diperuntukkan disalurkan ke cawangan tertentu untuk digunakan mencabar Perdana Menteri atau Presiden UMNO kemudiannya. Sebab itulah Perdana

Menteri yang juga Presiden UMNO amat takut selepas memecat Dato' Seri Anwar Ibrahim. Sekiranya beliau masih lagi memberi jawatan Menteri Kewangan kepada orang lain, kemungkinan orang tersebut menggunakan jawatan tersebut untuk mencabar kedudukan Presiden UMNO. Jadi untuk menyelamatkan diri beliau buat sementara waktu, lebih baik beliau memegang jawatan Menteri Kewangan itu. Ini diakui oleh salah seorang menteri beliau sendiri iaitu Dato' Dr. Hamid Othman. Katanya jawatan Menteri Kewangan mempunyai pengaruh yang besar jika digunakan untuk mencabar Presiden UMNO kemudiannya. Sebab itulah Presiden UMNO setakat ini masih memegang jawatan Menteri Kewangan. Mungkin Dato' Dr. Hamid Othman tersalah cakap 2- 3 hari lepas. Tapi anda semua bolehlah menyemak surat khabar bahasa inggeris mengenai apa yang dikatakan oleh Dato' Dr. Hamid Othman itu. 

Berbalik kepada kes Dato' Seri Anwar Ibrahim, sistem kehakiman di negara kita telah hilang kebebasan selepas pemecatan Ketua Hakim Negara iaitu Tun Salleh Abbas. Selepas itu beberapa hakim mahkamah Agung dipecat atau meminta diri bersara kerana tidak dapat mengikut telunjuk Perdana Menteri yang bukan sahaja sanggup melanggar prinsip - prinsip perundangan tetapi sanggup berbuat apa sahaja demi mencapai matlamatnya. Selepas pemecatan Tun Salleh Abbas, Ketua Hakim Negara diganti oleh Tun Hamid Omar. Tun Hamid Omar tidak dihormati peguam kerana tindakannya menganiayai Tun Salleh Abas selepas pemecatan tersebut. Jadi Tun Hamid Omar bersara tanpa majlis persaraan dianjurkan oleh Majlis Peguam. Itulah padahnya yang diterima, satu Ketua Hakim Negara yang tidak dihormati di Malaysia ini. Dan Tun Hamid Omar yang memulakan tradisi bercakap kepada pemberita. Ketua Hakim Negara adalah jawatan yang sangat dihormati. Tetapi selepas zaman Tun Hamid Omar yang digantikan oleh Tun Eusoff Chin, tiada lagi penghormatan diberikan kepada Ketua - ketua Hakim Negara selepas Tun Salleh Abas kerana Ketua Hakim Negara selepas Tun Salleh Abas lebih suka bercakap kepada pemberita daripada bercakap dalam mahkamah. Kemungkinan juga mereka ini tidak erti undang - undang. Jadi untuk menjalankan tugas, mereka tidak erti sebagai hakim, substancenya tiada, kepandaiannya kurang, jadi salah satu caranya untuk memastikan mereka dihormati mereka bercakap kepada surat khabar. Walhal mereka tidak tahu, mereka hanya menunjukkan kelemahan mereka sendiri, kejahilan mereka sendiri, kebodohan mereka sendiri. Apa yang mereka cakap biasanya sesuatu yang menunjukkan kelemahan mereka ini akan saya sentuh bila kita pergi kepada detail perbicaraan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebentar nanti.

