PEMIMPIN UMNO BALING BERPERANG SESAMA SENDIRI

    Masyarakat Baling sekarang ini sedang menonton sandiwara lawak jenaka yang dilakonkan oleh para pemimpin tertinggi UMNO Bahagian Baling. Berbagai ragam dan gaya dapat diperhatikan. Ada yang marah-marah, geram, takut dan tak kurang juga yang menjadi pendiam. Pendek kata gelagat mereka sekarang ini sungguh melucukan. Pak Lawak-Pak Lawak UMNO ni dipandang begitu jijik sekali dan teramatlah jelek oleh semua lapisan masyarakat Baling. Apabila mereka lalu di hadapan orang-ramai, terdengarlah bisikan-bisikan caci dan maki hamun . Kalau yang berani bergurau tu, sindiran-sindiran tajam pastinya terlepas daripada mulut mereka. Sejak cerita busuk mereka terbongkar di internet dan menjadi bualan hangat di sini sama ada di kedai kopi, pejabat kerajaan, rumah kenduri dan di mana saja tumpuan orang ramai, secara kesimpulannya daripada percakapan itu bolehlah dikatakan bahawa rakyat Baling telah meletakkan para pemimpin UMNO ini di bawah tapak kasut mereka yang sering dipijak-pijak saban hari. Itulah gambaran sebenar nasib para gurka regim MAHATHIR di Baling ni. Mesej yang sangat jelas bahawa RAKYAT BALING TELAH MENOLAK UMNO !!!

    Sementara itu perang saraf terus meletus antara kroni Dato’ Raja yang diketuai oleh Wahab Din dengan kroni Non Toyu yang diketuai oleh dirinya sendiri kerana semua panglimanya sudah lari yang khabarnya kerana dah lama Non Toyu tak bayar ‘elaun’ mereka. Sebenarnya orang-orang UMNO ni memang sangat kuat dengan slogan kerja mereka iaitu TAK ADA DUIT TAK ADA KERJA . Hai kesiannya Non Toyu  .. . . . kalau pilihanraya dulu terpaksa buat over draf di Maybank sebanyak RM 100 000.00, kali ini nampaknya RM 1 juta lah. . . . . . . .

    Antara Non Toyu dengan Wahab seringkali buat majlis kerana mahu tonjolkan diri masing-masing untuk merebut kerusi Parlimen Baling serta mahu tunjuk pada rakyat Baling  untuk ambil hati mereka kononnya. Tapi yang syoknya masing-masing mahu mensabotaj majlis lawan. Majlis Qiamullai / Ceramah Perdana anjuran Wahab Din & Pemuda UMNO (walaupun berselindung dengan nama BADAR) pada 13 MEI 1999 itu  hanya dihadiri oleh kira-kira 200 orang saja walaupun penceramahnya terdiri daripada Us. Firdaus Hj Ismail Al-Hafiz daripada Masjid  Negara serta publisitinya begitu meluas! Satu rekod paling buruk dalam sejarah majlis Ceramah Perdana Di Baling !! Sebelum ini pun satu majlis Qiamullai pernah diadakan di masjid yang sama anjuran satu badan NGO yang dihadiri oleh hampir 2 000 orang. Penduduk Baling bukannya tak suka pada Us.Firdaus tapi sengaja boikot semua majlis anjuran UMNO. Di samping itu Non Toyu & kroninya pun memang mensabotaj majlis Wahab itu kerana tidak ada seorang pun orang Non Toyu yang hadir yang kononnya membuat persiapan untuk majlis HIJJAZ yang akan berlangsung pada malam keesokannya. Ternyata majlis anjuran Wahab ini GAGAL 100 % .

