Cerita di Terengganu.

Saya tidak boleh mengaku orang Teganu (Terengganu).  Tetapi mungkin sebab pernah dibesarkan seketika semasa bapa saya bertugas di negeri pantai timur, saya bolehlah juga berbual dengan loghat Teganu dan mempunyai ramai juga kenalan di sana.

Baru-baru ini saya pergi beberapa hari ke Kuala Terengganu (KT) untuk urusan kerja.  Sambil-sambil berurusan dengan pegawai-pegawai kerajaan (Terengganu Civil Service – TCS) dan pihak swasta di bandar tersebut sempat juga saya berbual-bual perihal reformasi.
 

Saya ingin ceritakan beberapa topik yang menarik:

1. Perihal Kaum Nabi Hud.
Semasa di awal peringkat pemecatan Anwar, Ghaffar Baba dan Rahim ATC telah membuat roadshow mereka menggelilingi Malaysia.  Saya tidak tahu mana datang budget untuk dia berdua pusing se Malaysia.  Siapa yang sponsor dia?

Siapa pulak yang beri kebenaran untuk dia bercakap kepada semua pegawai kerajaan?  Setahu saya mereka berdua tidak memegang apa-apa jawatan kerajaan buat masa itu.  Atas arahan siapa pulak SUK atau MB negeri terpaksa turuti?  Bukankah mereka berdua hanya dua orang ahli politik yang sudah tertendang dari kepimpinan parti?

Biarlah dengan persoalan itu ... mungkin kita kena tanya Wan Mokhtar. Tetapi rakan saya pegawai kerajaan itu yang diarah untuk memberitahu suatu cerita yang melucukan.  Ketika Ghaffar berucap, beliau cuba hendak memburukkan Anwar.  Beliau mengatakan bahawa perbuatan liwat itu bukannya
suatu yang baru.  Mereka di zaman Nabi Hud dulu pun telah dilaknatkan oleh Allah kerana erbuatan itu.  Ghaffar lupa orang-orang Terengganu lebih alim dalam hal agama.  Hadirin semua tertawa.  Berkali-kali beliau menyebut hal kaum Nabi Hud. Hinggalah akhirnya terpaksa diperbetulkan oleh Pengerusi dan orang di sebelahnya ... bukan kaum Hud tapi kaum Lut.  Sungguh memalukan.

2. Sokongan terhadap pemerintah sudah hampir tiada.
Beberapa rakan saya dan pegawai-pegawai lain yang saya temui tidak percaya apa yang difitnahkan terhadap Anwar.  Menurut pendapat mereka (dan begitulah menurut pengamatan saya) tidak ada pegawai kerajaan (baik di bawah mahupun di atas) yang percaya tuduhan ke atas Anwar.

Bila ditanya siapakah akan mereka undi nanti, jawapan yang saya terima ialah 100 peratus tidak akan memangkah BN.  Cuma terdapat beberapa kerat (kurang dari 15%) yang mungkin tidak dapat menerima PAS – mungkin kerana ketotokan UMNO mereka.  Tetapi dengan adanya keADILan, memberi mereka suatu pilihan untuk tidak merosakkan undi.

Rata-rata menyatakan bahawa apa yang dilakukan oleh Mahathir dan pengampu mereka adalah luar dari batasan Islam dan persahabatan.  Kalau pun marah dan benci bukan itu cara mengaibkan orang. Dan bukan itu kaedah menganiayai sesama manusia.

3. Sokongan dari kalangan ADUN dan Ahli Parlimen (AP).
Menurut beberapa rakan saya yang bergiat dengan politik,
termasuk seorang dari mereka adalah ADUN dan beberapa AJK Bahagian, menyatakan sukar
untuk mereka menarik pengundi.  Mereka sendiri pun setengahnya menyatakan kadang-kadang
terasa malu untuk mengaku sebagai AJK bahagian. Menurut rakan ADUN saya tadi, terdapat di kalangan mereka yang telah terang-terangan memberi sokongan terhadap Anwar.  Ada yang sudah
bersedia untuk tidak dicalonkan.  Ada yang sudah bersedia untuk melanjutkan pendidikan supaya ada alasan untuk tidak bertanding.  Anggaran beliau lebih dari satu pertiga yang secara terangan menyebelahi Anwar.  Dan ramai lagi yang menyokong secara senyap-senyap.