Begitu juga Peguam Negara. Sebelum ini jawatan Peguam Negara amat dihormati. Sebelum ini Tan Sri Abu Talib Othman amat dihormati di Malaysia semasa beliau menjadi Peguam Negara. Akan tetapi keadaan berubah bila Tan Sri Abu Talib Othman dipergunakan oleh Perdana Menteri dalam kes pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas. Pihak masyarakat peguam dan masyarakat umum telah hilang rasa hormat kepada beliau pada masa itu. Selepas itu beliau menceburkan diri dalam bidang korporat. Beliau menyertai syarikat - syarikat korporat yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur. Jadi, imej Tan Sri Abu Talib Othman tercemar disebabkan oleh Perdana Menteri. Beliau terpaksa diperalatkan Perdana Menteri pada ketika itu. Selepas itu bermulalah era Tan Sri Mokhtar Abdullah. Beliau telah mencipta satu sejarah dalam sejarah Peguam Negara. Tan Sri Mokhtar Abdullah merupakan Peguam Negara yang paling banyak membuat kenyataan akhbar yang kadang - kadang nampak bodoh tetapi mengikut telunjuk Perdana Menteri. Setakat ini Tan Sri Mokhtar boleh dikatakan Peguam Negara yang paling bahlul. Ini jelas dari segi apa saja yang beliau kata, kemungkinan besar beliau tidak lulus peperiksaan undang - undang. Bagaimana beliau boleh menjadi Peguam Negara kita tidak tahu. Sanggup beliau mengorbankan pengetahuan undang - undangnya dan prinsip undang - undangnya semata - mata untuk mengikut telunjuk Perdana Menteri. Tiada siapa lagi menghormati Tan Sri Mokhtar Abdullah dikalangan masyarakat peguam sekarang ini kecuali mereka yang amat dekat dengan Perdana Menteri. Itulah masyarakat yang amat menghormati Tan Sri Mokhtar Abdullah. Orang lain, masyarakat Malaysia bukan bodoh, masyarakat Malaysia sekarang sudah maju dan boleh berfikir dimana kejahilan Tan Sri Mokhtar Abdullah akan saya sentuh di dalam ulasan perbicaraan kes Dato' Seri Anwar Ibrahim sebentar nanti.

Tujuannya saya memberi background adalah supaya lebih senang kita memahami siapakah kepala kepada semua permainan - permainan ini. Walaupun saya seorang peguam, kadang - kadang bahasa yang saya gunakan adalah amat kasar sedikit sebab kalau kita bercakap secara diplomatik, kemungkinan mereka - mereka ini tidak akan faham lansung. Masih lagi melakukan segala jenis kemungkaran asalkan segala perbuatan mereka ini dibalas dengan kekayaan dengan menjadi ahli lembaga pengarah berbagai syarikat yang disenaraikan BSKL ataupun mereka ini memberikan kepada adik mereka berbagai kemudahan contohnya Ketua Hakim Negara sekarang Tun Eusoff Chin, adik beradik beliau sudah mendapat berbagai gelaran dari kerajaan contohnya adik beliau mendapat Tan sri, Dato', Toh Puan dan terlibat dalam pelbagai jenis bisnes yang dibantu oleh pihak pemerintah. Jadi adalah tidak menghairankan jika Ketua Hakim Negara tidak dapat bertindak secara bebas kerana Tun Eusoff Chin sudah banyak sekali terhutang budi kepada kerajaan. Tun Eusoff Chin mendapat Tun semasa beliau menjadi Ketua Hakim Negara begitu juga dengan Tun Hamid Omar. Biasanya orang dapat Tun bila dah hujung - hujung sekali tetapi mereka ini Tun Hamid Omar dan Tun Eusoff Chin, baru menjadi Ketua Hakim Negara sudah dapat Tun. Inilah nilai Tun yang ada sekarang. Jadi Tun sudah tiada nilai dan tidak dihormati lagi begitu juga dengan Tun Daim. Jadi nampaknya gelaran Tun ini semuanya diberikan kepada penyangak dan penyamun. Tetapi bukanlah semuanya tapi itulah Tun sekarang ini diberikan kepada orang yang sepatutnya berada dalam penjara kerana melakukan pecah amanah dari segi tanggungjawab, kepercayaan rakyat, mengambil wang yang bukan hak mereka. Jadi dari sepatutnya mereka ini berada dalam penjara kerana pecah maanah terhadap tugas - tugas diberi tetapi mereka gagal melaksanakan tugas mereka sebagai Ketua Hakim Negara, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara. Tan Sri Rahim Noor sebagai ketua Polis Negara gagal melaksanakan amanah yang diberikan dan diamanahkan kepada mereka. Bila mereka gagal melaksanakan amanah yang diberikan kepada mereka, mereka telah melakukan pecah amanah. Bila mereka melakukan pecah amanah, pecah amanah dibawah Kanun Keseksaan sekiranya hendak dipenjarakan sebagai penjenayah kolar putih mestilah berlakunya kerugian dari segi kewangan. Telah banyak kerugian telah berlaku dengan tindak tanduk Peguam Negara, Ketua Hakim Negara dan Ketua Polis Negara. Jadi bila kita dapat buktikan banyaknya wang yang telah hilang. Bila kita dapat buktikan banyaknya wang yang telah hilang disebabkan pecah amanah oleh mereka - mereka ini. Mereka - mereka ini bolehlah dipenjarakan dibawah kanun keseksaan, hanya tunggu masa dan ketika sahaja untuk melaksanakan undang - undang kepada mereka yang berkenaan. Ini bukannya satu perkara yang menghairankan kerana pecah amanah dilakukan oleh mereka yang lebih tinggi dari Ketua Hakim Negara, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara. Jadi sekiranya mereka yang lebih tinggi dari mereka yang berjawatan tinggi boleh melakukan pecah amanah, mengapa tidak Ketua Hakim Negara, Ketua Polis negara dan Peguam Negara.Setakat itu saya berhenti memperkatakan tentang background.

