Make your own free website on Tripod.com
Mengapa Kita Perlu Sokong BN?
 
    1.Kita mahu lebih banyak TOL diadakan.
     2.Yuran masuk Universiti patut dinaikkan lagi demi untuk membela rakyat miskin.
     3.Bahasa Melayu patut dihapuskan dan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu Rojak
     hendaklah dijadikan bahasa Rasmi Malaysia.
     4.Banyakkan lagi Mega projek untuk kroni-kroni Mahathir.
     5.Bayaran masuk Wad Hospital patut dinaikkan.
     6.ISA hendaklah dikekalkan selama-lamanya.
     7.Musa Hasan , Lim dan paul Augustine patut dinaikkan pangkat segera.
     8.Siasatan ke atas kecederaan Anwar hendaklah ditangguhkan selepas pilihanraya.
     9.Bantuan Buku Teks hendaklah dihapuskan. Ibubapa mesti membeli buku teks untuk
     anak masing-masing.
     10.Jabatan kerajaan patut diswastakan lagi misalnya JPJ untuk anak Mahathir/Liong
     Sik
     11.Pembuangan kerja yang dicadangkan ke atas PETRONAS , PROTON patut
     dijalankan segera biar rakyat jadi perompak
     untuk menyara hidup baru.
     12.Projek-projek mewah patut diberikan kepada Kroni Mahathir.
     13.Anwar Ibrahim mesti dihukum segera. Sekiranya Anwar dibebaskan nanti
     tembelang Mahathir/Kroni akan pecah. Untuk menjaga segala rahsia buruk ini
     dicadangkan kepada Paul Augustine supaya Anwar dihukum tidak kurang 4 tahun
     penjara.
     14.Ummi, Azizan , Khalid Jafri dan khairudin hendaklah diberi peluang menjadi wakil
     rakyat dan Senator.
     15.Rahim Tambi Chik patut dilantik sebagai Menteri. Tun Ghaffar Baba patut dilantik
     sebagai TYT Yang Dipertua Negeri Melaka.
     16.Tilam yang dibicarakan hendaklah diletakan di Muzium Negara untuk rakyat
     melihatnya (Bayaran masuk hendaklah dikenakan).
     17. Mahathir hendaklah jadi Perdana Menteri seumur hidup.
     18.Ibrahim patut diberi gelaran baru iaitu Bapak Pengampu
     Malaysia(Sepatutnya lebih banyak lagi cium tangan Mahathir).
     19.Pilihanraya jangan diadakan. Pengistiharan Darurat patut diadakan.(Cara nak istihar
     boleh buat provokasi).
     20.Ketua Menteri Sabah hendaklah diberi kepada Kadazan sampai bila-bila seperti
     mana Pulau pinang untuk Cina, Sabah dicadangkan untuk Kadazan dan Serawak untuk
     Iban.(Cadangan ini bagus asalkan BN janji menang). ~C.I.A REFORMASI

Artikel ini dihantar oleh salah seorang penyokong kuat Umno yg menggelarkan dirinya "diktator negara"