Make your own free website on Tripod.com
 Angan-Angan Mat Jenin Di KELANTAN

     Lawatan Mahathir ke Kelantan diumpamakan bagai "menjenguk jerat sial". Kalau
     dapat dapatlah. Kalau kosong alamat badan tinggal sial.

     Nampaknya lawatan Mahathir membawa badan sial – sial datang dan sial pulangnya.
     Keyakinan yang dipamirkan Mahathir adalah bagai orang sakit yang menanti maut!!
     Mahathir mengharapkan nyawa politik UMNO disambung lagi. Malangnya Mahathir
     sudah terlampau banyak kali ‘melanggar pantang’. Kali ini "TIDAK ADA MAAF
     BAGI MU". Terlajak perahu boleh ditarik, terlajak perbuatan? Lingkop UMNO/BN
     padahnya!!

     Ku Li bukan penawar di Kelantan!! Itu pasti! Mahathir kena yakin. Nak harap Anwar
     Musa, Ibrahim Katak, Zainal Ulamak Melor, Mustapa ‘gundik mainan’ politik
     KL…eloklah Mahathir "declare defeat" saja di Kelantan. Jangan lah buang masa
     merayu-rayu bagai ponggok rindukan bulan. Bulan sudah menjirus dan malam kian
     gelap bagi UMNO. Jangan nak sebut …hehehe "Kita akan menang"…Itu hanya
     "wishful thinking". UMNO Kelantan bagi perahu dayung, sudah terlajak ketengah
     lautan, kini sedang dipukul badai. Kalau karam, siapkan lah pelanpung!! Kalau tidak
     jerung ganas sedang mengintai dibalik beting..!! eloklah ulamak UMNO mencari permit
     mengadakan ceramah Maghrib untuk menampung sara hidup!! Duit pencen mungkin
     sulit untuk menampung Mercedez dan banglo mewah yang masih belum habis hutang..!!
 

     Kami "Oghe Kelata" dah lamo bosan dengan janji UMNO. Kalau dulu S46 boleh jadi
     galang ganti, tapi hari ini "kutu-kutu berahak" itu dah "commit allegiance" (kalau tak pun
     commit suicide) semenjak memasuki kelompok barisan pemimpin "Pak Pandir abad
     Ke-21" itu yang mengHEROWORSHIP Mahathir. Percayalah, PAS bukan mendabek
     dada. Tetapi UMNO sendiri yang tolong PAS menepuk dada penyokong PAS.

     Bukan saja rakyat kelantan, malah rakyat seluruh nebgara dah tengok macam mana
     perjalanan mahkamah mengendalikan kes Datuk Seri Anwar. Nampak sangat dimata
     rakyat bahawa UMNO dan Mahathir adalah bagai "budu busuk se tempayan" sedang
     dibongkar. PAS tak bongkar tapi UMNO dan Mahathir sendiri yang pecahkan
     tempayan itu.

     Soalnya: Inikah dia pemerintahan adil ala UMNO? Adakah Mahathir pemimpin
     berimbang? Makin terpuruk dan terzalim DS Anwar dengan karenah perundangan
     ‘cacamarba’ mengikut selera Mahathir, makin itu rakyat jadi "jittery" dengan karenah
     sumbang UMNO dan seluruh pemimpin parti yang makin kecundang kerana saban hari
     ‘menyabu taik kering’ Mahathir yang sudah kenyanyokan (senile).

     Pindaan tuduhan keatas DS Anwar adalah bayangan bahawa "rakyat sedang dalam
     ketakutan yang teramat sangat" untuk mengamanahkan kuasa mentadbir kepada
     UMNO/BN..!!!! Mereka kecewa, ngeri dan sedar!! Keraguan rakyat sudah sampai
     ketahap maksima. Hari ini Anwar, esok lusa pula, dalam empoh 5 tahun yang sangat
     panjang, pasti mulut rakyat akan di ragum, dan tangan rakyat akan dibelenggu dan
     dikekang!! Dalam tempoh 3 bulan berlaku ratusan rakyat dihumbankan ke lokap ISA!!
 

     Kalau dulu rakyat Malaysia mengutuk peradaban Kominis dan kegilaan pemimpin
     Russia yang mengekang kebebasan rakyat dengan kumpulan samseng-samseng KGB;
     tapi nampaknya UMNO/BN dan Mahathir serta barisan pemimpin UMNO yang
     terugut; tidak segan silu lagi bermaharajalela menghentak belantan, cotar,
     tendang-terajang, tumbuk tempeleng, fitnah dan kejian…. menyembur air kimia,
     segala-gala bentuk kezaliman kepada rakyat lemah dan tidak bersenjata. Semata-mata
     kerana rakyat mahu menyuarakan rasa hati mereka diperlakukan begitu, bermakna
     pemimpin sekarang adalah terdiri dari umat yang sombong, bongkak, tidak mengenal
     peri kemanusiaa, dan atas segalanya bermain dengan "ilmu munafiq" membohongi
     rakyat dengan segala bagai tipu helah. Mereka tidak menghargai amanah dan mandat
     rakyat.

     Penentuan terakhir ialah, apakah "KEADILAN" masih ada didalam lambung-perut
     pemimpin-pemimpin kerajaan UMNO/BN sekarang? Mungkin semata-mata dipenuhi
     ‘taik membusuk’ hasil dari ringgit dan sen yang ditelan melalui rompakan keringat
     rakyat berjumlah berbillion-billion. Yang menanggung hutang adalah rakyat..hingga 7
     keturunan belum tentu jelas. Pemimpin sekarang dan suku-sakat masing-masing serta
     kroni yang rakus akan gidup senang lenang.

     Ini lah konsep REFORMASI rakyat yang akan mengubah kerajaan hari ini!! Kalau
     berpatah kebelakang, pati kalian tidak akan termampu kerana proses membersih diri
     bukan semudah itu. Yang nampak, kalian sedang menerima hukuman rakyat!! ~C.I.A REFORMASI