Sekarang kita pergi kepada kes Dato' Seri Anwar Ibrahim. Setakat ini saksi pertama sudah memberi keterangan. Seperti yang kita sedia maklum 4 tuduhan saja yang didakwa setakat ini. 6 kes lagi belum ditentukan tarikh. 4 kes tersebut adalah berkaitan dengan rasuah. Satu penerbitan Amerika telah mengatakan dalam majalah mereka dalam 2-3 minggu lepas. Kalau kita hendak dakwa orang yang rasuah iaitu lebih - lebih lagi Timbalan Perdana Menteri, orang mengharapkan Timbalan Perdana Menteri telah melarikan berbilion - bilion dollar. Tetapi yang anehnya satu sen pun tidak dilarikan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Apa yang dikatakan rasuah itu, satu sen pun tiada yang melibatkan duit, tiada kes RM 350, tiada kes RM 60 juta, tiada kes RM 1.2 billion tetapi kononnya hanya campur tangan sahaja. Campur tangan kes ini pun amat rapuh dan lemah. Bagaimana ia rapuh dan lemah saya akan jelaskan kemudian.

Cuma yang mula - mula sekali sebagaimana yang dinyatakan juga oleh peguam - peguam Dato' Seri Anwar di dalam mahkamah iaitu undang - undang di mana Dato' Seri Anwar Ibrahim didakwa iaitu Ordinan di mana Dato' Seri Anwar Ibrahim didakwa itu, ordinan itu sudah pun dimansuhkan pada 22 Oktober 98 di Parlimen. Jadi bila undang - undang tersebut sudah dimansuhkan maka undang - undang tersebut bukan lagi undang - undang. Jadi bila undang - undang tersebut dimansuhkan maka Dato' Seri Anwar ibrahim tidak boleh didakwa di bawah undang - undang yang telah dimansuhkan oleh Dewan Rakyat. Sekiranya pendakwaan hendak diteruskan juga yang mana hakim berkenaan mengatakan pendakwaan boleh diteruskan, kes boleh dijalankan, jadi lebih Dato' Seri Anwar Ibrahim didakwa di bawah undang - undang Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Undang - undang itu semuanya undang - undang yang telah dimansuhkan tidak boleh dipakai lagi. Jadi kalau undang - undang yang dimansuhkan dipakai, lebih baik undang - undang Zaman Kesultanan Melayu Melaka dipakai. Tetapi mahkamah telah memutuskan boleh diteruskan dan sekiranya peguam DSAI tidak gembira dengan keputusan yang dibuat, maka peguam DSAI boleh memfailkan notis rayuan di mahkamah rayuan. Itu telah dilakukan oleh peguam DSAI di mahkamah rayuan supaya kes ini boleh dibuang sejak awal lagi. Sepatutnya lebih awal lagi kes ini boleh dibuang tetapi akibat daripada kebodohan Peguam Negara, kes ini tidak boleh dibuang. Ini menunjukkan Peguam Negara tidak tahu apa yang terjadi di Parlimen. Ini adalah salah satu kejahilan Peguam Negara sekarang. Beliau sepatutnya mendakwa DSAI dibawah Akta Pencegahan Rasuah yang baru diluluskan pada tahun 1997. Tetapi tidak inilah akibatnya kita memilih ketua yang terdiri dari orang yang kurang arif tentang kerjanya.