    Non Toyu ni pun satu hal juga. Mentang-mentanglah ia seorang EXCO yang banyak peruntukan hinggakan sanggup  guna duit rakyat Kedah untuk tujuan politik peribadinya saja. Beliau tahu bahawa nama NON TOYU sudah tidak popular / glamor lagi di Baling ini khasnya kawasan DUN Kupang sebab semua majlis yang dihadirinya tak ramai orang yang hadir. Belia 4B Kawasan Baling pun dah hancur. Pengerusi JKKK DUN Kupang pun dah naik meluat dengannya gara-gara sikap seorang Penghulu Kupang yang meloyakan itu yang menjadi orang kepercayaannya itu. Di kalangan masyarakat DUN Kupang , rata-rata bercakap Non Toyu rosak kerana disebabkan penghulu inilah yang dianggap virus yang menyebabkan TOYU BASI . Jadi untuk menarik ramai orang hadir dalam majlisnya yang berpeluang beliau berucap itu, dijemputlah kumpulan HIJJAZ membuat pertunjukan di kawasan DUN Kupang. Terbazirlah hampir RM 8 000.00 duit rakyat Kedah pada 14 MEI 1999 itu di bawah peruntukan Kebudayaan & Kesenian. Pada 21 MEI 1999 dijemput pula Kumpulan RABBANI  membuat persembahan di kawasan DUN Bayu . Di majlis ini sekali lagi beliau berucap di hadapan orang ramai dengan nilai kosnya hampir RM 8 000.00 juga. Terbazir sekali lagi duit rakyat Kedah di bawah peruntukan KEDA. Duit sebanyak RM 16 000.00 ini semestinya digunakan untuk membantu rakyat  Baling yang miskin tetapi disalah gunakan oleh YB NON TOYU ini untuk tujuan politik peribadinya itu. Sungguh tak amanah si bedebah Non Toyu ini. Tunggulah di akhirat nanti wahai Non Toyu, kamu akan ditanya dan disoal di hadapan Allah swt tentang amanah rakyat yang kamu pikul ini . . . . . . . . .

    Sementara Kroni Dato’ Raja iaitu Wahab Din & Pemuda UMNO pula cuba mensabotaj majlis Non Toyu pada 21 MEI 1999 itu dengan menganjurkan satu majlis yang berasingan di Parit Panjang iaitu "Majlis Pelancaran Gerak Gempur Pemuda UMNO Bahagian Baling Zon Teloi Kanan ".  Kah . . . kah . . . . kah . . . . .kah . . . .  berperang sakan si bedebah dua ekor ni nampaknya, masing-masing nak tunjuk terror ! Hi . .hi . .hi . . . .  lantak pi lah UMNO oii. . . . . memang kamu semua dah nak mampus. Berperanglah terus . Pemimpin-pemimpin atasan kamu pun macam tu juga. Baru-baru ni Dr M dah pun pancung dua kepala kroninya yang dah tua dan tak larat tu iaitu Mat Bulat & Mat Din Cik. Berbunuh-bunuhlah sesama kamu sebelum kamu dibunuh oleh mata pedang PAS / ADIL . . . . pi mai pi mai pun UMNO mati juga akhirnya nanti. Insyaallah.

    Majlis Pelancaran Gerak Gempur Pemuda UMNO Baling tu hanya dihadiri oleh  kira-kira 30 orang saja ! Ini adalah benar, walaupun poster yang beranika warna diedar di seluruh pelusuk Daerah Baling !!  Sungguh memalukan kerana ia dirasmikan oleh YB Dato’ Hj Othman Abdul ( S / U Parlimen di JPM ) !!!  Ramai AJK UMNO Bahagian & AJK Pemuda UMNO Bahagian tidak hadir. Kegagalan majlis ini sekarang ini menjadi buah mulut orang ramai di Baling . Nampaknya UMNO Baling dah dulu kena gempur dek PAS / ADIL. Sedarlah wahai pemimpin UMNO Baling, UMNO Baling ni dah mati. Cuba terima hakikat ini. Orang dah mati macam mana nak dihidupkan lagi. . . . . . . . . .

    Berbeza dengan majlis anjuran PAS pada keesokan harinya  ( 22 MEI 1999) di tempat yang sama iaitu hanya selang beberapa meter sahaja . Majlis Ceramah PAS itu di hadiri oleh lebih 5 000 orang. Para peniaga pun lebih 100 orang yang turut mencari rezki di situ. Majlis ceramah PAS ini dipenuhi oleh saudara AN WAN SENG dan PROF. DATUK SHAHNON. Fenomena ini memberi gambaran awal bahawa rakyat Baling sememangnya  sudah MENOLAK UMNO / BN & semestinya  MEMILIH PAS / ADIL . . . . . . . .

    Wahai pejuang-pejuang REFORMASI, PAS & ADIL ,  mara terus !! Yakinlah bahawa ALLAH bersama perjuangan kita semua !!  ALLAH HUAKHBAR  !

"BERSATU TUMBANGKAN BN & REGIM MAHATHIR"

CIA Reformasi : Insya-Allah, takbir bergema di bumi Baling.