Keseluruhannya, kurang dari satu pertiga (ADUN dan AP) yang masih berdiri penuh di belakang MB atau Yusof Nor.  Yang menjadi masalah ialah cara Mahathir melaga-lagakan Yusof Nor dan Wan Mokhtar untuk menjadikan perebutan kuasa di kalangan dua kem tersebut.  Dengan cara itu Mahathir mendapat perebutan kesetiaan dari mereka berdua.

4. Forum Perdana di Manir
Hampir kesemua yang saya temui menceritakan suatu acara yang mendapat sambutan yang belum pernah rakyat Terengganu saksikan.  Kesemuanya menceritakan perihal kesesakan lalutintas yang belum pernah dialami di negeri tersebut.
Forum Perdana yang dipanelkan oleh Us Hadi, Us Harun Din dan Us Ismail Kamus dan dipengerusikan oleh Hassan Ali mendapat sambutan pada anggaran 100,000 orang.  Para ahli panel terpaksa dibawa dengan motorsikal ke tempat ceramah.

5. Rakyat miskin negeri dikatakan kaya
Rata-rata rakyat Terengganu merungut dengan pemerintahan Terengganu bermula dari tahun 60an dan selama 25 di bawah seorang MB, kekayaan sumber negeri Terengganu tidak dapat dirasai oleh rakyat. Bilangan orang miskin masih di tahap yang tinggi.  Kos hidup meningkat lebih tinggi dari Kelantan.  Ikan sebagai hasil keluaran negeri adalah lebih mahal berbanding dengan KL.
    Yang kaya raya adalah kroni Wan Mokhtar.  Seperti Dato Yusof (Sri Terukun/Ibai Construction), Dato Azhar (bekas SUK), Sulong Letrik, Mat Nor Taja, dan beberapa lagi.  Rakyat terkilan bukan sebab mereka kaya.  Tetapi rakyat terkilan kerana mereka kaya, anak-anak semua berjoli – tetapi rakyat terbiar.
    Nasib baiklah juga kerena Terengganu telah mempunyai seorang Raja yang baru yang dikatakan amat perihatin akan nasib rakyat (setakat ini lah).  Dikatakan juga Tuanku Mizan kuat beramal dengan sembahyang dan puasa sunat.  Senarai untuk menerima anugerah yang diberikan oleh MB beberapa bulan lalu ditolak atas alasan kebanyakan mereka dalam senarai itu adalah di
kalangan pengampu.

6. Bersedia menerima pemerintahan PAS.
    Beberapa orang yang saya temui menjangkakan PAS akan menerintah di negeri itu dalam pilihanraya yang akan datang.  Mereka bersedia dan mengharapkan PAS akan memerintah.  Mereka merasakan jika pemimpin mereka yang mereka harapkan tidak sanggup menegakkan kebenaran dan keadilan, mereka itu tidak lagi layak untuk memimpin.
    Malah sudah ramai yang bertukar parti.  Ramai juga AJK Bahagian dan kawasan yang hanya hadir program parti takut disenarai hitamkan..  Bagi mereka yang bergiat dalam swasta takut kehilangan projek.  Maka diturutilah – pangkah tetap tidak BN.
    Dari 32 kerusi DUN, mereka meramalkan di antara 20 – 24 kerusi adalah milik PAS.  Dan untuk Parlimen, mereka menganggarkan 5 kerusi. Statistik di atas mungkin berubah jika calon UMNO sekarang yang dikatakan sokong Anwar tidak bertanding dan memberi sokongan dibelakang
PAS, maka dijangkakan 2-3 tiga lagi kerusi DUN dan satu lagi kerusi Parlimen.

Jika diizinkan Allah untuk saya ke Teganu lagi – insha Allah saya laporkan
lagi.

Sekian
Ibrahim Baba
21 Mei 1999

   ALLAHUAKBAR..!!
CIA REFORMASI