Pihak pendakwa pula berkata kes DSAI boleh lagi didengar kerana Dewan Negara masih belum lagi meluluskannya dan Agung masih belum tandatangan. Mungkin sebab - sebab yang diberikan tadi boleh diterima. Akan tetapi apabila kita kaji sebab tersebut, sebab tersebut boleh dikatakan kerana loyar buruk semata - mata. Kita katakan loyar buruk adalah kerana Dewan Negara ini dipilih oleh Perdana Menteri. Kalau ada apa - apa yang hendak dibangkang Dewan Rakyatlah tempatnya. Apabila sudah diluluskan di Dewan Rakyat dan bila naik di Dewan Negara mereka sudah tiada kuasa. Mereka di Dewan Negara biasanya orang - orang tua yang Perdana Menteri rasa hendak balas jasa ataupun mereka - mereka yang kalah dalam pemilihan UMNO tetapi masih lagi orang Perdana Menteri. Jadi untuk memberi apa - apa jawatan Perdana Menteri sudah tidak mampu, jadi mereka ini dilantik sebagai Senator. Jadi mereka ini suka tidak suka terpaksalah mengikut apa yang Dewan Rakyat kata. Contohnya apabila Dewan Rakyat kata sudah dimansuhkan maka hendak tak hendak Dewan Negara terpaksa ikut kata Dewan Rakyat. Sebab itulah mereka ini dilantik oleh Perdana Menteri bukan dipilih oleh rakyat. Maka apabila dipilih Perdana Menteri maka mereka terpaksa dengar apa yang Perdana Menteri mahu di Dewan Rakyat. Mereka tidak akan membangkang kerana tiada orang yang membangkang sebab tiada parti pembangkang. Di Dewan Negara kerja mereka senang sambil tidur pun okay. Apa yang Dewan Rakyat buat itu saja yang mereka ikut. Jadi alasan pendakwa agak lemah, alasan yang loyar buruk untuk menutup malu pihak pendakwa dan pihak peguam negara yang tidak erti undang - undang khususnya. Jadi mereka turutkan juga dapat pula dengan hakim yang dapat dengar cakap mereka. Tetapi perbicaraan yang dijalankan setakat ini ampak adil, kita perlu tahu sejarah kemasukan hakim ini di dalam perbicaraan ini. Hakim Augustine Paul ini sebenarnya tidak pernah ada di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Bahagian Jenayah. Beliau tau - tau saja timbul untuk kes DSAI ini. Walaupun saya peguam maafkanlah saya tentang cara penyampaian saya ini sebab saya rasa lebih bebas bercakap tidak terikat dengan perkataan undang - undang yang mungkin membuatkan yang mendengar ini tidur. Jadi tujuan saya adalah untuk menyampaikan dalam bahasa yang semua dapat faham. Dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum adanya Hakim Augustine Paul yang dibawa masuk tau - tau untuk kes DSAI, hakim yang sepatutnya mendengar kes DSAI di bahagian jenayah adalah Vohrah.
 
Hakim Vohrah adalah hakim bahagian jenayah yang agak bebas dan tegas. Tau - tau saja apabila timbul kes DSAI Hakim Vohrah ditukar ke bahagian sivil. Mahkamah sivil adalah mahkamah yang dikhaskan untuk membicarakan kes orang saman hutang tak bayar, bank saman orang dan kredit kad saman orang. Inilah kes - kes sivil. Bayangkanlah bagaimana Hakim Vohrah yang selama ini menjaga Bahagian Jenayah tau - tau saja ditukarkan oleh Ketua Hakim Negara ke bahagian sivil. Tak ke pening hakim ini. Selama ini dia ditugaskan untuk menjaga bahagian jenayah tiba - tiba kena jaga kes saman orang tak bayar hutang. Tak ke pening hakim ini. Itu bukan bidang pengkhususan yang beliau suka tapi tak pelah beliau kena jaga bahangian sivil dan Hakim Augustine Paul dimasukkan ke bahagian jenayah dengan cara - cara bidan terjun. Tapi masyarakat tau seolah - olah Hakim Augustine Paul sudah berkurun - kurun dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Ini tidak sebenarnya. Cubalah semak ! Beliau datang secara bidan terjun. Walaupun tingkah laku Augustine Paul setakat ini nampak adil dan nampak boleh dihormati tetapi beliau didatangkan secara bidan terjun oleh Ketua Hakim Negara. Apakah motif beliau itu ? Itu masih samar - samar. Sampailah Hakim Augustine Paul ini melakukan perkara sebaliknya barulah jelas.

