Make your own free website on Tripod.com
PAS PERLU BERHATI-HATI MENGELUARKAN STATEMENT

     Memang patut PAS dan semua parti pembangkang berhati-hati mengeluarkan
     statement, bukan sahaja sekarang ini tetapi juga pada setiap masa. Bukan kerana
     political mileage, tetapi kerana menyampaikan amanah.

     Mungkin statement sensasi akhir-akhir ini ialah yang dibuat oleh Nik Aziz, "KALAU
     IBLIS NAK BANTU PUN KITA TERIMA", yang dapat headline dalam tv3 hari itu.

     Saya berpandangan bahawa terdapat perbezaan antara statement Nik Aziz atau
     pemimpin PAS bertaraf ulamak, dengan statement parti sekuler yang lain. Ini ekoran
     daripada perbezaan ideologi masing-masing parti. Apabila Nik Aziz menyebut tentang
     malaikat dan syaitan, umyes pula menyebut tentang indeks, contohnya.

     Apabila seorang seperti Nik Aziz mengeluarkan statement, tentulah tidak akan serupa
     seperti statement yang dibuat oleh Ibrahim Ali itu umpamanya. Kemungkinan
     statement Nik Aziz itu boleh disalah-ertikan oleh rakyat (setelah dimanipulasi) memang
     ada dan tidak dinafikan, walaupun kita tidak tahu sebenarnya setakat mana kesan
     negatifnya kepada PAS, kalau ada.

     Kemungkinan kedua juga mungkin timbul, iaitu rakyat mungkin tertanya-tanya dan
     seterusnya berfikir MENGAPA Nik Aziz berkata demikian, dalam keadaan dirinya
     dipandang sebagai seorang ulamak oleh sebilangan besar rakyat. Apakah itu akan
     menjejaskan imej diri dan partinya sendiri?

     Mungkin juga wujud golongan lain yang bertanya, mengapa mahu membunuh diri begitu
     mudah? Tentunya Nik Aziz tidak berniat memperoleh sokongan yang lebih besar
     daripada statement "syaitan" tersebut. Ataukah Nik Aziz sedang "gamble"? Golongan
     seperti ini biasanya lebih peka dengan pergolakan politik, tidak kira daripada kalangan
     UMNO atau PAS, mahupun non-partisan.

     Jadi kesimpulannya, jangan kita ingat sesuatu statement itu hanya mempunyai satu
     impak sahaja kepada para pendengarnya.

     Bagi saya, inilah bezanya antara kepimpinan ulamak dengan kepimpinan sekuler.
     Ulamak (kalau kita mengiktiraf Nik Aziz sebagai ulamak berdasarkan latarbelakang
     pengajiannya), antara tugasnya ialah menyatakan kebenaran, walaupun tidak disukai
     orang. Ulamak bukan sahaja menyatakan tentang balasan nikmat, tetapi juga
     menyatakan amaran siksa.

     Ulamak juga wajib menyatakan yang ini benar dan yang itu sesat. Apabila sesat, maka
     tidak lain itu adalah punca daripada usaha syaitandan hawa nafsu. Kalau kita kata Nik
     Aziz bukan seorang ulamak, tetapi semata-mata seorang ahli
     politik yang berselindung di sebalik jubah dan serban serta titlenya, tentu tidak terlintas
     di fikiran kita bahawa Nik Aziz ada minta bantuan iblis atau jembalang tanah. Kalau
     itulah maksudnya, tentulah kerajaan Kelantan itu PENUH dengan maksiat, rasuah,
     lelaki dan perempuan bogel, disko, dang-dut, etc. seperti di KL ni. Tetapi kalau
     kaunter bayaran pun kena asing perempuan lelaki, panggung wayang kena buka lampu,
    rasanya itu bukan idea iblis. Tak mungkin.

     Sebab itulah, realiti pentadbiran negeri Kelantan mampu menjadi backing yang kuat
     daripada sebarang tohmahan musuh, tak kira si Katak ke, ular ke. Selagi kerajaan
     negeri Kelantan dapat menjadi benteng yang ampuh daripada fitnah politik umyes,
     selagi itulah Nik Aziz atau sesiapa sahaja ulamak dalam PAS mempunyai autoriti untuk
     memberi berita gembira dan berita amaran siksa kepada orang lain. Dan sukarlah juga
     statement mereka itu boleh dijadikan modal politik yang berkesan oleh umyes.

     Mahathir  memang tak pernah tenang sejak Kelantan diperintah PAS di bawah
     pemerintahan ulamak. Seorang rakan saya yang pro-PAS, juga seorang ustaz ketika itu
     yang baru tamat daripada Al-Azhar U, pernah ditawarkan oleh Pusat Islam gaji
     permulaan siswazah sebanyak RM3000 (ringgit tiga ribu sahaja) sebulan untuk
     melakukan satu kerja khusus.

     Pada mulanya job-description yang diberikan memang bersifat umum. Tetapi apabila
     didalami dan diajukan persoalan secara lebih detail, rupa-rupanya tugasnya ialah
     melakukan kajian dan laporan KHUSUS tentang negeri Kelantan. Bukan kaji tentang
     ajaran sesat. Laporan itu kemudian akan diserahkan kepada superiornya untuk
     "follow-up". Rakan saya menolaknya. Itu local punya rancangan.

     International pula, cerita oleh Mohamad Azam (ketika itu setiusaha agung ABIM),
     dalam satu ziarahnya ke luar negeri sempat beramah mesra dengan pelajar. Katanya,
     pernah seorang Mat Saleh American di (tak ingat tempat, tetapi beliau daripada biro
     intelligence), bertanya, contoh soalan; "Awak daripada Kelantan? Betulkah jarak
     daripada Pasir Mas ke Kota Bahru sekian-sekian batu?" Jawapannya, betul. Kalau
     benda yang se-detail itupun dikajinya, macamana benda yang besar-besar? Puak-puak
     ni memang tak tidur malam untuk merancang.

     Jadi bagi saya, pemimpin PAS perlu meneruskan dakwahnya secara berani,
     berterus-terang dan berhikmah (kaji maknanya dulu, bukan "mesra" tak tentu arah
     macam Pak Lah  dan bukan juga "bermesra" sampai jadi routine main tenis dengan
     tokey judi ). Tak kira masa pilihanraya atau tidak. Tak kira orang suka atau tidak.

     Ketegasan seperti inilah yang sebenarnya telah menarik ribuan dan jutaan manusia
     Barat ke dalam Islam sekarang ini, dan insyallah, juga akan menarik rakyat Islam dan
     bukan Islam di Malaysia kepada Islam. Di Barat, kerana mereka telah bosan dengan
     toleransi gereja yang keterlaluan. Di Malaysia, kerana mereka telah bosan dengan
     politik kotor umyes dan golongan sekuler. ~C.I.A REFORMASI