KRISIS EKONOMI: RAKYAT SEMAKIN TERSEMPIT

  Sah sekarang bahawa krisis ekonomi yang melanda Malaysia telah   menyebabkan rakyat semakin miskin dan susah hidup mereka.

  Kertas Putih yang dibentangkan di Parlimen pada 5 April   menjelaskan   kadar kemiskinan di kalangan rakyat Malaysia meningkat tujuh   peratus   pada tahun 1998 ekoran krisis ekonomi. Kadar kemiskinan pada   tahun 1997   ialah 6.1%.

  Krisis ekonomi telah menyebabkan ekonomi Malaysia menguncup.   Peluang   pekerjaan terjejas. Ramai pekerja diberhentikan kerja.   Pendapatan   pekerja yang masih bekerja berkurangan. Ramai buruh kilang,   misalnya   tidak ada kerja lebih masa.

  Keadaan menjadi bertambah buruk kepada golongan rakyat   berpendapatan   rendah dan miskin apabila kadar inflasi meningkat sekarang ini.   Indeks   Harga Pengguna (IHP) bagi barang pengguna telah meningkat 4.5%   bagi   tempoh bulan Januari dan Februari tahun ini. Antara barang   pengguna yang   meningkat ialah makanan, perbelanjaan rawatan dan perubatan   serta bahan   api.

  Inilah kesan dari dasar ekonomi yang tempang dan songsang yang   dilaksanakan oleh kerajaan BN di bawah pimpinan Dr Mahathir   Mohamad,   dalam tempoh 18 tahun beliau memerintah.

  Dasar-dasar penswastaan Mahathir bergerak tak terkawal. Kronisme
  dan   nepotisme bercambah dan berkembang sebagai parasit ekonomi.
  Pembangunan   projek-projek mewah dan mega seperti KLIA, Putrajaya, Mahligai
  Perdana   Menteri, Menara Kembar Petronas yang dilaksanakan satu demi satu
  dalam   waktu terdekat malah ada yang dibangunkan serentak telah
  membebankan   ekonomi negara.

  Korupsi dan penyelewengan juga menjadikan negara rugi. Misalnya
  dalam  kes Syarikat Perwaja, negara rugi hampir 10 bilion ringgit. Tiga
  bilion   kerana rugi dalam operasi, dan tujuh bilion lagi rugi kerana
  tanggung   hutang.  Semuanya berpuncaa kerana rasuah dan penyelewengan.
  Semua ini   menyumbang kepada kemusnahan ekonomi Malaysia. Akibatnya rakyat
  juga   yang tanggung. Semakin ramai rakyat jadi miskin dan menderita   sekarang.