Mengenai 4 tuduhan rasuah, 4 tuduhan tersebut tidak melibatkan duit satu sen pun. Kata tuduh rasuah tapi duit satu sen pun tak de duit. Sekarang ni tuduhan itu cuba mengatakan yang DSAI mengarahkan Ketua Cawangan Khas untuk mendapatkan pengakuan Ummi Hafilda. Ummi Hafilda ini tidak pernah kahwin sampai sekarang ni. Karakternya pun dipersoalkan. Bapanya pula sudah tidak mahu mengakunya sebagai anak. Ummi Hafilda juga dikenali sebagai pemfitnah yang paling besar. Disebabkan Ummi Hafildalah emak dan bapanya telah bercerai selama 10 hari. Tau - tau saja bila bapa Ummi Hafilda balik dari kerja emak Ummi hafilda serang bapa Ummi Hafilda. Bapa Ummi Hafilda tidak tahu apa. Lepas tu mereka bercerai selama 10 hari. Lepas 10 hari bercerai, mereka rujuk kembali. Rupa- rupanya barulah mereka mengetahui yang mereka ini difitnah oleh anak mereka Ummi Hafilda. Jadi tidak hairanlah jika mereka terlibat dengan fitnah. Ini adalah pengakuan bapa Ummi Hafilda sendiri. Silalah semak. Saya sebagai peguam tidak akan sebut jika saya tidak yakin jika perkara ini benar.

Azizan Abu Bakar pula adalah bekas pemandu DSAI selepas beliau bekerja dengan Azmin Ali dan Shamsidar. Azizan Abu Bakar pula ini sakit hati katanya Shamsidar ini sombong. Ialah bila dah bekerja dengan orang besar, nampaklah boss tu ego sedikit. Jadi dia pun sakit hati. Dan bila dapat perempuan macam Ummi Hafilda ni mereka pun bergabunglah. Bila mereka bergabung dapatlah idea ini. Bila dapat idea ni mereka direstui oleh orang - orang tertentu seperti Tun Daim Zainuddin , Dato' Megat Junid dan beberapa yang lain. Jadi dapatlah mereka membuat wang daripada melakukan fitnah - fitnah ini. Ini jelas dalam perbicaraan kes DSAI yang mana ketua cawangan khas telah mengatakan dalam satu laporan kepada PM yang beliau percaya cerita itu direka - reka.

Pada Ogos 1997 Ketua Cawangan Khas telah menghantar laporan kepada Perdana Menteri bahawa cerita tersebut direka dan nampak sangat penglibatan orang - orang tertentu untuk menjatuhkan DSAI. Jadi kita boleh tengoklah Ummi Hafilda ini adalah seorang ahli perniagaan yang mempunyai hutang keliling pinggang, rumahnya kena serang kerana tak bayar hutang oleh orang -orang yang nak kutip hutang. Selepas itu, selepas beliau dapat banyak duit, pinjam sana, pinjam dekat bank ni beliau membeli 3 - 4 biji kereta, jeeplah, kereta mewah lainlah. Setiap satu masa beliau ada 3 - 4 kereta. Dan selepas itu merayau ke luar negeri dan balik kena kejar dengan orang yang nak kutip hutang. Ini pengakuan bapa Ummi Hafilda sendiri. Orang seperti Ummi Hafilda mengikut Akta Keterangan, orang seperti mereka ini sebab kredibiliti sudah jelas orang yang tidak boleh dipercayai, keterang orang seperti ini tidak boleh diambil. Jadi hanya menunggu masa saja para peguam DSAI akan membuang segala apa yang mereka ini akan kata dalam mahkamah kemudian sebagai tidak benar, sebagai tidak boleh dipercayai kerana kredibiliti mereka boleh dipersoalkan.

Begitu juga dengan Khalid Jefri adalah seorang yang telah muflis. Mengikut satu carian yang telah dilakukan di pejabat pemegang amanah Khalid Jefri adalah seorang yang telah muflis. Bila orang itu telah muflis, kredibilitinya turut telah terjejas. Jadi orang - orang seperti ini hendak dibawa oleh pihak pendakwa untuk menguatkan kes mereka. Orang - orang seperti ini tidak sekali - sekali akan menguatkan kes pendakwa.

Seperti juga saksi utama pihak pendakwa iaitu Dato' Said bekas khas yang bersara pada 17/11. Pada hari pertama beliau memberi keterangan nampaknya beliau terlampau yakin, begitu tegas dan bercakap dalam Bahasa Inggeris. Jadi bila disoal oleh peguam DSAI, bila sampai masanya beliau mengaku yang beliau sanggup menipu dalam mahkamah sekiranya beliau diarah oleh orang yang lebih tinggi daripada Timbalan Perdana Menteri. Orang seperti ini keterangan mereka tidak boleh diterima di bawah Akta Keterangan. Jadi tunggu masa sahaja apa yang dikatakan oleh Dato' Said itu akan masuk ke dalam tong sampah. Ini ditambah lagi beliau nampak sangat tidak dapat bercakap benar dalam mahkamah. Apa yang beliau kata semalam dan hari ini beliau tidak dapat ingat. Beliau terpaksa merujuk kepada laporan mahkamah apa yang beliau kata semalam di mahkamah. Kenapa beliau tidak dapat ingat apa yang beliau katakan semalam di mahkamah? 

Sedangkan beliau boleh ingat perkara yang berlaku pada tahun 1992 ataupun beberapa bulan sebelum tahun 1998. Kenapa beliau boleh ingat perkara - perkara yang berlaku tahun - tahun lepas sedangkan apa yang beliau kata semalam tidak boleh ingat? Hakim tidak membenarkan beliau merujuk kembali kepada rekod laporan mahkamah kerana ini boleh dikatakan dengan jelas yang beliau mempunyai ingatan berpilih - pilih atau boleh dikatakan beliau tidak dapat bercakap benar. Tunggu masa saja peguam DSAI membuktikan apa yang dikatakan oleh Dato' Said itu boleh dipersoalkan. Dia ada juga mengatakan beliau yakin hanya ada satu laporan, dua laporan atau lebih laporan dan akhirnya beliau berpatah balik beliau yakin ada satu laporan. Jadi yang mana satu yang beliau yakin kita boleh percaya sekarang. Jadi jikalau mahkamah kita bebas, mahkamah tidak boleh menerima keterangan Dato' Said untuk membuktikan kesalahan DSAI. Apa yang dikatakan Dato' Said haruslah dimasukkan ke dalam tong sampah sekiranya mahkamah kita bebas. Itu mengikut Akta Keterangan. Kredibiliti saksi utama, saksi pendakwa boleh dipersoalkan. Begitu juga dengan seorang pegawai dari Jabatan Perdana Menteri yang mengatakan surat perlantikan DSAI sebagai Timbalan Perdana Menteri ditandatangani sendiri oleh Dato' Seri Dr. Mahathir. Ini adalah satu perkara yang pelik. Jadi beliau memberitahu mahkamah bahawa Perdana Menteri menandatangani sendiri surat perlantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Jadi bagi orang yang tahu undang - undang surat perlantikan Timbalan Perdana Menteri akan ditandatangani oleh Agong. Begitu juga perlucutan jawatan Timbalan Perdana Menteri. Sekiranya beliau memberitahu mahkamah yang Perdana Menteri sendiri menandatangani surat perlantikan DSAI sebagai Timbalan Perdana Menteri, nampak sangat beliau tidak bercakap benar kerana sudah jelas dalam perlembagaan, Agong akan menandatangani perlantikan dan perlucutan jawatan Timbalan Perdana Menteri. Di sinilah peguam DSAI, Christopher Fernando bercakap yang beliau akan membuktikan yang semua saksi pendakwa setakat ini gagal bercakap benar.

Begitu juga dengan seorang jurutaip di Bukit Aman. Beliau mengaku menaip banyak dokumen. Beliau juga mengaku menaip surat penarikan balik Ummi Hafilda punya pengakuan tapi beliau tidak ingat menaip satu laporan pada September 1997. Beliau tidak mengatakan beliau tidak menaip tetapi beliau mengatakan tidak ingat samada beliau taip atau tidak satu lagi laporan kepada Perdana Menteri pada September 1997. Mengapa perkara ini boleh terjadi? Yang lama beliau boleh ingat. Yang baru sedikit beliau tidak boleh ingat. Ini sudah macam Dato' Said Ketua Cawangan Khas yang baru cakap beliau tidak ingat. Yang lama lagi beliau ingat. Boleh ke kita terima orang - orang seperti ini untuk memberi keterangan. Jadi kredibiliti mereka yang terjejas. Oleh itu keterangan perempuan yang bekerja sebagai jurutaip ini pun boleh dibuang ke dalam tong sampah. Mengenai Bahasa Inggeris, Ketua Hakim Negara nampak macam tidak erti undang - undang. Undang Akta Kebangsaan memberikan kebebasan samada hakim itu ingin membuat perbicaraan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Tapi Ketua Hakim Negara kata kena guna Bahasa Melayu sebab Akta Kebangsaan mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu. Lepas tu dia kata jika tidak guna Bahasa Melayu perbicaraan itu boleh jadi tidak sah. Ini adalah kenyataaan yang paling bodoh dibuat oleh Ketua Hakim Negara. Sebab selama ini perbicaraan dijalankan dalam Bahasa Inggeris kerana Akta Kebangsaan memberi pengecualian kepada hakim dalam keadaan - keadaan tertentu untuk menggunakan Bahasa Inggeris contohnya dimana kebanyakkan peguam bukannya fasih bercakap Bahasa Melayu. Dalam kes DSAI kebanyakkan peguamnya tidak fasih Bahasa Melayu sebab mereka bukan bangsa Melayu. Lebih - lebih lagi Hakim Augustine Paul tidak fasih berbahasa Melayu kerana dia adalah Kristian. Tapi Ketua Hakim Negara tau - tau saja 2 - 3 hari sebelum perbicaraan mengeluarkan pekeliling tidak boleh digunakan Bahasa Inggeris. Nampak sangat beliau telah campurtangan dalam mahkamah. Seolah - olah mahkamah itu dia punya. Kalau tak setuju dengan keputusan hakim buat rayuan! Tapi mahkamah itu bukannya hakim punya dah. Dah boleh diarahkan dengan surat pekeliling sahaja. Jadi campurtangan Tun Eusoff Chin adalah tidak wajar. Begitu juga dengan campurtangan Peguam Negara. 2 hari sebelum perbicaraan DSAI bermula, beliau telah membuat kenyataan akhbar. Ini yang dikatakan Peguam negara yang tidak reti bahasa lagi bahalul. Dia buat kenyataan kata ada lagi dakwaan - dakwaan yang akan dibuat terhadap DSAI selepas selesai kes yang sepuluh ini. Nampak sangat Peguam Negara tidak reti bahasa. Kalau ada dakwaan buat sahaja. Ini macam nak mengugut kalau dah selesai sepuluh kita orang akan buat lagi. Apa Peguam Negara yang macam ni kita ada lebih baik kita ambik orang sapu sampah tepi jalan jadi Peguam Negara. Ini akan mengaibkan dan memalukan Sistem Perundangan negara kita di mata dunia. Peguam Negara yang macam ni tak de siapa perlu hormat. Walaupun di dalam jabatan beliau, ramai pegawai - pegawai tidak menghormati beliau sebagai Peguam Negara. Ini adalah satu hakikat bahawa Peguam Negara yang kita ada sekarang bukan hendak mempertahankan prinsip undang - undang akan tetapi hanya untuk mempertahankan bos beliau iaitu Perdana Menteri.

Berbalik kepada perbicaraan kes DSAI, ACP Mazlan Din memberitahu mahkamah bahawa beliau akan memaksa Azizan Abu Bakar untuk membuat kenyataan tidak benar. Beliau juga akan memaksa Azizan untuk menipu sekiranya diarah berbuat demikian. Beliau tetap bergantung kepada perkataan arahan. Itulah yang beliau diulangi di mahkamah tinggi. Di mana beliau terpaksa memaksa Azizan menipu beliau akan tetap menerima arahan. Jadi saksi ini lagilah keterangannya dibuang ke dalam tong sampah. Akta Keterangan tidak akan menerima saksi - saksi seperti ini. Jadi makin banyak dibawa saksi oleh pihak pendakwa, makin banyak kelemahan, makin bocorlah rahsia - rahsia apa yang dikatakan konspirasi itu.

Azizan Abu Bakar pula katanya konon bersumpah dengan Surah Yassin. Surah Yassin orang tak main sumpah - sumpah. Orang bersumpah dengan Al - Qur'an. Sumpah Surah Yassin ini mungkin baru dimulakan oleh Azizan Abu Bakar. Kalau nak sumpah, kita sumpah orang Islam dari segi syariah dengan Al - Qur'an. Sumpah dengan Al-Qur'an pun tak delah sampai junjung Al-Qur'an. Junjung Al -Qur'an tidak pernah dibuat orang. Orang Melayu je yang junjung Al - Qur'an. Zaman Nabi pun tak de junjung Al - Qur'an. Sumpah dengan Al - Qur'an ada. Sumpah dengan sebut wallahi sampai habis ada. Tapi tak delah sampai junjung Al - Qur'an. Jadi apa yang dibuat Azizan ini boleh dipertikai kerana sumpah dengan Yassin takde dalam Islam. Ini mungkin satu mazhab baru yang Azizan nak popularkan. Cubalah kita semak betul - betul yang ada adalah sumpah dengan Al - Qur'an dan sumpah dengan melafazkan kalimah Tuhan seperti wallahi. Itu barulah sumpah. Kalau kita sanggup bersumpah demikian, sangguplah kita menerima akibat. Tapi kalau sumpah dengan Yassin walaupun Yassin itu jantung Al - Qur'an. Kita tak lah boleh melebih - lebih Al - Qur'an, Allah dan Nabi Muhammad ada bercakap macama mana kita boleh bersumpah. Ya min tu macam mana kita nak buat. Kalau kita nak reka sendiri maknanya semua orang boleh mula mazhab sendirilah. Seorang cakap nak sumpah dengan surah Yassin, sorang lagi nak bersumpah dengan ayat kursi, surah al - ikhlas, datang sorang lagi nak sumpah dengan surah al - fatihah. Tak lama lagi ramailah orang datang bersumpah dengan berbagai - bagai cara dan salah guna Al - Qur'an. Ulamak pada zaman kegemilangan Islam, dah pun discuss tentang ini. Dia orang ini dipanggil Jumhur Ulamak termasuk Hanafi, Maliki, Syafi'e dan Hambali semua ini dah berdiscuss tapi kita orang - orang Melayu ni pandai-pandai mengeluarkan cara - cara yang pelik dari yang telah diberikan oleh agama. Begitu juga dengan puasa. Puasa sebulan kita nak buat tapi sembahyang 5 kali tak nak buat.

Pemecatan DSAI sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan adalah tidak sah seperti yang dinyatakan oleh Karpal Singah bertentangan dengan perlembagaan yang mana pemecatan ini masih belum lagi ditandatangani oleh Agong. Perdana Menteri sendiri tidak dapat menjawab soalan Karpal Singh di Parlimen mengenai isu ini. Beliau tidak dapat menjawab secara jelas. Jadi nampak sangatlah Agong masih belum menandatangani pemecatan DSAI terhadap Perdana Menteri berkaitan isu ini. Di sini saya juga nak tambah yang pemecatan DSAI sebagai Timbalan Presiden UMNO juga tidak sah kerana tiada badan disiplin yang mendengar kes beliau serta tiada surat tunjuk sebab. Tau - tau saja kena buang.

Perdana Menteri memulakan mesyuarat malam itu dengan mencadangkan DSAI dipecat dari keahlian UMNO. Jadi dari segi prinsip undang - undang DSAI masih lagi Timbalan Presiden UMNO dan ahli UMNO. Di sini yang membuat kacau di bangunan UMNO tempoh hari yang koyak poster UMNO dikatakan ahli Cawangan Khas (SB) juga.~C.I.A REFORMASI.